Sabtu, 19 Mac 2011

Metro - Global - Kes 'sexting' meningkat


LONDON: Sebilangan kanak-kanak - sesetengahnya semuda 11 tahun - mengambil imej pornografi diri sendiri dan menukarnya dengan rakan mereka melalui telefon bimbit atau Internet, lapor pakar, semalam.

Satu kajian mendedahkan 40 peratus kanak-kanak berusia 11 - 14 tahun menggunakan telefon bimbit atau komputer untuk menghantar gambar diri sendiri atau menerima imej bogel dan separuh bogel rakan mereka.

Lebih daripada separuh golongan muda yang menghantar imej ini - trend yang dikenali sebagai ‘sexting’ - berbuat demikian walaupun tahu gambar berkenaan akan diedarkan kepada sebilangan penerima lain.

Empat dalam 10 daripada 11,000 kanak-kanak yang dikaji selidik merasakan wajar untuk mengedarkan gambar separuh bogel pelajar perempuan di sekolah mereka.

Pakar berkata, penemuan itu menunjukkan perubahan ketara pandangan kanak-kanak terhadap pornografi Internet - untuk menghasilkannya sendiri. Trend yang mengejutkan itu ekoran daripada saluran maklumat mengenai pornografi Internet dan seterusnya mendorong pelajar lelaki mengharapkan teman wanita mereka mudah melakukan hubungan dan menayangkan tubuh mereka. - TS




Pembaca : Kanak-kanak 11 tahun apa yang ada, belum cukup pertumbuhan...
Penulis : kan memang digalakkan melentur buluh dari rebungnya...


Jangan sesekali kita memandang enteng dengan apa yang terjadi di barat. Kerana barat telah pun melalui arus pemodenan, dan kita di asia dalam perjalanan kearah pemodenan. Apa yang berlaku di barat seakan-akan satu petanda atau petunjuk apa yang kita akan lalui dalam perjalanan ke arah pemodenan.

boleh dikatakan kita boleh menganggarkan apa yang akan berlaku pada kita dengan membaca, meneliti, pergerakkan barat. Sebagai satu contoh dalam seni lakonan atau industri pefileman. Kita lihat sahaja macam mana artis kita berpakaian. Macam mana pula cara kita menghargai pelakon dengan memberikan pelbagai 'award'. Semua itu boleh dikatakan di ambil pakai dari cara orang barat menghargai pelakon-pelakon mereka.




penulis amat gembira, sekurang-kurangnya malaysia telah muncul dengan identitinya sendiri apabila mengadakan rancangan realiti imam muda. Yang mana dapat liputan meluas dariapada negara lain. Dan usaha ini perlulah di sokong dan diteruskan, agar dapat menarik minat orang muda untuk menjadi yang terbaik dari yang baik.

Jadi dari sekarang kita perlu merangka apa yang perlu kita buat untuk menangani isu sexting dariapada terjadi di nagara malaysia tercinta ini. Sekiranya tidak, tidak mustahil anak anda tergolong dari salah seorang penyumbang 'sexting' di malaysia. Minta di jauhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan