Khamis, 3 Mac 2011

Utusan - Berita Utama - Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah di tutup

Wabak H1N1 masih lagi ada, cuba berita mengenainya sahaja yang kurang di putarkan. Kebersihan dan penjagaan kesihatan amtlah di tuntut oleh agama. Dan apa yang di perhatikan, ramai yang mengambil remeh mengenai perkara ini. Antara perkara yang selalu kita buat, selalu kita nampak, dan kita selalu kata biasalah atau mungkin kita skip daripada pikir antaranya :

Korek hidung
Dalam kereta, member sebelah korek hidung habis di korek. Pernah tak kita pikir ke mana perginya taik bijih tu? Ok tak nak pikir taik bijik, macam mana dengan status tangan dia? lepas korek dia pegang pula bahu kita bergurau, lepas tu salam tangan untuk berpisah.  Dan kita, ambil pula goreng pisang makan. sedap bukan tanpa perisa msg, dikilangkan di hidung dan diproses oleh jari.

Sebolehnya, uruslah waktu korek hidung atau nose housekeeping ini di rumah atau di bilik air. Korek hidung di khalayak ramai bukan satu perkara yang manis untuk di lihat. Bahkan menjijikan dan menghilangkan selera

Buang air
Berikutan mengurangkan kos, kebanyakkan tandas awam tidak menyediakan sabun dan tisu untuk membersihkan diri. Yang ada hanyalah pipe air. Mari saya bawakan anda lebih mendalam sedikit. Kita membersihkan diri selepas buang air besar mahupun kecil. Adakah kita menggunakan sabun? Dan tahukan anda, kuman tidak akan hilang tanpa menggunakan sabun? Dan yang selalu di perhatikan, memang tak pakai sabun. Lepas tu pergi makan, minta air sikit pegang straw.

Maka dengan ini bawalah sabun, atau apa saja yang boleh berfungsi sebagai agen pembersih. Jangan sekali kita abaikan perkara ini. Bila kuantitinya banyak kita nampak rasa sangat jijik, tapi kuantiti sikit ( tak basuh pakai sabun ) pun kene jijik juga.

Tedapat banyak lagi perkara yang boleh di ceritakan hanya berkenaan kebersihan dan kesihatan. Cukup setakat ini dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan