Rabu, 9 Mac 2011

Berita Harian - Wilayah - Angkara gajah

Penduduk dekat Tanjung Sedili bimbang ancaman haiwan liar
  
KOTA TINGGI: Pencerobohan gajah liar mencari makan sekitar tiga kampung dekat Tanjung Sedili sejak awal tahun ini, bukan saja merosakkan tanaman dan kebun, malah mengancam keselamatan penduduk. 

“Kami faham kawasan habitat asal gajah ini mungkin kekurangan makanan akibat pembangunan menyebabkan ia mula bergerak keluar dan memasuki kawasan kebun penduduk. 

 Sedangkan haiwan yang tak gunakan duit dalam kehidupan hariannya, sengsara mencari makanan. Inikan kita yang sengsara mencari duit untuk mencari makan. Kemungkinan faktor kenaikkan harga barang telah menarik minat ramai manusia mencari produk untuk di jual didalam hutan, dan ini pula menarik minat gajah dan haiwan lain untuk melihat produk apa yang di hasilkan.

pembaca : wei, gajah mana tau pasal produk semua-semua ni. tak gi sekolah ... apa lah...
penulis    : itu bermakna memang dalam hutan dah takde makanan lah, siapa perosak ecosistem ni wei?

Bagi yang berniaga, apa bila dapat projek. Was-was nak ambil, ni bayar ke tak ni. Bagi yang nak bekerja di sektor swasta. Was-was nak kerja, ni bayar gaji ke tak ni. Ekonomi oh ekonomi. Penulis dapat melihat ramai antara kita yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Walaupun di gembar-gemburkan bahawa negara stabil dan ekonomi meningkat. Kita seakan tidak merasa yang positif, malah negatif pula yang banyak. Kita melihat banyak kedai yang tutup, pasaraya yang barang pun dah tak berapa nak raya. Kedai runcit yang teramat runcit.

Apakah yang perlu kita lakukan? Disini penulis ingin mengingatkan, jangan buat pinjaman pada saat ini. Ia akan amat membebankan. Ubahlah cara pemikiran anda kepada macam nak simpan duit, macam mana nak buat duit tanpa meminjam.Kata orang, apabila kita jatuh kita dah takde jalan lain melainkan naik semula. Kerana kita dah sampai ke dasarnya. Akan tetapi sekiranya kesengsaraan sekarang ini dasarnya masih jauh, akankah mampu di lalui?

Kumpulkan rakan-rakan senasib, dan bincang bersama untuk memajukan ekonomi bersama. Jangan pula ada keluar di tengah jalan. Carilah perniagaan yang lebih kepada berbentuk servis atau tidak menggunakan modal yang tinggi untuk di mulakan. Jujurlah pada team atau kumpulan yang telah di bina, nescaya tsunami ekonomi macam mana pun kumpulan anda tetap akan teguh. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan