Khamis, 10 Mac 2011

Berita Harian - Wilayah - Berasmara di pondok awam

Segelintir pasangan, termasuk sesama jenis berkelakuan tak senonoh di tempat awam

SEREMBAN 2: Suasana lengang di Taman Awam Seremban City Park di sini pada waktu tengah hari, dipergunakan segelintir pasangan kemaruk bercinta untuk memadu kasih sambil melakukan perbuatan tidak bermoral. 
"Apabila pengawal menegur, mereka akan beredar tetapi ada pasangan yang bersikap kurang sopan dengan memarahi dan mempertikaikan tindakan kami meminta mereka menghentikan kelakuan tidak senonoh itu.
"Mereka beredar apabila pengunjung lain, terutama yang membawa keluarga mula datang ke taman pada jam 5 petang," katanya.  

Berasmara dalam bercinta, kalau berasmara dah kahwin tak menjadi masalah. Tapi jarang-jarang sekali kita melihat orang yang dah berkahwin berasmara di tengah khalayak ramai. Kebiasaannya kalau yang buat kerja tak senonoh ni ( mungkin senonoh pada orang dilambung cinta ) ialah pasangan yang baru nak bercinta.

Mari kita melihat pada masalah berasmara dikalangan rakyat malaysia khususnya melayu. Kita lihat sedikit gambar untuk mengenang kembali...

  Apabila cinta di meterai, dengan perkataan " saya sayang awak" , " jom couple ". Mulalah satu perjalanan percintaan, apabila keluar berjalan bersama salah satu perkara yang kalau tak buat macam tak couple nafsu meronta-ronta meminta dan berkata-kata " kalau tak pegang tangan macam keluar dengan kawan, tak macam couple" , "eh semua orang bercinta pegang tangan aku kene juga". Paling tidak pun kerana sudah terbiasa melihat orang couple pegang tangan kita pun peganglah tangan

sudah sekian hari menjalin hubungan. Hati merasa mekar, minda terpancar-pancar. Tiba-tiba "ish, segar dan nyamannya udara kat dunia nih" ( padahal dari dulu macam tu juga ) happy semacam. Sentiasa berbalas mesej, apabila di tegur yang salah bukan pasangannya tetapi majikan yang menegur tu salah " ni pakwe aku ni mesej ko sibuk apa" kata-kata di jauh sudut hati. Bila berjumpa duduk bersama bercerita dan bercerita... hati merasa sayang yang amat minda skip bab agama lalu berkata " i sayang sangat kat u" pasangan membalas " i pun " lalu satu tindakkan yang biasa di lihat dikaca tv tiba-tiba terimplement dan pasangan tidak merasakan itu salah ( dan tak pula rasa rimas)

Cinta semakin mendalam, hati didalam semakin membuah-buah. Nikmat percintaan di amati sehabisnya yang kadang-kadang tanggungjawab terhadap kawan diabai ( lagikan tanggungjawab pada tuhan ). Janji dengan kawan macam menepis lalat yang mengganggu, kawan tu tunggu lah bagai nak rak tak muncul-muncul. Akan tetapi tidak pada janji terhadap pasangan. Mesti di tepati walau apa pun yang terjadi, kerana keteguhan cinta dan komitmen yang mendalam maka satu lagi tindakkan yang istimewa kononnya di kalangan pasangan hangat bercinta.

Tindakkan istimewa disebut di atas di implement dari semasa hingga ke semasa. Berbahagia lah pasangan itu dengan keistimewaan ciptaan mereka berdua. Cinta semakin utuh dan teguh kalau ada gempa bumi cinta itu floating menyelamatkan diri sampai begitu telitinya perjalanan dan binaan cinta mereka segala escape root dicipta segala emergency plan di rangka. Merasakan cinta ini akan berterusan dan berkekalan. Seakan tiada yang dapat menghalang, maka satu lagi stage dapat tempuhi dan di buka maka...


Berterusan dengan 4 pakej di atas didalam percintaan mereka. Pasangan tersebut merasakan tiada bezanya mereka dengan pasangan yang sudah berkahwin. Malah mereka merasakan diri mereka berada pada ranking atas sikit pada orang yang berkahwin. kerana cinta mereka lebih utuh tampa tali, mereka menggunakan wireless dan bluetooth untuk mengikat cinta mereka tidak mengikat dengan pertungangan dan perkahwinan. Ahh itu semua kolot, tak moden, hampeh.. "kahwin cerai buat pe", "ini hubungan era baru  tak kahwin tak cerai, kekal selamanya" terlupa mereka tiada apa yang kekal melainkan tuhan. Mereka tidak meraikan dengan daun saderi atau norhalim sadri. akan tetapi...

Oh minta maaf terdapat gangguan tektikal dan teknikal

Maka ia berakhir lah dengan satu produk tetapi produk ni nak hasilkan je dan 9 bulan. Dia punya kualiti Control dia amat ketat... tak banyak yang boleh pakai ... yang tak boleh pakai tu akan di...



Bagi yang masih tidak dapat gangguan teknikal dan tektikal maka mereka akan terus hidup dalam dunia bluetooth dan wireless mereka. Sekian untuk renungan...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan