Selasa, 22 Mac 2011

Utusan - Laporan Khas - Lambakan rumah urut, salah siapa?




KUALA LUMPUR 19 Mac - Hanya dalam masa tiga hari tinjauan di sekitar Lembah Klang, Mingguan Malaysia memperoleh angka yang mengejutkan - lebih 1,500 rumah urut kebanyakannya tidak berlesen dikesan.







pembaca : hah, salah siapa ni, salah siapa? ni mesti salah si anu.. tak pun anu.
penulis : bab nak menyalahkan , malaysia number 1...



pertamanya ini adalah berkisar perniagaan.Dan semua orang tahu sekarang ini, nak meniaga bukan satu perkara yang mudah. Harga bahan mendah dapat pun dah mahal, pekerja gaji nak mahal, tuan kedai nak sewa mahal, tnb takrif nak ke mahal dan begitu juga air. Sebaliknya pula dengan pelanggan, makan nak banyak tapi nak murah, minum nak yang baik tapi nak murah, tampat nak air cond tapi tak mau duit keluar.

Dengan meneliti cara pekerjaan manusia zaman sekarang, mereka bekerja keras, tiada masa bersenam, makan asal boleh. Ini membawa kepada keletihan badan, darah berjalan tidak lancar, lesu dan sebagainya.



Penelitian masalah pengguna pada tahap ini, memberikan petunjuk bahawa rumah urut merupakan penyelesaian kepada masalah kelesuan dan keletihan ini. Memang tidak di nafikan bahawa badan yang lesu sekiranya di urus, bagai di buai mimpi. Syok tidak terkata, lebih-lebih lagi sekiranya urutan itu sedang-sedang je kuatnya dan merenggangkan otot yang keras.

Tapi manusia, memang agak nakal sikit. Apa saja pun ingin di manipulasikan, bagi pihak pengusaha mereka nampak urus istimewa boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda, dan lipatannya tidak lah terkira hendaknya. Bagi pihak pelanggan pula urus istimewa di kedai urus merupakan pakej yang baik dan menari, lagikan murah kiranya harga.

bayangkan anda di tempat pelanggan. lepas itu bayangkan anda ditempat pengusaha. fikirkan apakah anda akan buat?


Salah guna , sama merana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan