Isnin, 7 Mac 2011

Metro - Berita utama - 'Bermadu' anak sendiri

Kuala Lumpur : Seorang wanita terguris hati melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur ketika baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim. Anak tersebut merepakan hasil dari perkahwinan dengan suami pertamanya yang berusia 15 tahun ketika itu iaitu 2 tahun lepas.

Mari kita rujuk apa itu sumbang mahram
Pengertian sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.

Faktor ia berlaku antaranya ialah
  • tahap iman yang lemah
  • kegagalan isteri memenuhi keperluan suami
  • batas pergaulan dan hubungan dalam keluarga
Fikirkan sejenak persekitaran anda, sekiranya anda sudah berkahwin. Bagi yang bujang lelaki mahupun perempuan ambil iktibar dan jauhkan diri dari disumbangi dan menyumbangi didalam konteks sumbang mahram.

Mari kita lihat faktor yang kedua dahulu
kegagalan pasangan memenuhi keperluan. Ini merujuk keperluan bukan sahaja keperluan seks, akan tetapi kefungsian sebagai pasangan. Dengan keadaan dunia yang serba sibuk ini, pasangan kurang mempunyai masa.

Kerja, rekreasi, part time, job tepi, katakan apa saja aktiviti yang di buat untuk seseorang individu merasakan hidupnya lengkap. Jarang-jarang sekali dimasukkan makan bersama keluarga, riadah bersama keluarga, dan apa sahaja yang bersama keluarga.

      (anda berkata)       "ei, family aku ok jek, semua takde kat rumah tapi takde pun sumbang mahram."
      (penulis berkata)    " kalau semua takde kat rumah macam mana nak ada sumbang mahram"         

Apabila keluarga terletak pada tangga terakhir aktiviti harian anda, maka tahniah anda akan menuju kearah porak peranda. Tidak semua akan mendapat hasil yang sama, kerana lain keluarga lain impak yang akan diterima.

Kita lihat pula faktor yang ketiga
Apabila tiadanya bimbingan ibu bapa, yang mungkin sibuk mencari rezeki. Maka akan berlakunya masalah pergaulan, dengan impak dari media-media yang ada dicampur dengan sifat ingin tahu. Makan akan berkuntumlah idea-idea nagatif. Nak contoh? lihat sahaja drama omputih , adegan bercium. Macam mana kalau anak-anak melihat, dan ingin mencuba.

Kita balik semula kepada faktor pertama
Dengan kejadian faktor pertama dan faktor kedua. Sama ada kita akan buat atau tidak ia akan bergantung pada faktor petama iaitu iman. Sekiranya imannya tebal maka terhalanglah perkara tersebut daripada berlaku. Dan apabila imannya nipis, maka akan berlakulah perkara-perkara negatif.
Dan persoalannya, berapakan ketebalan iman seorang budak yang berumur 18 tahun kebawah dan tanpa pendidikan agama? sedangkan yang yang keluar makhad pun ada yang menyumbang pada statistik ini.
Kupas dan bincangkan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan