Ahad, 13 Mac 2011

Metro - Setempat - Lima dakwa ditampar guru

PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.

Pembaca : tengoklah cikgu sekarang nih panas baran, nak pukul je!
Penulis    : Ini lah antara tindakkan dalam proses mendidik

Adakah benar sudah tidak relevan lagi memukul pelajar?
sekiranya benar sudah tidak relevan adakah pihak tertentu datang dengan cara yang lebih relevan dan berkesan?
adakah mengharamkan pukul pelajar baik untuk kedua-dua pihak atau sebelah atau tidakk baik untuk kedua-dua sekali?

mari kita bincangkan.

Pelajar umpama rebung buluh yang perlu dilentur. Kerana pada masa itu lah ia mudah untuk di lentru. Akan tetapi sekiranya rebung dilayan seperti buluh tua bolehkah kita melenturnya? begitu juga dengan pelajar. Dalam proses mendidik pukul adalah salah satu daripadanya, tetapi bukan pukul yang keterlaluan. Pukulan itu hanya untuk menyedarkan kesilapan, agar tidak mengulanginya. Dan pukul itu juga dapat menyampaikan pelbagai mesej, sekali lagi saya tekankan asalkan tidak keterlaluan.

Dalam proses kita mendidik anak yang baru lahir, kita tidak lari dari marah dan pukul. Dan terdapat juga dikalangan masyarakat yang tidak memukul anaknya, dan kita dapat melihat apa implikasinya. Satu perangai yang agak tidak menyenangkan terhasil. Begitu juga dengan pelajar...

Pembaca : apa pula pukulkan banyak cara lain lagi...
Penulis    : saya setuju, tapi anda tidak akan cukup sabar untuk menjalankannya

Sejak kes guru di saman kerana memukul anak mereka, ramai guru yang takut untuk memukul dan menjauhkan diri dari pertikaian dengan pelajar. Sekiranya pertikaian tidak berlaku maka, tiada pembelajaran berharga berlaku. Maka tak payah pergi sekolah pun takpe. Duduk kat rumah baca buku, nanti datang periksa.

Pembaca : kenelah hantar pergi sekolah, siapa nak jaga kat rumah 
Penulis    : di sekolah hak penjagaan diserah pada guru, dan serahkanlah sebulatnya... jangan lah ni tak boleh tu tak boleh...

Di sekolah perlu ada satu budaya, pementasan dan gambaran mereka akan datang. Situasi ini perlu diwujudkan, supaya dapat mengelakkan daripada pelajar terlalu manja sehinggakan habis sekolah tidak mahu berdikari dan masih mahu dimanjadiri.

sekiranya pelajar tidak boleh di marah dan di pukul, bolehkah cikgu mengenakan ISA kepada pelajar? kerana pelajar itu mengganggu gugat tumpuan dan keselamatan pelajar lain.

sekiranya cikgu di haramkan untuk memukul pelajar, implikasinya sama seperti ibubapa dilarang memukul anaknya. Cuba anda jaga anak anda tampa marah dan pukul... lihat kesannya dan kongsikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan