Khamis, 17 Mac 2011

Metro - Berita Utama - 'aku tikam jika kau urut lelaki'


JOHOR BAHRU: Tidak tergambar kesengsaraan dialami seorang wanita yang hamil empat bulan apabila dia bukan saja ditikam bapa kandung di rumahnya di Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam, malah pisau berkenaan terpacak di belakang badannya kira-kira empat jam sebelum berjaya ditarik keluar.


Pembaca : Mak aih, urut lelaki je kene tikam. Parah nih... macam mana nih?

Penulis : Teguran dah betul, perlaksanaan tu yang tak berapa nak betul. Kita tak boleh hukum orang sesuka hati, sedangkan hukum tuhan pun kita berat hati nak laksanakan.


Dua perkataan yang ingin diketengahkan melalui topik ini ialah kawalan kemarahan. Penulis belum jagi jumpa kursus untuk kawalan kemarahan atau lebih dikenali dengan anger management. Anger management ini amat penting dalam menyusuri era pemodenan. Kerana dengan cara ini kita dapat mengelakkan dragedi yang konflik yang tidak di ingini menjadi lebih teruk lagi. Umpamanya kes menikam orang ini setelah di berikan amaran. Ya betul, anda telah memberikan amaran. Tapi biarlah sekadar menyampaikan mesej bahawa kita tidak suka dan melarang. Dan kata-kata contoh dalam cerita ini "aku akan tikam ko" sebagai penanda aras berapa beratnya amaran itu.


Regu bagi anger management ialah stress management. Dua-dua nii bagi isi dan kulit. Kita tidak boleh tidak untuk belajar dan implement akan keduanya. Ini berikutan, apabila kita marah atau melarang ataupun di panggil memberi amaran kepada seseorang (contohnya Ali). Sekiranya Ali tetap melakukan perkara yang di larang maka kita akan menjadi tertekan atau pun stress. Dua cara kebiasaannya manusia menangani stress satu mengamuk satu lagi mengurung diri.


Pembaca : hah, yang kurungkan diri lah bagus... tak nyusahkan orang
Penulis : salah, kedua-duanya tidak bagus
Pembaca : kenapa? eh tak puas hati nih... betullah dia tak mengamuk
penulis : ingat, dia masih dalam keadaan stress, stress management adalah untuk mengeluarkan diri daripada belengu stress


Kepada yang stress lalu mengamuk, kita dah boleh tengok disekeliling kita. Pukul, bunuh, bawa kereta tak tentu hala dan sebagainya. Kita dapat lihat gelagatnya dan sedikit sebanyak kita dapat meramal apa yang dia akan buat seterusnya. Akan tetapi bagi yang mengurung diri pula, ini umpama musuh dalam selimut atau mungkin boleh di kategorikan lebih merbahaya. Kerana tindakkannya tidak dapat diduga dan dijangka.


Antara angkara stress kategori kedua ini ialah liwat, meraba, mencuri, shopping tak ingat, merasa puas melagakan orang, dan sebagainya. Ini yang susah untuk di bendung, kerana ramai orang berada pada stress kategori kedua ini. Hanya samada anda sedar atau tidak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan