Isnin, 28 Mac 2011

Metro - Setempat - Kawan karib kebas RM20,000



SHAH ALAM: Impian seorang peniaga kedai telefon untuk memiliki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Caldina musnah apabila jurujual kereta yang juga rakan baiknya melarikan wang pendahuluan RM20,000.

Difahamkan, suspek turut menipu rakan lain hingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebelum melarikan diri bersama wang mangsa.

Mangsa, Megat Khairul Afiq Ramli, 22, berkata dia tertarik pakej yang ditawarkan rakannya itu pada April tahun lalu kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai lain selain memberi tempoh singkat untuk mendapat kereta.

Katanya, harga MPV Toyota Caldina baru yang ditawarkan rakannya itu RM30,000 berbanding tempat lain melebihi RM100,000.

“Dia begitu meyakinkan apabila mendakwa harga itu termasuk cukai import. Saya tidak mempunyai perasaan syak wasangka dan mengeluarkan wang simpanan demi memenuhi impian.

“Saya menyerahkan wang berkenaan selepas yakin dengannya yang bersungguh-sungguh mahu menguruskan pembelian kereta dalam dua bulan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, janji tinggal janji apabila kereta yang ditunggu tiada, malah rakannya melarikan diri bersama wang miliknya.

Megat Khairul berkata, rakannya yang berusia 25 tahun itu turut menukar nombor telefon hingga usaha menjejakinya gagal.

“Saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 25 Mac lalu.

“Saya mahu dia mengembalikan wang kami atau berdepan tindakan,” katanya.






Pembaca : banyaknya duit dia, ribu-ribu
Penulis : dia bisnes, awak tu lepak je tak habis-habis...



Percaya atau untuk tidak percaya. Kehidupan ini akan menjadi lebih selesa dan aman sekira kita mengamalkan konsep saling percaya dan bertanggungjawab. Dengan amalan seperti ini, kos perniagaan dapat di kurangkan dengan amat banyak. Berikutan kos guaman dapat di elakkan dan kos masa untuk memproses itu dan ini.

Dengan konsep percaya dan bertanggungjawab dalam bisnes juga membolehkan satu-satu perniagaan itu perkembang dengan amat pesat dan sekali gus memberikan kenikmatan perniagaan itu kepada pengguna,pekerja dan pemilik. Kemakmuran sebeginilah yang diimpikan oleh semua peniaga-peniaga di luar sana.

Akan tetapi, pekara akan terjadi. Dimana apabila kita tidak buat perjanjian, manusia cenderung untuk mengambil kesempatan. Atau mungkin yang tidak mengambil kesempatan terpaksa berbuat sesuatu yang agak melanggar konsep percaya dan tanggungjawab. Ini yang menyebabkan cabaran dalam bidang perniagaan amatlah tinggi dan tidak ramai yang dapat membolosi cabaran ini.



Manakan tidak, apa yang anda boleh buat sekiranya perniagaan yang anda bangunkan selama 2 tahun. Apabila diserahkan kepada isteri, datang kerja lambat, tidak mengikut prosedur, pandai-pandai sendiri dan menyebabkan syarikat merundum?

Apa pula rasa di hati, apabila anda sudah mengajar selok belok perniagaan anda kepada pekerja dengan harapan anda dapat berehat atau menumpukan kepada pembukaan perniagaan baru. Pekerja anda berhenti akibat di pujuk oleh kawan yang sama perniagaan dengan anda.

Ya anda mungkin tidak mengalami perkara sedemikian, dan seribu satu jawapan boleh di berikan tatkala anda tidak berdepan dengan situasi seperti di atas. Dan anda juga membuat nada gurau dan melayani akal nakal untuk mempersendakan isu ini. Akan tetapi apabila ujian ini menimpa anda. Kebanyakkan terkaku terdiam seribu bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan