Selasa, 8 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Bom gegar sekolah

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Syabas, sejajar dengan menuju kearah kemajuan dan pemodenan. Pelajar juga semakin moden dengan cara mereka memberontak meluahkan ketidakpuasan hati. Institusi pendidikan semakin lama semakin di cabar dengan isu-isu masa kini melibatkan masalah pelajar. Masalah yang lama belum lagi dapat di atasa, kini muncul pula satu lagi masalah ala terorish iaitu mengebom.

Perkara ini harus di pandang serius bukan sahaja pada menangkap dan menghukum pesalah. Akan tetapi perlu untuk menangani perkara ini daripada ditiru dan berulang lagi. Ini kerana apabila ia berulang-lagi, mungkin di lakukan oleh pelajar lain dari sekolah lain. Maka satu model bom yang lagi dahsyat akan di buat, model bom sekarang tidak membolehkan kebakaran berlaku, tidak mustahil bom yang akan datang.

Diantara masalah-masalah yang ada dikalangan pelajar ialah :
bergaduh / buli
  • ponteng 
  • akhlak
  • displin 
  • merogol / meraba
  • mencuri
  • judi
  • vandalisme
  • gian
  • rempit
  • mengebom (latest)
Perkara ini berlaku akan melibatkan semua orang di dalam sekolah. Ianya mendatangkan rasa takut dan tidak selesa kepada pelajar dan guru, mengganggu semangat belajar, keberkatan ilmu dan susah untuk faham dalam pembelajaran.

Ada kisah pelajar dan guru yang penulis ingin berkongsi sedikit. Perkara ini terjadi di sebuah sekolah menengah dalam kelas perakaunan. Sistem debit kredit dalam akaun adalah amat memeningkan sekiranya tidak disampaikan mengikut tertib dan keberkesanan kefahaman diperoleh dengan menjalankan latihan bertubi tubi. Akan tetapi berbeza di sekolah ini dan kelas ini di mana cikgu yang mengajar akaun selalu sibuk, selalu tiada, entah apa dia buat kami pun tak tahu. Menjelang peperiksaan akhir tahun tinggal tak berapa lama lagi. Cikgu tersebut cuba mengejar silives untuk mengajar, akibat dari mengejar banyak yang dia skip kerana dia rasa tak penting. Jadi pelajar yang tidak berapa pick up pun ketinggalan, bertanya banyak kali dan cikgu mula fed up lalu berkata " selamatlah saya ni tak lahir daripada keluarga yang bodoh macam awak ni semua, kalau saya bodoh macam awak ni saya tak tahulah ..." kata kata cikgu itu semakin lama semakit kesat dan menyakitkan. Didalam bebelan di menyebut dan memuji pelajar yang paham itu pun tak sampai sepuluh orang dan mereka mangambil kelas tuisyen dengan guru tersebut.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, kadang kala salah laku pelajar tidak saja datang daripada pelajar itu sendiri. Pasti ada penyebab yang memaksa atau membuatkan mereka memilih untuk bertindak demikian. Bayangkan sekiranya sebelum di hina oleh cikgu ada kes bom di sekolah lain. Rasanya adakah cikgu tersebut di bom?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan