Sabtu, 5 Mac 2011

Metro - Setempat - 2 'polis' perkosa di hotel bajet

wanita berusia 29 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 2 daripada 4 orang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis. Cara penipuan mereka ialah dengan menahan sepasang kekasih dan memberitahu mereka melakukan kesalahan dan di tahan untuk melakukan siasatan. Teman lelaki mangsa di arahkan tunggu di balai polis manakala mangsa di tahan. kejadia tersebut berakhir apabila wanita itu di bawa ke bilik hotel.

Kes menyamar sebagai polis selalu berlaku di malaysia ini. Tujuan penyamaran kebanyakkannya ialah membuli, mendapatkan wang, mengugut dan merogol. Janganlah kita mudah memberikan maklumat atau kerjasama kita terhadap polis selagi mereka tidak menunjukkan kad kuasa mereka. Walaupun mereka memang polis kita kene rujuk samada mereka dalam tugas atau tidak.

Kuasa dan duit seakan sama, bagai aur dan tebing. Apabila kita berkuasa kita akan dapat duit, begitu juga apabila kita dapat duit kita akan berkuasa. Dapatkan keterangan mengenai hak-hak anda di The Malaysian Bar ( Badan Peguam malaysia ) di laman sesawang www.malaysianbar.org.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan