Jumaat, 4 Mac 2011

Metro - Johor - Wilayah - tiada lampu isyarat

Kejadian berlaku di Persiaran Perling 1 sebelum memasuki Jalan Layang yang menju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Usman Awang di Taman Perling. Di fahamkan di kawasan itu sering berlaku kemalangan di waktu puncak.

Memang benar lampu isyarat di perlukan untuk setiap kawasan yang mempunyai trafik yang tinggi. Akan tetapi kita boleh perhatikan di mana setengah tempat lengkap dengan lampu isyarat, tempat u-turn, dan lorong untuk kenderaan tertentu. Malangnya masih lagi berlaku kesesakkan.

Apabila di perhatikan, antara yang menyumbang kepada kesesakkan ialah kesedaran pemandu itu sendiri. Di sini dua kategori pemandu ingin di kupas antaranya :

Membelok / mengubah haluan tanpa memberi isyarat
jenis pemandu seperti ini sering kita jumpa, tiba-tiba sahaja tanpa memberi isyarat dari lorong kanan terus belok kiri ( 2 lane sehala ) terkejut beruk jadinya. Dan tidak ketinggalan juga yang mengubah laluan dengan teknik perlumbaan yang canggih. Sepantas kilat berada di laluan sebelah. Kereta di belakang habis ayat dia baca.

Tidak memberi laluan
jenis pemandu seperti ini pula, dah nampak orang depan bagi isyarat. Eh, dia baut dek je tak nak bagi laluan dan merapatkan dengan kenderaan depan. Simpang dah nak terlepas depan tu, akan tetapi tiada simpati yang di beri.

Apabila kedua-dua jenis pemandu di atas bertemu, maka pelanggaran dan kesesakkan lalu lintas pasti akan berlaku. Memang tidak dinafikan terdapat banyak lagi jenis pemandu lain yang turut menyumbang kepada kesesakkan. Tetapi di sini dua jenis itu yang ingin di ketengahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan