Rabu, 2 Mac 2011

Utusan - Berita utama - 17.3 juta saman trafik di senarai hitam

Tempoh untuk membayar saman telah pun habis. Kerajaan memberikan tempoh 6 bulan bermula dari ogos 2010. Didapati masih lagi ramai yang tidak dapat melangsaikan saman, di anggarkan17.3 saman. Didalam ruang yang sama Utusan juga ada menyatakan tempoh bayar saman sudah lebih dari cukup.


Apabila kita melihat tempoh yang di beri, saman yang telah di jelaskan dan yang belum di jelaskan. Sememangnya kita nampak bahawa rakyat mengambil sikap sambil lewa dan mungkin seakan-akan mempermainkan kerajaan atau pihak polis. Umpama " aku dah beri kau tempoh yang panjang, ko tak selesaikan sekarang ambil ubat senarai hitam". Boleh dikatakan ia satu tindakkan yang bernas dan merupakan satu pengajaran bagi yang masih tidak membayar saman.

Akan tetapi, apabila kita mengambil kira keadaan ekonomi 2009 dan lebih-lebih lagi 2010. Yang mana kerajaan mewar-warkan pertumbuhan ekonomi baik, ekonomi semakin meningkat, dan lain-lain seumpamanya. Berapa rakyat yang mempercayai info dari kerajaan melaburkan seapa ada baik harta, wang, masa, kudrat untuk berniaga. Dan hanya kehilangan semua tu malah berhutang keliling pinggang, kawan pun hilang, keluarga pun membebel 24 jam. Usahawan jatuh sakit poket. dan kejatuhan itu disambut dengan berita wajib bayar saman dalam masa 6 bulan atau disenarai hitam.

Bagi yang mempunyai wang, mereka tiada masalah untuk membayar. Malah mereka memang tunggu disenarai hitamkan baru bayar, kerana memberi ruang kepada yang tak berapa mempunyai wang untuk membayar. Mungkin pada mereka walaupun takde diskaun masih murah lagi. Tapi bagi yang dibuang kerja, yang kehilangan perniagaan, bagi yang menganggur dan mereka yang lain yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh. sememangnya 6 bulan itu satu jangka masa yang amat pendek.

Bayangkanlah kalau makan pun catu. Rumah sewa pun lewat bayar. Ansuran motor pun 2 bulan berlobang. Kalau boleh pergi kerja tu separuh tolak sampai naik bukit baru start lepas tu turun bukin matikan enjin. Pernah anda hadapi sampai tahap ni dek kerana tiada duit?

Nasib mereka boleh bertambah buruk apabila, telah di senarai hitam dan terpaksa menunggang kenderaan untuk ke tempat kerja. Dah di senarai hitam tambah lagi saman itu dan ini.

Saya amat berharap, pihak polis dan pihak berwajib memberikan ruang untuk orang seperti ini. Bukalah satu kaunter khas bagi mereka , berilah mereka kelonggaran. Agar ia mendatangkan kebaikkan kepada kedua-dua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan