Jumaat, 4 Mac 2011

Utusan - Dalam Negeri - Setiap 15 minit satu pasangan bercerai

Purata setiap 15 minit pasangan islam bercerai berdasarkan sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Diantara yang ditekankan punca penceraian ialah kurang menghayati ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga dan mungkin kerana peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa lagi punca cerai antaranya :

Gemuk dan busuk / tak gemuk dan busuk
Ini antara perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Sebelum kahwin , jumpa dating di luar baunya dari jauh dah dapat hidu wanginya. Pakaian rapi di ikuti dengan aksesori yang membantu penampilan. Akan tetapi apabila berkahwin kita melihat pasangan kita di rumah, yang mana bangun pagi tak terus mandi. Bawa satu rumah bau badan tu, dengan kusut masainya. Tanpa mengenakan pewangi, kebanyakkan kita akan mengeluarkan bau badan yang tidak enak terutamanya waktu bangun pagi lebih-lebih lagi yang tidak menggunakan air-cond. Dan bayangkan setiap hari menghidu bau yang tidak menyenangkan. Satu hari boleh jadi brain tumor.
Tips - bangun pagi terus mandi siap-siap, elakkan pakai baju basahan. Pakai simple dan kemas, supaya kelihatan sentiasa rapi dan hensem/cun sepanjang masa.

Hutang
Perkahwinan tidak lari daripada mas kahwin, hantaran, majlis perkahwinan, photography, pelamin dan lain-lain kos yang dapat membawa makna bahawa majlis kahwin itu grand, terbaik dan lain-lain. Dengan terlupa akan hutang belajar belum di bayar, kita membuat pinjaman peribadi untuk memenuhi kehendak dan piawai orang sekeliling sebagaimana yang mereka pikirkan perlu. Tidak langsung di ukur pada kemampuan diri dan implikasi akan datang.

Sebagai balasan daripada kesanggupan berhutang, kita diberi kebahagian semasa menjadi raja sehari dan pujian daripada kawan-kawan kerana majlis anda dikagumi dan lain-lain pujian.Selesai sebulan, honey moon sudah, jumpa saudara mara pun sudah dan lain-lain lagi yang biasa di buat oleh pasangan yang baru berkahwin. Tiba pula masa menjalani kehidupan seharian seperti biasa cuba duduk sebumbung. 

Bank telipon minta jelaskan bayaran pinjaman peribadi, bank telipon lagi minta jelaskan bayaran pinjaman rumah, bank telipon lagi minta jelaskan pinjaman kereta, mara / ptptn hantar surat mahkamah, bil api nak di potong, begitu jua bil air, astro dah kene blok, kereta pula tayar dah botak.

Apabila anda kusut dengan semua ini, pasangan anda menuntut janji untuk belikan barang... maka di situlah percikkan penceraian yang pertama.
 Tips : cara pasangan yang boleh bersederhana, yang tidak meninggikan proses perkahwinan akan tetapi meninggikan atau mengutamakan proses menjalani kehidupan bersama kelak. Jangan berhutang seboleh-bolehnya. 

Komunikasi
Semasa bercinta, komunikasi tidak mempunyai masalah sebab itulah boleh membawa kepada jinjang pelamin. Akan tetapi apabila bergelar suami isteri, komunikasi merupakan satu yang amat penting yang perlu diletakkan di tangga teratas. anda rasa komunikasi takde masalah? renungkan semula. Pernahkah anda berkata dengan pasangan anda mengenai sesuatu perkara yang anda rasa penting, akan tetapi di ambil mudah oleh pasangan anda? Pernahkah anda memerah otak untuk membeli sesuatu pada si dia hanya untuk menerima komen dan muka yang masam? Anda pasti akan berbual dengan pasangan anda di dalam kereta, apabila anda masuk topik yang anda rasa tumpuan perlu di beri pasangan anda menyanyi mengikut radio atau menguatkan radio... amacam? ok tak komunikasi anda? itu antara beberapa yang saya ketengahkan, dan terdapat banyak lagi communication breakdown antara pasangan.
Tips : beri tumpuan pada kata-kata pasangan anda, dan pastikan anda betul-betul paham

Campur tangan pihak ketiga
Apabila berkahwin, ada yang tak puas hati kita akan bertanya kepada kawan, mungkin abang, mungkin mak untuk mendapatkan satu penandar aras samada anda benar atau salah. Lalu kita menerima pakai untuk pergaulan seharian dengan pasangan. Campur tangan pihak ketiga kebiasaanya akan menyebabkan kehancuran, anda boleh menerima nasihat daripada pihak ketiga, tapi untuk inplimentasi anda perlu selarikan dengan pasangan anda. Kerana tiada orang lain yang mengenal pasngan anda kecuali anda sendiri.

Jalan yang terbaik adalah berbincang secara terbuka dengan pasangan anda. Sekiranya jurang perselisihan amat jauh, cuba ambil langkah jalan tengah untuk menyelesaikan masalah. Jangan letakkan siapa salah dan siapa benar sebagai motif utama perbincangan, akan tetapi macam mana untuk kekal bersama.
Tips : dialah penawar dialah racun

dan terdapat banyak lagi faktor penceraian. Sampai disini sahaja setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan