Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian.- Ekonomi - Harga saham tempatan menjunam

Berita gempa bumi dan tsunami terburuk Jepun beri kesan FBM KLCI

PASARAN saham tempatan menjunam pada Jumaat lalu, membalikkan keuntungan terdahulu

selepas ia menjejak kerugian serantau berikutan kebimbangan merebaknya ketegangan di Libya akan berpindah ke Arab Saudi serta angka ekonomi lemah daripada jangkaan di Amerika Syarikat (AS) dan China.


Pembaca : Alah itu BSKL, kita tak main saham pun buat pe nak kisah
Penulis : Pernah dengar "what goes around comes around? hah kat sini lah gunanya


Tak tahu dah nak guna apa nak gambarkan keadaan ekonomi sekarang nih. Apa yang telah menimpa itu satu perkara dan masih belum dapat di pulihkan. Kini tambah lagi pula kemerosotan ekonmi akibat tunjuk perasaan di arab. Yang baru ni, bencana alam di jepun. Sekiranya perkara sebegini berterusan, apakah yang akan berlaku pada ekonomi?


Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini juga amat membimbngkan. Bukan tak suka rahmat daripada allah yang menurunkan hujan. Akan tetapi bagaimana pula kepada yang mencari makan tatkala tidak hujan. Bagaimana dengan perut mereka, anak bini, dan overhead mereka?


Tidak dapat di nafikan apa pun yang terjadi ada khidmahnya. Persoalannya sejauh manakah kekuatan dan ketabahan kita untuk memecahkan ruyung demi mendapatkan sagunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan