Rabu, 16 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Baca Yasin mengundur

SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.


Pembaca : uih, baca yasin mengundur pun dapat power...
penulis : setan kalau nak sesatkan kita, korek hidung pun kereta terbang...


Semakin bertambah dan berkembang ajaran sesat di malaysia ini. Selamatnya pengasasnya kebiasaannya orang yang tidak berpelajaran, yang tak selamatnya pengikut bawahan adalah orang yang berpelajaran. Sekiranya mereka menggunakan pendekatan internet untuk menyebarkan pengajaran mereka itu. Huh, pasti padah menimpa.


Apa yang kita boleh pelajari disini ialah sekiranya susah dapat kerja. Duit pun dah nak kering, nekad je tubuhkan satu ajaran sesat. Orang ramai ikut, orang ramai taksub pasti ada yang derma atau memberi sumbangan agar tok founder meneruskan kerja-kerjanya. Dek akibat pengetahuan agama yang cetek, ini lah yang akan terjadi. Sedangkan yang khatam quran pun boleh terpesong, inikan lagi yang baca pun fatihah je. Lagi maut lencongannya.


Ya, memang tidak dapat di nafikan lagi. Kita seakan cemburu melihat kebahagian, dan kesenangan orang lain. Apabila kita dilanda musibah, kemurungan dan kesunyian. Kita akan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain. Mencari-cari kelemahan untuk di perbetulkan. Tetapi apabila kita berada dalam situasi ini dan tersilap langkah. Maka, syaitan akan datang rewang sama-sama.


Kita semua memerlukan tempat untuk merujuk ( bukan isteri yang diceraikan ). Kita semua perlukan guru, dan boleh dikatakan 95% daripada kita tidak mempunyai guru. Maka carilah guru dari apa sudut yang kita tidak paham mahupun paham, supaya yang paham lebih paham lagi hendaknya.


Angkara tidak mempunyai guru untuk dirujuk. Pabila digertak atau terhentak sedikit, maka kita akan melayah yang bukan-bukan. Maka pelbagai tindakkan negatif akan dilaksanakan bagi memuaskan nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan