Ahad, 13 Mac 2011

Berita Harian - Mutakhir - SPNB tak naikkan harga rumah

2011/03/13 SPNB-RUMAH
MUAR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak akan menaikkan harga 14,470 unit rumah pelbagai jenis yang sedang dimajukannya di seluruh negara. Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata langkah itu selaras dengan misi institusi berkenaan yang mahu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

"Adalah tidak wajar menaikkan harga rumah semata-mata kerana spekulasi harga bahan binaan semasa akan meningkat," katanya kepada selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan Pergerakan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Muar, di sini semalam.

Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata tumpuan utama SPNB ketika ini ialah memulih dan menyiapkan 16 projek perumahan di seluruh negara yang terbengkalai sejak sekian lama.
Katanya syarikat itu akan mengurangkan projek perumahan baru sehingga projek rumah terbengkalai terbabit siap dan dijual kepada pembeli. Ini katanya, selaras dengan keputusan kerajaan yang tidak akan menyediakan peruntukan kepada SPNB sebaliknya menekankan konsep 'jual satu,
bina satu'. -- BERNAMA

Pembaca : Bagus ni kene ambil peluang ni , cepat mohon... jom jom
Penulis    : apa pun yang jual murah sekarang dah tak boleh nak beli, budget lari kat minyak dan barang harian.
Pembaca : tulah aku pun sengkek... ni aku cakap untuk pembaca yang lain huhu...

Berkaitan dengan rumah, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk meringankan beban rakyat. Sebelum ini full loan atau pinjaman penuh untuk rumah pertama, dan sekarang untuk tidak menaikkan harga rumah. Terima kasih keatas 2 langkah yang boleh di katakan amat positif.

Tetapi sayang, sekiranya perkara ini di lakukan sebelum ekonomi teruk sebegini. Pasti ramai rakyat merasakan kepuasan dan kenikmatan 2 langkah proaktif tersebut. Akan tetapi sekarang, belum tentu 20% dariapda rakyat malaysia dapat menikmatinya. 
Ini berikutan desakkan perbelanjaan isi rumah adalah pada perbelanjaan harian dan overhead yang sedia ada. Antaranya kenderaan, makan minum, pakaian dan lain-lain. Makanan dan kenderaan sahaja sudah menelan hampir 50% pendapatan. Andaikata gaji RM1,000.00 tinggal RM 500.00 untuk dibelanjakan keatas lain-lain hal. Yang pastinya ramai berakhir dengan negatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan