Khamis, 31 Mac 2011

Utusan - Mahkamah - Nenek dijatuhi hukuman gantung

KUALA TERENGGANU 30 Mac - Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas beliau berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tuduhan dihadapinya.

Mariah disabitkan dengan tuduhan mengedar dadah tersebut kira-kira pukul 3.45 petang, 3 Ogos 2009 di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat sini.

Pembaca : dah tua pun jadi pengedar  ke?
Penulis : alah bisa tegah biasa, dah tua baru nak berubah dah lambat lah... dah sebati dah...

Menjual barangn larangan di malaysia ini memang tidak di nafikan untungnya tidak terlipat dek ganda. Ganda pun balik tak nak lipat... hehe. Betapa hebatnya lipatan itu hebat jugalah hukuman yang menanti sekiranya tertangkap. Dan perkara seperti ini lah yang di harapkan oleh pengedar-pengedar haram ni, agar tidak tertangkap.

Akan tetapi apabila tidak tertangkap, itu sebenarnya bukan anda terer atau kebal. Ianya kerana masa dan dunia memberi peluang untuk anda bertaubat atau pun berusaha mencara pekerjaan yang molek untuk menggantikan pekerjaan tersebut. Memang tidak di nafikan, bekerja dan berniaga boleh di katakan 1000 kali ganda susah untuk di laksanakan berbanding menjadi pengedar haram ini.

Ini kerana barangan yang menyebabkan ketagih tiada halangan pada perletakkan harga. Mau tak mau kene mau, kalau tak itu stim kasi potong.  Hari tak selesa, masa macam kat belakang, matahari macam dekat je.  Serba tak kene dibuatnya. Boleh di katakan barangan ketagih hanya menjanjikan keseronokkan yang maksimum pada tempoh yang singkat.

Jadi sekiranya anda pembeli atau pengedar, cepat-cepatlah aturkan kempen pada diri sendiri untuk mengelakkan dan menjauhi barangan ketagih ini. Kempen itu kene lah buat sendiri, kerana kerajaan tak tanggung. Sekiranya tidak mampu buat kempen sendiri, serah diri pada pihak polis untuk diambil tindakkan sewajarnya. Bukan untuk hukuman, tapi untuk pemulihan.

Metro - Setempat - Diugut 'pemilik kereta'

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal tidak menyangka urusan jual beli sebuah Honda Accord menyebabkannya kerugian RM92,000 selain dihantui perasaan takut akibat diugut seorang anggota geng tarik kereta yang menjual kereta itu.
Difahamkan, anggota geng tarik kereta terbabit yang aktif di Shah Alam dan dikenali sebagai Edi, 26, berasal dari Kuala Terengganu kini menetap bersama isterinya yang baru dikahwini di Putrajaya.

Mangsa yang dikenali sebagai Yasmin, 39, berkata dia mengenali Edi melalui seorang lelaki yang mempunyai syarikat menjual kenderaan di Bangi dikenali sebagai Anuar, 40, Oktober tahun lalu.
Menurutnya, Anuar yang turut menawarkan penjualan kereta melalui Internet itu didatangi Edi yang ingin menjual Honda Accord yang didakwa miliknya dengan segera akibat masalah kewangan untuk melangsungkan perkahwinannya.

Katanya, dia yang menjalankan urus niaga jual beli dan sewa kenderaan itu ternampak iklan Anuar mengenai kenderaan Edi itu dalam laman webnya dan membayar wang pendahuluan RM27,000 kepada Edi yang menyamar sebagai pemilik kereta selepas membuat perjanjian sambung bayar dengan disaksikan Anuar.

Beliau berkata, dia menjual kenderaan itu pula kepada seorang lelaki warga Nigeria dikenali sebagai Kilo, 20-an.
“Penipuan pertama Edi diketahui selepas saya membuat pemeriksaan di bank yang mendapati bayaran ansuran kenderaan itu mempunyai tunggakan dua bulan dan saya terpaksa menjelaskannya bagi mengelak tindakan undang-undang.

“Seminggu selepas pembayaran wang pendahuluan itu, Edi bersama tiga rakannya memintas kereta dipandu Kilo di kawasan Seri Kembangan dan mengugutnya dengan besi sambil mendakwa kereta itu mempunyai tunggakan empat bulan dan akan ditarik,” katanya ketika ditemui, semalam.
Yasmin berkata, Kilo menghubunginya dan dia menyelesaikan perkara itu dengan bayaran RM5,000 sebagai wang cagaran.

Namun, ugutan Edi tidak berhenti di situ, malah mengulanginya dua hari kemudian dan kali ini, dia datang bersama seorang rakannya untuk menuntut RM15,000 di hadapan rumahnya, tetapi Yasmin tidak melayan.

Bagaimanapun, lima hari kemudian, mereka mengulangi tindakan sama di Serdang dan cuba merampas kunci kereta daripada Kilo, tetapi dia melarikan diri dan menyerahkan kunci keretanya di Balai Polis Serdang.

“Kami berunding dengannya untuk membayar keseluruhan ansuran berjumlah RM75,000 kepada bank keesokan hari dan meminta jangan mengganggu Kilo, tetapi Edi mengambil balik kereta itu dan berjanji akan membayar RM5,000 yang saya bayar kepadanya pada hari sama.


“Namun, situasi di balai polis juga tidak memihak kami apabila Edi membuat laporan yang mendakwa dia pemilik asal kereta berkenaan sejak 2009 dan mendakwa dia mengambil semula kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan kereta sejak empat bulan lalu,” katanya.

Katanya, polis Edi menyerahkan kenderaan itu kepada Edi dan barangan milik Kilo termasuk sebuah komputer riba, barangan kemas dilarikan bersama kereta itu.

Yasmin berkata, Edi juga tidak membayar RM5,000 dan dia tidak dapat dihubungi selepas itu.

Pembaca : aku sambung bayar kereta orang lain ok jek
Penulis : berhati-hatilah, nanti dah terkena dah tau dah apa yang akan terjadi selepas ni

Cerita berkenaan masalah kereta sambung bayar ni memanglah banyak, walaupun banyak mendatangkan maslah dek kerana keseronokkan tidak perlu membuat loan di bank menjadi salah satu punca pilihan ini di minati.

Ada yang membuat surat perjanjian untuk perlindungan daripada apa-apa yang berlaku kelak, akan tetapi ada satu kes menimpa kawan penulis yang mana surat perjanjian untuk kenderaan sambung bayar memang tidak laku. Kenderaannya dah teruk , 6 bulan tak dibayar, dan mempunayi saman yang banyak. Akibatnya dia menanggung kesemua pembiayaan tersebut.


Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa, juallah kenderaan anda pada orang yang layak dan berkemampuan. Dan apabila menjualnyaa cepat-cepat laksanakan proses tukar nama, tidak mengapa melantik ejen untuk melaksanakan tugas ini. Walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit wang, ia menjanjikan ketenangan di masa mendatang.

Adalah di nasihatkan agar seboleh-bolehnya untuk tidak terjerumus dalam isu kenderaan sambung bayar. Sama ada menjadi tuan kepada kenderaan atau pun si penyambung bayar. Jangan mengatakan bahawa kes itu hanya orang lain yang alami bukan anda. Ingatlah perkara akan berlaku tanpa disangka-sangka.

Rabu, 30 Mac 2011

Metro - Setempat - Leka bertaruh RM200,000


KUALA LUMPUR: Enam pelanggan yang asyik berjudi dalam talian termasuk seorang wanita bagi mendapatkan pertaruhan RM200,000 terkejut apabila lima premis perjudian haram dalam Kompleks Damai, di sini, diserbu pagi semalam.
Serbuan kira-kira jam 11 pagi secara serentak di lima pusat judi tanpa lesen itu berjaya merampas 65 set komputer yang dijadikan mesin judi.

Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azman Mohd Isa, berkata dalam serbuan itu lima penjaga premis terbabit termasuk seorang wanita berusia 22 tahun ditahan.
Katanya, pihaknya merampas RM2,000 dipercayai dijadikan wang pertaruhan.

“Semua premis itu tidak mempunyai lesen, tetapi giat membuka pertaruhan kepada pelanggan dengan menawarkan wang kemenangan ratusan ribu ringgit.

“Ia juga beroperasi 24 jam dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran polis,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas serbuan itu, semalam.
Serbuan selama dua jam itu disertai 25 anggota dan tiga pegawai D7 dari IPK.

Katanya, serbuan itu tidak dapat dikesan penjaga premis berkenaan kerana pihaknya menyamar pelanggan kononnya mahu bertaruh.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4A Akta Judi Terbuka,” katanya yang masih mengesan pemilik terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman, berkata lebih 1,000 pusat judi haram dikesan wujud di bandar raya ini yang menarik pelajar bawah umur dan warga tua mempertaruhkan sebahagian wang mereka di meja judi.

Katanya, golongan berkenaan penyumbang utama kepada pendapatan pusat judi haram yang menawarkan hadiah lumayan hingga menyebabkan golongan ini hidup susah kerana sering kalah bertaruh.

“Dalam tempoh dua tahun ini, lebih 100 laporan dibuat isteri dan ibu yang mengadu suami serta anak mereka ketagih judi.

“Ekoran sikap itu, mereka hidup susah dan merempat selepas kehabisan wang,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Pekida, semalam.


Pembaca : padan muka kene tangkap , haha berjudi lagi
Penulis : Tauke kedai tak heran, ko tengok komputer semua buruk-buruk modal satu komputer pun tak sampai seratus..

Kita sedia maklum akan keburukkan berjudi, kita juga sudah melihat bagaimana kehidupan orang berjudi, kita juga tahu apa hukum berjudi dalam islam. Tapi ramai orang islam main langgar semacam jek, malah ada yang menganggap berjudi itu sebagai punca pendapatan sampingan. Walaupun bersepah-sepah kesan negatif terhadap perjudian ini. Masih lagi ada setengah pihak yang ingin menbantu pembukaan pusat judi. dan tidak ketinggalan juga terdapat orang islam yang menyambut baik perjudian dengan membelinya atau menyertainya.

Nampaknya memang ramai rakyat malaysia yang sukakan judi, sekiranya tiada permintaan manakan ada penawaran yang banyak. Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? Jeng jeng jeng

Utusan - Dalam Negeri - Mayat dalam but

RANTAU PANJANG 29 Mac – Seorang peniaga air tebu, Zuri Hussin, 36, terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki dipercayai mati dibunuh, di dalam but sebuah kereta yang ditinggalkan berhampiran gerainya di Chabang Empat Salam, dekat sini, malam tadi.

Mayat, Yap Tiong Hai, 56, seorang peniaga kedai runcit yang beralamat di Batu 2, Jalan Kuala Krai, ditemui berlumuran darah di dalam but kereta Toyota Altis berwarna hitam miliknya, pada pukul 9.30 malam.

Zuri berkata, ketika berada di gerainya, dia telah didatangi seorang lelaki berusia 20-an dan memaklumkan mengenai sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan tidak jauh dari situ.

Katanya, dia kemudian bergegas untuk melihat kenderaan terbabit bersama lelaki berkenaan.

“Pada masa itu, saya beritahu dia jangan buat pemeriksaan sebab pemandu kereta tidak ada, tetapi tidak berapa lama, lelaki itu panggil saya ke bahagian but kereta dan membukanya.

“Saya terkejut apabila melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di dalamnya. Saya ketakutan lalu memaklumkan kepada anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang sedang bertugas di Chabang Empat Salam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, sepasukan pegawai termasuk dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bahagian Siasatan Jenayah daerah telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kereta terbabit ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui oleh orang awam.

“Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mati hampir lapan jam sebelum mayatnya ditemui. Berdasarkan kecederaan, mangsa dipercayai telah bergelut dengan suspek sebelum dibunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan di talian 09-7908222 bagi membantu siasatan.

Pembaca : Selamat lah bukan orang melayu
Penulis : Takde maknenya, sekiranya tiada usaha mengekang silap-silap orang melayu yang ramai mati

Jarang-jarang sekali kita di tegur tatkala marah dan menghamburkan kata-kata yang kesat dan boleh di katakan melampaui hukum. Antaranya "pukimak" , " celaka " , "babi" , "sial" , "pantat", antara kata-kata kesat yang tersenarai dalam lima carta kata kesat di dalam Berita Razik. Dan kadang-kadang kata-kata kesat ini di iringi atau di lengkapkan dengan kata-kata tindakkan dari yang ringan sehingga yang berat, "aku tumbukkan ko" , "aku terajang ko" , " aku kelar-kelar ko" , "aku hayun kepala ko dengan tukul besi" , "aku bunuh ko".


Fikiran mencorak hati, hati mencorak perkataan, perkataan mencorak perbuatan, dengan perbuatan timbulah peristiwa. Tapi sungguh malang, yang buruk yang tu lah yang suka di hamburkan di mulut kita. Sekarang ini pun budak darjah satu pun dah pandai mengeluarkan kata-kata seperti di atas.

Orang yang dewasa ni, sama-samalah kita mengamalkan bahasa dan tingkah laku yang baik untuk di contohi oleh kanak-kanak. Dan sekali gus menjauhkan diri kita daripada membuat tindakkan-tindakkan yang tidak munasahah. Anda mampu mengubahnya...

Selasa, 29 Mac 2011

Berita Harian - Muka depan - 13 bayi di jual

KUALA LUMPUR: Polis menemui 13 lagi bayi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia dijual antara RM8,000 hingga RM21,000 yang didalangi sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, sejak menumpaskan sindiket berkenaan pada November lalu. Penemuan lapan bayi perempuan dan lima lelaki oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman menerusi Ops Pintas Sayang itu adalah hasil kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas menemui seorang bayi lelaki dan perempuan ketika serbuan ke hospital itu tahun lalu. 

Pembaca : kira banyaklah permintaan terhadap bayi ni
Penulis : macam-macam diorang buat, ada yang makan, ada yang bela untuk jadi kuli, ada juga yang bela untuk jadi anak.

Sekarang ini memang tidak dapat di sangkal, apa saja yang boleh di jual akan di jual. Teringat penulis akan jualan aneh di ebay, di mana seorang suami cuba menjual isterinya yang kuat membebel. Dan ramai yang bertanyakan dan berminat untuk membeli. Dan ada juga yang menjual daranya untuk membiayai persekolahan, ada juga yang membelinya tetapi tidak menuntut daranya.

Menjual bayi itu satu perkara yang memang setakat ini orang akan katakan salah, dan mencelanya. Tapi tidak mustahil satu masa nanti perkara ini akan menjadi satu perkara biasa yang walaupun salah, orang tidak mengendahkannya. "Tidak mungkin" itu yang akan anda perkatakan, tetapi percayalah ia satu kemungkinan. Mari kita lihat apa yang berlaku sekarang, pernah anda lihat ayah pakai serban emak memakai tutup aurat dan pakaian yang labuh. Tatapi membawa anak yang pakai skirt atau mungkin berpakaian ketat dan tidak memakai tudung. Dahulu kala ia merupakan satu perkara yang tidak mungkin, mengapa sekarang tidak?

Cara pemakaian juga, orang melayu yang ratanya islam sudah mula memakai skirt dan pakaian yang darang. Ada juga yang memakai seluar pendek seakan boxer sebagai satu fesyen. Padahal ia satu perkara yang tidak mungkin dahulu kalanya, dan kebanyakkan yang memakai seperti itu adalah dari kaum cina.

Seorang imam tidak mungkin akan mencuri dan merogol. Malangnya hampir tiada lagi yang tidak mungkin, Dan berhati-hatilah, tidak mungkin pada fikiran kita tidak membawa maksud satu-satu perkara itu tidak akan terjadi.

Utusan - Jenayah - Tegur bapa berbogel, anak mati ditikam

KUALA LUMPUR 28 Mac - Hanya kerana menegur bapanya supaya tidak berbogel ketika dipercayai sedang mabuk, seorang pemuda maut ditikam lelaki itu di rumah mereka di Sungai Emas, Banting, dekat sini, semalam.
Mangsa, Razak Kumar, 20-an, maut selepas ditikam di dada di hadapan ibunya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas bapanya, 40-an, pulang ke rumah dipercayai dalam keadaan mabuk.
"Suspek yang tidak bekerja dikatakan telah berbogel semasa berada di dalam rumah sebelum ditegur oleh mangsa.
"Akibat teguran itu berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut. Suspek yang berang telah menikam dada mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.
Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan anaknya yang sedang mengerang kesakitan sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.
Mohd. Adnan memberitahu, suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang pada pukul 11 pagi ini.
Jelasnya, suspek ketika ini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Pembaca : dah mabuk, apa pun tak pikir
Penulis : kadang-kadang yang tak mabuk mengamil tindakkan lebih dari itu

Teguran haruslah berpada, haruslah tepat pada masanya dan isi kandungan tidak melewe dan di ganggu emosi. Mungkin ini lah jawapan kepada isu di atas. Kebiasaannya cara kita menegur orang banyak di campur adukkan dengan elimen luar atau pun elimen-elimen yang mungkit tidak sepatutnya.

Antaranya, apabila suami pulang ke rumah mendapati rumah bersepah. Tindakkan yang popular ialah membebel kepada isteri. Kuasa bebelan itu di aktifkan dengan masalah di pejabat, masalah peribadi, masalah kene cilok dengan kereta racing, dan sebagainya yang negatif. Akibat dari itu satu pertengkaran yang amat besar berlaku ( sekiranya isteri tak mengalah )


Dalam isu rumah bersepah, atau rumah tidak terurus ( sekiranya isteri suri rumah sepenuh masa). Sukar untuk di jelaskan, mungkin si suami boleh tukar tempat. atau mengambil cuti sebulan untuk menjadi suri rumah baru lah tahu kenapa setengah perkara itu terjadi. Penulis bukan mahu menyebelahi pihak isteri, tetapi berbaloi mengetahui kenapa sesuatu itu berlaku.

Janganlah dengan mudah si suami berkata " aku tak kira, aku tahu rumah mesti kemas". House keeping memanglah nampak mudah, tapi tidak semudah untuk kita implimen. Jadi ambillah jalan tengahh atau berpada-padalah bila menegur dan marah. Anda mampu mengubahnya.

Isnin, 28 Mac 2011

Utusan - Jenayah - Wang tidak boleh beli segala-galanya



BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.

Satu kisah benar yang dipaparkan Jejak Rasuah minggu ini memberi iktibar bahawa wang tidak boleh membeli segala-galanya.

Seorang pengurus syarikat swasta yang dikenali sebagai Lim juga termasuk dalam golongan yang mempercayai wang boleh membantunya daripada disaman dalam satu operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Operasi yang dijalankan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala Melaka bertujuan untuk mengesan pengguna cermin gelap melebihi had dan tanpa surat kebenaran.

Lim yang memandu kereta Mercedes-Benz berwarna hitam tidak menyangka keretanya ditahan kerana menggunakan cermin tingkap terlalu gelap.

Dia bagaimanapun dengan angkuh mendakwa merupakan orang kenamaan (VIP) dan memperlekehkan tindakan seorang anggota penguat kuasa JPJ yang dikenali sebagai Daud.

Daud dengan tenang meminta Lim menunjukkan sebarang surat kebenaran untuk menggunakan cermin gelap namun lelaki itu gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Daud mengeluarkan buku notis untuk dicatat maklumat peribadi Lim dan kesalahan yang dilakukannya, tetapi tidak semena-mena Lim merayu agar dia tidak disaman.

Lim yang ketika itu dalam perjalanan ke satu mesyuarat untuk menandatangani satu tender penting, mula terfikir untuk memberi rasuah kepada penguat kuasa tersebut agar urusannya tidak tergendala.

Tiba-tiba Lim menghulurkan wang berjumlah RM400 kepada Daud tetapi anggota JPJ itu enggan menerimanya.

Tanpa Lim sedari, tindakannya itu sedang diperhatikan oleh seorang pegawai SPRM, dikenali sebagai Ismail yang berada tidak jauh daripada mereka.

Ismail memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM kepada Lim dan menahannya kerana telah cuba menyogok Daud ketika menjalankan tugas supaya tidak disaman atas kesalahan menggunakan cermin gelap pada kenderaannya.





Pembaca : tu lah ingat duit dia besar sangat agaknya
Penulis : aku bimbang kalau takde SPRM mamat tu lepas je...



Rasuah, rasuah dan rasuah. Ianya memang satu yang perkara yang amat seronok bila di terima dan amat memalukan apabila di tangkap. Rasuah juga boleh menyebabkan yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Kenapa?

Bayangkan projek pendawaian kedai baru siap yang sepatutnya di tawarkan kepada kontraktor luar (kontraktor itu anda) tetapi di ambil oleh kontraktor yang takde pekerja dan takde kemahiran dan di serahkan kepada anda untuk membuatnya. Daripada anda boleh dapat 50% keuntungan dari projek menjadikan anda hanya mendapat keuntungan 20% daripada projek.

Ya anda boleh katakan, ok lah asalkan dapat. Sekiranya perkara sedemikian berlarutan. Anda mungkin akan lingkup, dek kerana tempoh pembayaran vs kadar keuntungan tidak menguntungkan. Katakan, kos porjek RM100,000. keuntungan sebanyak RM50,000 dengan kadar tempoh menunggu selama 6 bulan adalah berbaloi. Akan tetapi apabila keuntungan RM10,000 dan tempoh menunggu selama 6 bulan lebih baik tak payah.



Dengan rasuah juga hak boleh menjadi batil. Di mana tanah yang sepatutnya untuk orang miskin, dijadikan kawasan hotel dan sebagainya. Perkara seperti ini banyak berlaku dan amat membimbangkan. Rasuah juga mempunyai adik yang di namakan putar belit.

Antara contoh kes putar belit ialah, pegawai kerajaan yang menjaga tender berjumpa dengan penender meminta harga di kurangkan. setelah selesai proses tawar menawar, pegawai tersebut meminta meletakkan harga lebih tinggi dan lebihan diberikan kepada pegawai tersebut. Kalau tidak tender itu diberikan kepada orang lain. Contoh, ali berjumpa dengan pegawai abu untuk tender buku teks. Harga yang di letak oleh ali ialah RM15 setiap buku. Pegawai abu meminta untuk mengurangkan harga sehingga ali meletakkan harga RM9 yang mana untung pada ali tak sampai RM1.00 untuk setiap buku. Akan tetapi pegawai abu meminta ali meletakkan harga RM20 untuk buku tersebut dengan persefahaman bawaha ali hanya mengambil RM9 dan selebihnya di masukkan ke akaun pegawai abu.

Terdapat pelbagai modus operandi yang lebih kurang. Cara dan pendekatan yang berbeza akant tetapi matlamatnya sama. Mengambil hak yang sepatutnya di peroleh peniaga, dan masukkan ke poket sendiri sedangkan ada gaji tetap dan elaun dari pihak kerajaan atau majikan mengalir dalam akaun setiap bulan.

Metro - Setempat - Kawan karib kebas RM20,000



SHAH ALAM: Impian seorang peniaga kedai telefon untuk memiliki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Caldina musnah apabila jurujual kereta yang juga rakan baiknya melarikan wang pendahuluan RM20,000.

Difahamkan, suspek turut menipu rakan lain hingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebelum melarikan diri bersama wang mangsa.

Mangsa, Megat Khairul Afiq Ramli, 22, berkata dia tertarik pakej yang ditawarkan rakannya itu pada April tahun lalu kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai lain selain memberi tempoh singkat untuk mendapat kereta.

Katanya, harga MPV Toyota Caldina baru yang ditawarkan rakannya itu RM30,000 berbanding tempat lain melebihi RM100,000.

“Dia begitu meyakinkan apabila mendakwa harga itu termasuk cukai import. Saya tidak mempunyai perasaan syak wasangka dan mengeluarkan wang simpanan demi memenuhi impian.

“Saya menyerahkan wang berkenaan selepas yakin dengannya yang bersungguh-sungguh mahu menguruskan pembelian kereta dalam dua bulan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, janji tinggal janji apabila kereta yang ditunggu tiada, malah rakannya melarikan diri bersama wang miliknya.

Megat Khairul berkata, rakannya yang berusia 25 tahun itu turut menukar nombor telefon hingga usaha menjejakinya gagal.

“Saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 25 Mac lalu.

“Saya mahu dia mengembalikan wang kami atau berdepan tindakan,” katanya.






Pembaca : banyaknya duit dia, ribu-ribu
Penulis : dia bisnes, awak tu lepak je tak habis-habis...



Percaya atau untuk tidak percaya. Kehidupan ini akan menjadi lebih selesa dan aman sekira kita mengamalkan konsep saling percaya dan bertanggungjawab. Dengan amalan seperti ini, kos perniagaan dapat di kurangkan dengan amat banyak. Berikutan kos guaman dapat di elakkan dan kos masa untuk memproses itu dan ini.

Dengan konsep percaya dan bertanggungjawab dalam bisnes juga membolehkan satu-satu perniagaan itu perkembang dengan amat pesat dan sekali gus memberikan kenikmatan perniagaan itu kepada pengguna,pekerja dan pemilik. Kemakmuran sebeginilah yang diimpikan oleh semua peniaga-peniaga di luar sana.

Akan tetapi, pekara akan terjadi. Dimana apabila kita tidak buat perjanjian, manusia cenderung untuk mengambil kesempatan. Atau mungkin yang tidak mengambil kesempatan terpaksa berbuat sesuatu yang agak melanggar konsep percaya dan tanggungjawab. Ini yang menyebabkan cabaran dalam bidang perniagaan amatlah tinggi dan tidak ramai yang dapat membolosi cabaran ini.



Manakan tidak, apa yang anda boleh buat sekiranya perniagaan yang anda bangunkan selama 2 tahun. Apabila diserahkan kepada isteri, datang kerja lambat, tidak mengikut prosedur, pandai-pandai sendiri dan menyebabkan syarikat merundum?

Apa pula rasa di hati, apabila anda sudah mengajar selok belok perniagaan anda kepada pekerja dengan harapan anda dapat berehat atau menumpukan kepada pembukaan perniagaan baru. Pekerja anda berhenti akibat di pujuk oleh kawan yang sama perniagaan dengan anda.

Ya anda mungkin tidak mengalami perkara sedemikian, dan seribu satu jawapan boleh di berikan tatkala anda tidak berdepan dengan situasi seperti di atas. Dan anda juga membuat nada gurau dan melayani akal nakal untuk mempersendakan isu ini. Akan tetapi apabila ujian ini menimpa anda. Kebanyakkan terkaku terdiam seribu bahasa.

Ahad, 27 Mac 2011

Utusan - Kota - Pelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitan




KUALA LUMPUR 26 Mac - Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Selayang, terpaksa menerima 10 jahitan di kepala setelah dibelasah kira-kira 10 lelaki yang tidak dikenalinya semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya yang terletak berdekatan.



Bagaimanapun, mangsa didatangi kumpulan lelaki berkenaan lalu bertindak memukulnya sehingga mengakibatkan kecederaan parah di kepala.



Pembaca : padan muka, ada lah tu budak tu buat perangai tu yang kene pukul
Penulis : amboi, kalau awaknya buat silap kene pukul mau?



Mata pelajaran yang mana satu di sekolah yang mengajar untuk malakukan gangsterism? adakah matematik, sejarah, atau bahasa inggris? Kat mana lah mereka ni belajar melakukan tindakkan seperti ini?

Metro - Berita Utama - Diancam mafia



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri kini hidup dalam kebimbangan selepas diancam seorang wanita yang mengaku mafia sebuah kondominium mewah di Wangsa Maju, dekat sini.

Wanita itu juga mendakwa mempunyai ramai pengikut dalam satu pertubuhan.


Berikutan ancaman berkenaan, pasangan terbabit kini ibarat pelarian di negara sendiri kerana sering berpindah-randah, terutama selepas segala perlakuan yang dilakukan wanita berkenaan seolah-olah tidak dapat dihentikan.





Pembaca : wuyoo, perempuan ketua mafia?
Penulis : harap-harap bila ada bencana alam dia tolong, macam mafia jepun



Isu samseng ni berada di mana-mana. Dari sekecil-kecil perkampungan sehingga sebesar-besar bandar. Tak kira di peringkat umur mana pun tetap ada satu watak atau tingkah laku yang berbaur samseng atau gangster ini.

macam mana yang di katakan samseng atau gangster?
menggunakan paksaan, ketakutan, ugutan, kekasaran, kedudukan yang tidak dapat di tandingi dan lain-lain lagi.

Ramai yang memilih cara di atas untuk menyelesaikan masalah atau berdepan dengan masalah harian mereka. Maka serba sedikit, ramai jugalah protuge gangster semula jagi. Bila merujuk kepada difinisi gangster atau samseng ni kadang-kadang nampak mak bapak sekarang pun ala-ala samseng gak, diikuti guru dipelbagai peringkat dan majikan. Ini kerana kebanyakkan mereka mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melakukan cara-cara gangster atau samseng dalam kehidupan seharian.



Antara contoh yang boleh kita ambil ialah, melaungkan suara yang tinggi terhadap anak, memukul dengan marah ( bukan dengan tujuan menyampaikan maksud), mengugut anak dan sebagainya. Dan apabila besar akan budak itu, dia menggunakan cara yang sama apabila kita tua nanti. Rasa-rasanya pasti 5 kali ganda kesan yang menimpa dada. Lihat sajalah bagaimana mak bapa di biarkan begitu sahaja.

Kenapa kita begitu suka akan kejadian samseng ini? perasan atau tidak, bila cerita samseng kita akan automatik suka. Apabila orang di pukul, kita rasa macam puas. Kadang-kadang kita ajarkan pula orang yang bergaduh itu untuk bertindak sebagai mana yang kita rasakan puas dan berbaloi.


Kemana Kemanusiaan?

Sabtu, 26 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Sinar hidayah buat nyah




KUALA LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal.

“Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa.

“Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati,” katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.





Pembaca : tahu pun nak insaf , tak geti nak jijik ke?
Penulis : memegang wanita bukan muhrim lebih jijik daripada pegang babi, amacam?



Syukurlah terciptanya pendekatan untuk membawa mak nyak pulang ke pangkal jalan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil inisiatif yang baik, syabas!

Kepada mak nyah sedunia, penulis tidak pasti apa yang anda rasakan dan kenapa anda jadi sedemikian. Tetapi cubalah seboleh mungkin untuk tidak menjadi mak nyah secara total. Yang di maksudkan penulis ialah dengan membedah buah dada dan kemaluan. Tidak salah menjadi lembut, tapi membedah dada dan kemaluan tidak membawa kita kemana-mana.



Penulis merasakan bahawa lelaki yang lembut ini memerlukan pasangan wanita yang kasar atau agak sedikit kelakian. Mungkin sebagai permulaan lelaki lembut boleh mengambil inisiatif untuk berkawin dengan perempuan kasar. Bak kata pasarnya tomboy dengan maknyah boleh cuba menjalin hubungan. Usaha ini agak berbaloi kerana boleh di ikat dengan perkahwinan

Dan ia juga seperti satu jalan penyelesaian yang mungkin untuk masalah masyarakat seperti ini. Cubalah demi kepentingan anda sendiri,anda pasti boleh berjaya

Jumaat, 25 Mac 2011

Berita Harian - Dunia - Kumpulan mafia bantu mangsa gempa, tsunami




TOKYO: Kumpulan mafia Jepun turut membantu ketika negara itu mengalami saat genting akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu apabila turut melakukan tugas sivik yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Sehari selepas gempa bumi, Inagawa-kai (kumpulan penjenayah terancang ketiga terbesar di Jepun yang diasaskan pada 1948) menghantar 25 trak empat tan dipenuhi lampin pakai buang, mee segera ramen, bateri, lampu picit, minuman dan keperluan harian ke kawasan Tohoku.



Pembaca : Baguslah kumpulan mafia sana..
Penulis : hihi, kat malaysia masa-masa bencana lah kaut untung...



Memang tidak dapat di nafikan, amat tersentuh hati apabila kumpulan samseng menyerahkan bantuan semasa bencana. Syabas untuk yakuza, diharap selesai bencana mereka akan mempuyai bisnes yang lebih baik untuk di usahakan daripada memeras ugut.

Utusan - Dalam Negeri - 31 Pelajar ponteng di tangkap





KUALA TERENGGANU 24 Mac - Seramai 31 pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, ditangkap di daerah ini hari ini dalam Operasi Gerak Tempur Basmi Ponteng Sekolah yang diadakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu.

Seorang daripada pelajar itu didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda setelah gagal melepasi ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.






Pembaca : biasalah ponteng, budak-budak...
Penulis : ye lah biasa, apa kata biasalah bini aku curang.. bini-bini...



Syukur ada yang membuar serbuan dan tindakkan keatas pelajar yang pontong ni. Ini kerana sudah tidak ramai pihak yang mahu melayan kerenah pelajar dan mengambil keputusan untuk hanya membiarkan sahaja. Ini memang amat menyedihkan, ialah barangkali mereka mengalami pengalaman yang tidak enak apabila menjalankan tanggungjawab menegur pelajar-pelajar liar ini. Ada yang di pukul oleh kawan-kawan gangster pelajar, di ugut oleh pelajar, di rosakkan kereta, di marah ibubapa pelajar dan lain-lain lagi.

wahai pembaca, sekiranya terlihat kanak-kanak atau pelajar berlaku tidak senonoh atau tak enak dek mata maka tegur-tegurlah. Teguran yang di berikan bukan lah untuk menyakitkan hati atau memalukan pelajar tersebt, cukup sekadar menunjukkan pendirian anda yang anda tak suka mereka berdemikian. Sekiranya mereka memberontak, tinggal begitu sahaja atau anda mempunyai ilmu kaunseling sila jalankan. Bagi yang melihat penegur di maki oleh pelajar berilah sokongan kepada penegur bukan pada pelajar itu. Kerana pada tahap ini, pelajar perlu di bentuk, mereka masih tidak nampak hala tuju mereka. Jangan katakan mereka, pelajar tua pun kadang-kadang tak nampak.



Teguran ke atas pelajar-pelajar liar atau salah laku ini amat perlu. Ini kerana kita tidak mahu anak kita juga sedemikian rupa. Siapalah yang akan tahu bahawa anak mereka akan berkawan dengan pelajar liar ini atau tidak. Dengan menegur, seorang tegur sekali. Lama kelamaan pelajar liar ini akan sedar juga, sekiranya tiada pelajar liar, anak kita kebarangkalian untuk liar itu rendah.

Ia memang bukan satu perkara yang mudah untuk kita implemen, tapi ia amat berbaloi.


Anak muda Pemimpin Masa Depan

Khamis, 24 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Anak mengamuk ibu kahwin lain




KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.


Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.





Pembaca : tu lah kahwin tak nak minta persetujuan anak-anak
Penulis : bro, dah dua tahun menjanda. Maknya pun dah tua pandai pikir



Apa nak cakap menda macam nih? apa lah kisahnya... Kita mulakan dengan bismillah. Ok, mak ayah kalau nak kahwin apakah halangan yang ada pada anak-anak? Sekiranya kita lihat pada kes ini anaknya pastinya dah besar panjang. Apakah yang menyebabkan anak memberikan satu halangan yang begitu besar sehingga maknya kahwin dia mengamuk begitu sekali?

Kebanyakkan anak-anak memang susah untuk setuju dengan ibu atau bapanya kahwin lagi. Macam-macam yang mereka akan katakan, mak tak sayang ayah (sekiranya ayah mati), ayah curang ( sekiranya ibu mati ). Tetapi, wahai anak-anak. Kenapa bila mak ayah tak setuju dengan perkahwinan pilihan anda semua macam -macam pula alasan yang anda boleh berikan?

Ianya berbalik kepada keperluan dan pemikiran manusia itu sendiri. Kebiasaannya anak -anak akan berpikir yang mak atau ayah tiri itu hanya nak harga mak atau ayah kandung. Ada pula yang berpikir mak atau ayah tiri itu tak layak dan sebagainya. Tolong ketepikan perkara yang negatif itu, yang nak kahwinkan mak atau ayah. Bukan anak-anak, dan yang paling nyata mak ayah tak perlu berwalikan anak-anak.Sebab tu lah tak perlu meminta izin anak.



bahana tidak setujunya anak ini akan lebih teruk apabila terjadi sesuatu pada ibu atau ayah tirinya. Macam-macam lah akan di cakap antaranya " tulah kan dah cakap..." , " padan muka mak siapa suruh..." . Dan kata-kata ini di sertakan tidak langsung membantu ibu atau ayah kandungnya, membiarkan orang tua seakan jatuh ditimpa tangga.

Anak-anak, perkara akan berlaku walau apa pun kita buat. Tak kira sama ada terancang, tidak merancang, atau dirancang oleh orang lain. Tiada siapa yang boleh merancang kebahagiaan kecuali tuan punya badan. Sokong lah orang tua, bantu lah orang tua, dan apa saja untuk mereka. Jangan sesekali abaikan mereka, lagikan memukul dan mencaci.


Orang tua berjaya, anak lagikan berjaya

Rabu, 23 Mac 2011

Utusan - Jenayah - Pangkalan data penjenayah siber bakal diwujudkan


KUALA LUMPUR 22 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pangkalan data khas bagi menyimpan maklumat mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah komersial dan siber di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pangkalan data itu dijangka beroperasi mulai selewat-lewatnya Julai depan, sebaik sahaja memperoleh perkakasan yang diperlukan





Pembaca : apa maksudnya semua ni?
Penulis : maksudnya "hati-hati abang crackers...
Pembaca : apa pula cracker, hacker lah...


Pastinya ramai yang keliru berkenaan penggodam dalam istilah bahasa inggris, terdapat dua jenis penggodam. satunya hacker dan satu lagi cracker. kedua-duanya membuat perkara yang sama tetapi atas tujuan yang berbeza.

hacker adalah penggodam yang menggodam sistem atau rangkaian untuk mencari kelemahan untuk diperbaiki

cracker adalah penggodam yang menggodam sistem atau rangkaian untuk mencari kepuasan atau memperoleh maklumat untuk tujuan peribadi.

Metro - Berita Utama - Belasah Suami




AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.


Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.





Pembaca : Apa lah yang dia pikir, dia tak sayang ke laki dia?
Penulis : Kita telah diprogram oleh media untuk berbuat demikian...



Kejadian tersebut boleh dikatakan oleh kerana tekanan hidup. Apabila di luar sana si isteri melihat, orang lain bersama isterinya bercanda dan bergurau. Lalu si isteri mengenangkan nasib. Ditambah dengan terpaksa menyara si suami dan menghidangkan makanan. Si isteri semakin tertekan, dan tekanan yang memuncak apabila si suami gagal untuk memberikan nafkah batin. Pembaca tersenyum? walaupun orang tua-tua membuat perkara ini seakan gurauan, tetapi ianya amat benar sekali.

Bagi yang sudah berkahwin di luar sana, jagalah nafkah batin sebaiknya. Dan jagalah kesihatan anda untuk membolehkan anda melaksanakan upacara kebatinan dengan sehabis baik. Ini amat pentin sekali, sekiranya tidak mengapa islam menyarankan penganutnya berbuat demikian?

Anda sendiri boleh melihat di sekeliling anda, jangan sesekali kaitkan dengan filem atau drama atau novel dan sebagainya. Kerana kesemua itu telah di tambah perisa dan perasa supaya dapat menyampaikan maklumat yang berkesan kepada penonton.



Satu hari semasa penulis duduk minum di kedai mamak, bersebelahan ada seorang aweks duduk minum. Memang cantik dan berseri. Kemudian datang seorang lagi aweks menaiki mercedis lagi cantik dan berseri, turun dari kereta dan duduk dimeja aweks sebelah penulis. Penulis tidak bermaksud untuk mencuri dengar, kerana jarak terlalu dekat maka terdengarlah akan telinga ini suara perbualan mereka.

Rupanya suami aweks mercedis ni telah kemalangan setahun lepas, dan lumpuh separuh badan. Dan dalam isi perbualan mereka aweks mercedis ni ada mengatakan "duit banyak, rumah mewah, kereta besar... tapi tak dapat buat apa, tak tahu sampai bila boleh bertahan". Fikirkan lah, ini luahan seorang isteri terhadap kawannyaa. Dan tidak mustahil wanita lain di luar sana turut merasakan, jadi... fikir-fikirkanlah...


Jaga Kesihatan, Kebahagiaan Terjamin

Selasa, 22 Mac 2011

Utusan - Laporan Khas - Lambakan rumah urut, salah siapa?




KUALA LUMPUR 19 Mac - Hanya dalam masa tiga hari tinjauan di sekitar Lembah Klang, Mingguan Malaysia memperoleh angka yang mengejutkan - lebih 1,500 rumah urut kebanyakannya tidak berlesen dikesan.


Metro - Berita Utama - Anak diculik empat jam



PORT DICKSON: “Kereta hilang tidak mengapa, tapi jangan nyawa anak jadi taruhan,” kata Norfaizal Md Nor, 31, yang terkejut selepas anak lelakinya berusia empat tahun diculik dan dilarikan bersama Toyota Unser miliknya di pekan Pasir Panjang, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit, Ahmad Uqassyah, anak ketiga daripada empat beradik melalui pengalaman menakutkan kira-kira empat jam apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali kira-kira 30 kilometer dari Pasir Panjang ke Sungai Udang, Melaka.


Norfaizal yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), cawangan Pasir Panjang, berkata sebelum kejadian, dia singgah di kedai runcit di pekan berkenaan untuk membeli barang keperluan anaknya itu.



Berikutan hujan, katanya, dia meninggalkan anaknya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu selepas meletakkan keretanya empat meter dari pintu kedai tanpa mematikan enjin.



Pembaca : dulukan dah banyak kes macam nih
Penulis : sejarah mungkin berulang



Wahai pembaca, jangan lah kamu tinggalkan kereata dengan tidak berkunci, enjin hidup atau kedua-duanya sekali. Perkara sebegini telah pun banyak kali berlaku. Lebih-lebih lagi kalau ada orang didalam sama ada anak kecil atau orang dewasa tengah tido.



bagi pihak kita mungkin kira rasa "oh kesian member aku tido, biarlah enjin start. Aku pergi beli barang kejap". Ketahuilah wahai taman ku, kejapnya anda beli barang , lebih kejap orang tu kidnap kereta anda. Dah tu nak buat apa dengan barang yang dah dibeli? keretanya dah hilang.

Sekiranya kawan, isteri, memilih untuk tak nak sama turun kereta dan anda mengambil keputusan untuk tinggalkan dengan enjin hidup. Minta mereka kunci dari dalam, dan tidak membuka pintu dan tingkap ( kalau kunci dari dalam pintu tingkap terbuka pun tak guna juga?.

Dan lagi pesanan dari penulis, jangan pula pembaca tinggalkan anak yang baru setahun dua dalam kereta lepas tu kunci dari dalam. Nahaslah jawabnya, siapa nak buka nanti?



kunci kereta anda

jangan tinggalkan enjin hidup

Isnin, 21 Mac 2011

Utusan - Kota - 'Perangkap menunggu mangsa'



KUALA LUMPUR 20 Mac – Jambatan di Taman Mas, Kepong di sini yang sekian lama menjadi laluan keluar-masuk utama ke taman itu kini seolah-olah sebuah perangkap yang menunggu mangsa.

Ini kerana sejak enam bulan lalu, jambatan itu menjadi mendap dan semakin uzur.



Pembaca : lah kenapa takde orang nak repair?
Penulis : entah, mungkin sebab takde orang DBKL duduk situ kot...





Malang memang tak berbau, tapi kalau dah ada bau dan orang dah beritahu ada bau malang. Tapi masih macam gitu juga tiba-tiba sesuatu terjadi, adakah itu dipanggil insiden? Selagi tak kene , relek dulu. Lebih-lebih lagi kalau bukan dekat batang hidung sendiri. Kalau batang hidung sendiri yang kene, ini buat dulu. Macam gitu lah gelagat manusia dewasa ini, dari kecil sehinggalah dewasa. Kemana perginya ringan sama dijinjing , berat sama di pikul? Hentak kepala tanya diri sendiri.. hihi...

Perasan atau tidak, sekiranya ada peristiwa menimpa rakan atau orang sekililing. Kita lebih cenderung untuk menyalahkan orang itu, merasa puas,atau mereka cerita tokok tambah. Tiada atau kurang yang mahu pergi bertanyakan khabar, memberi pertolongan, atau pun setidaknya memberi sepatah dua kata-kata semangat. Kerana itu yang mereka perlukan, bukan reka cerita dan maki hamun.

Akan tetapi apabila tertimpa di batang hidung sendiri, maka mulalah kita menyatakan. Ini lain tak sama macam orang tu, aku dah ini aku dah itu... dan pelbagai kata-kata lain untuk mempertahankan diri daripada di kategorikan seperti orang di atas. Apa yang membuatkan anda pikir bahawa orang kejadian menimpa anda dan orang itu lain?

Metro - Berita Utama - Anak terbujur tepi tiang lampu


KUALA LUMPUR: “Luluh hati saya sebaik melihat anak sulong terbujur kaku di tanah. Malah, hampir pitam apabila mendapati dia tidak bernyawa,” kata Mohd Marzuki Muda, 44, bapa Muhammad Naqiuddin, 11, yang maut selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain bola di kawasan permainan di Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada sebatang tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan berkenaan.


Pembaca : kesian yek mati cam tu jek
penulis : kalau tak repair juga dah boleh buat dokumentari, Puaka si tiang lampu..


Elektrik sememangnya bukan satu perkara yang boleh di buat main. Alangkan terkene arus elektrik yang perlahan sudah mampu membuatkan badan kita lemah longlai. Inikan lagi sekiranya arus elektrik yang tinggi.



sebulan sebelum itu ada juga seorang budak kene gencatan elektrik disitu tetapi tidak mengalami kemalangan jiwa. Yang sedihnya kenapa mangsa tersebut tidak melaporkan? Tindakkan sambil lewa ini atau tidak mengambil berat seperti ini amat membimbangkan ( sekiranya mangsa tidak melaporkan ). Adakah mereka tidak tahu di mana tempat untuk membuat pengaduan atau mereka tidak ambil peduli? Kedua-duanya adalah masalah berat.

Dengan mengambil iktibar dari kes ini, mungkin satu kempen kesedaran khusus untuk elektrik dapat di jalankan. Umpama kesedaran untuk tidak merokok, kempennya amat baik dan ramai orang yang terpanggil untuk menyambutnya.

Sabtu, 19 Mac 2011

Utusan - Jenayah - Warga emas di halau, di tumbuk keluarga sendiri


KUALA KUBU BHARU 18 Mac – Selama 18 tahun, Wong Soo Tian (gambar) sanggup merantau ke Indonesia bekerja di beberapa kem pembalakan di tengah hutan belantara semata-mata mahu mencari rezeki untuk menyara isteri dan tiga anak tercinta.

Sepanjang tempoh tersebut, Soo Tian tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai suami dan bapa apabila setiap bulan mengirim wang untuk perbelanjaan keluarga, malah sentiasa mencari kesempatan pulang ke tanah air menjenguk mereka jika ada kelapangan.

Namun, Soo Tian kini berusia 81 tahun tidak menyangka akan dibuang oleh isteri dan anak-anak selepas bersara hanya kerana mereka enggan menjaga dirinya yang sudah tua.

Lebih malang, lelaki warga emas ini bukan sahaja tidak dibenarkan tinggal di rumah sendiri di Kampung Chong 5, Rasa di sini, malah turut ditumbuk dan diugut bunuh oleh anak sulungnya semasa merayu untuk menumpang berteduh di situ, petang semalam.



Soo Tian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di sini hari ini memberitahu, sebelum kejadian beliau menumpang di rumah saudaranya.


Pembaca : itu lah abaikan kasih sayang terhadap keluarga, pergi kerja jauh-jauh buat apa...
Penulis : Itulah pengorbanann namanya, kalau dia tak pergi kerja jauh-jauh. Anak dia pun takde, mati dari dulu lagi.. kelaparan..


Bab-bab warga tua di halau, di pukul, di herdik. Penulis akan merasa sangat sebak, dan kadang kala mengaliskan air mata. Katakan lah apa yang anda ingin, hati tisu ke macam perempuan ke dan lain-lain kata yang menyebabkan diri anda sendiri tidak mempunyai rasa simpati dan sekali gus berada dalam kategori kemungkinan besar berbuat demikian.



Apa perasaan pembaca apabila kawan rapat, tido sebantal, duit kongsi sikit sama sikit, masalah di bahagi rata. Hanya untuk mendapati satu hari dia senang pergi begitu saja. Yang kita ni rindu pada dia bila berjumpa ingin berborak dikatakan tidak kenal, dikatakan jahat, dikatakan pemalas. Penulis minta pembaca feel akan keadaan ini... pernah lalui peristiwa seakan-akan begini?

Lagikan seorang ayah yang mengorbankan segalanya untuk anak bini hanya untuk di halau dan dipukul kemudian harinya. Apa yang penulis fikirkan mereka berhempas pulas di waktu mudanya untuk anak bini, hanya mengharapkan satu masa akan di hargai dan dijaga dengan baik setelah kederatnya di kerah demi keluarga. Tapi apa yang di peroleh ialah, jalan untuk mengerahkan lagi tenaga untuk mencari sesuap nasi. Kerana tiada tempat lagi yang di namakan keluarga, anak atau bini.