Rabu, 7 September 2011

Perlukah meletakkan duit raya minima?

Berang duit raya RM1



KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur. 







Pembaca : bukan ke duit raya sekadar yang mampu, dan hanya perencah perayaan?
Penulis : barangkali kene buat signboard " duit raya rumah kami RM1", baru dapat elak tragedi macam nih kot.


kejadian seperti ini amat mengejutkan dan menyedihkan. mari kita lihat seketika pada gambar mangsa di atas. Pagar tak cat, rumah pun rumah kampung, rumput pun rumput biasa biasa jek... bukan rumput karpet pun.

melihat kepada keadaan rumah kita sudah boleh menganggarkan harapan duit raya yang akan dapat. Mungkin penghayatan terhadap raya kurang, menjadikan orang lupa untuk bermaaf-maafan. Malah berserang-serangan.

Ingatlah, tak semua orang mampu memberikan duit raya. Sekiranya duit rayalah yang di kejar untuk beraya. Maka tanya dulu pada tuan rumah ada duit raya tak, berapa ringgit? huhu....




Selamat Merdeka Raya

Salam satu malaysia, dan Selamat Merdeka Raya kepada semua warga Malaysia. Mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin.



Dahulunya semasa mula-mula memblogging, rasa pelik kenapalah diorang ni blog kejap berhenti. Bukan susah sangat pun, tapi je lah apa apa yang patut. Biasalah kita takkan paham kalau tak kene kat batang hidung sendiri, pada masa itu baru tau.

Amat berharap selepas ini, di berikan masa dan idea untuk mangadap blog sepuasnya. By the way, bagi sesiapa yang boleh memberi tunjuk ajar untuk membuat duit dengan blog, please do PM me... tq


Jumaat, 29 April 2011

Keluar saman dengan gambar

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mulai 1 Mei ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, kaedah itu akan diguna pakai bagi semua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Pembaca : katanya sama ekor dah takde lagi, ni kira saman apa?
Penulis : entahlah, apa yang boleh kita pelajari ialah. Saman merupakan pendapatan yang besar...

Para pengguna jalan raya di seru agar tidak melanggar peraturan jalan raya. Itulah cara yang paling terbaik, amalkan keselamatan jalan raya setiap masa dan setiap saat. Jangan terbawa-bawa dengan sikap masa lalu, pakailah tali pinggang keselamatan dan topi keselamatan agar nyawa selamat poket pun selamat.

Jangan di pikirkan jarak destinasi itu sekangkang kera atau sekangkang zirafah. Jangan di pikirkan polis ada atau tidak. Ini kerana polis kadang-kadang tiba-tiba jek muncul, jadi bersiap sedia lah selalu. Duit yang akan kene bayar saman ada baiknya di simpan untuk kos baik pulih kenderaan ataupun makan durian.

Ganja: Dua pegawai kastam ditahan

KANGAR 28 April - Polis menahan dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini dan merampas tujuh kilogram ganja mampat di tempat letak lori di kilang simen Bukit Keteri, Padang Besar di sini malam tadi.

Kedua-dua pegawai berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam, dipercayai sedang menunggu pembeli di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Tajudin Md. Isa, selepas diserbu, polis menemui dadah tersebut di dalam sebuah kereta Honda Accord milik salah seorang suspek.


Pembaca : kalau kastam jual dadah polis tangkap, kalau polis jual dadah siapa tangkap?
Penulis : Penjual dadah lah tangkap, sebab kacau periuk nasi diorang...

Boleh di katakan 'harapkan pagar , pagar makan padi'. Kerja-kerja pihak kastam yang menangkap dan menyimpan barang seludup telah di lakukan, syabas dan itu satu tanggungjawab pihak kastam. Tapi macam mana pula dengan menjual kembali barang seludup? 

Satu masa dulu setiap kali ada rampasan barang, pasti akan masuk tv. Kalau dvd atau cd yang di rampas akan di lenyek dengan kenderaan. Kalau dadah akan di bakar dan macam-macam lagi dan di tayangkan di dalam akhbar dan televisyen. Tapi sekarang ni dah macam tak nampak semua itu dilakukan.

Sekiranya sebagai contoh tangkapan terhadap pengedar dadah dan merampas sebanyak satu kilo ganja dilakukan. Maka satu kes pengedaran ( orang yang menjual ) dan barang ( ganja ) dapat di hentikan dengan serta-merta. Bagaimana pula sekiranya pihak yang menangkap yang menjualnya semula? pastinya apa pun tak boleh...

Selasa, 26 April 2011

Padah mencuba suntikan kuruskan badan

KUALA LUMPUR 25 April - Tindakan seorang ahli perniagaan lelaki mencuba satu produk menguruskan badan melalui 30 suntikan kosmetik dalam tempoh sejam mengundang padah apabila dia kini terpaksa menanggung kesan parut kekal di tubuhnya kesan daripada rawatan itu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dan enggan dikenali itu bukan sahaja terpaksa menanggung kesan parut di perut dan belakang badan, malah terdapat kesan lubang di bahagian yang disuntik itu membuatkan dia berasa tidak selesa.


Pembaca : ni sebab tak nak bedah lah main suntik-suntik...
Penulis : sama je sengsaranya...

Hanya kerana ingin kelihatan menarik, akhirnya terpedaya dengan pujukkan kawan. Tidak di beritahu sama ada berkesan atau tidak. Tapi yang pastinya, tuan punya badan pastikan akan kurus. Tapi bukan sebab suntikkan yang di tawarkan akan tetapi sebab susah hati dan sakit hati terhadap orang yang bertangungjawab

sekiranya kita ingin benar-benar kelihatan menarik dengan menguruskan badan. Adalah jalan terbaik dengan bersenam dan menjaga diet yang sempurna. Ini kerana kurus selain daripada cara ini belum tentu anda sihat secara mutlah. Dan anda mungkin terdedah dengan ancaman menjadi lebih gemuk dari asal atau pun penyakit.

Kurus dengan menggunakan cara selain senam tidak praktikal, ini kerana kita tiada stamina apakah arti kelihatan segak tapi nak tangga satu tingkat dah nak patah lutut?

Marah kejut solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. 

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.


Pembaca : takde orang yang berani nak kejut solat lagi
Penulis : riang ria lah syaitan nampaknya

Sepertinya tiada yang betul lagi sekarang ini, dan boleh di katakan tiada juga yang tidak betul. Situasi ini membawa kepada bahana apabila kita ingin menimbangkan yang mana adil dan yang mana tak adil.

Kebanyakkan orang sekarang ini menimbang sesuatu perkara tidak lagi bersandarkan agama. Mereka lebih bersandarkan apa yang orang lain buat. Selagi ramai orang yang buat satu-satu perkara itu, selagi itu lah ianya betul dan tepat tanpa mengira undang-undang dan larangan agama.

Begitu juga dengan kisahnya berita pada hari ini, kan biasanya kalau orang tido jangan kacau. Jadi berdasarkan biasa inilah api kemarahan dinyalakan, dan menghasilkan satu peristiwa yang tidak di ingini / di sangka-sangka.

Isnin, 25 April 2011

Idam lelaki penyayang


KUALA LUMPUR: “Saya letak dua syarat penting jika ditakdirkan ada lelaki menyukai saya dan kalau ditakdirkan bertemu jodoh satu hari nanti. Dia mestilah benar-benar menyayangi saya sepenuh hati tanpa ada sebab lain.
“Jika benar-benar suka, dia harus terima saya seadanya, ikhlas dan bukan kerana saya anak jutawan atau disebabkan harta peninggalan arwah emak,” kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


Pembaca : saya penyayang
Penulis : saya lagi penyayang


Remaja ditahan elak sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang pelajar Tingkatan Empat yang cuba menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak dari sekatan polis antara 14 penunggang yang ditahan dalam satu operasi mencegah samseng jalanan di sekitar ibu negara malam tadi.

Dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu, remaja terbabit turut menunjukkan lencana polis bagi melepaskan diri daripada sekatan tersebut.

Menurut Ketua Unit Khas Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azmi Wahid, pelajar itu ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan menggunakan lencana polis yang didakwa milik bapanya untuk dilepaskan.


Pembaca : budak lagi dah pandai menipu
Penulis : belajar kat tv, rancangan CSI kot...

Budak-budak zaman sekarang memang tidak dapat di nafikan lebih cerdik daripada budak zaman dulu. Entah apa formula yang ada dalam susu sekarang nih, cerdiknya semacam. Dan kecerdikkan mereka ini harus di pupuk dan di lentur dengan penuh berhati-hati kalau tidak. Cerdiknya tu ke lain.

Berita di atas merujuk kepada budak yang berumur 14 tahun, menipu polis dengan menunjukkan lencana polis. Aduyai, apa nak jadilah.  Pelbagai perkara yang tidak pernah terpikir untuk di buat semasa seumur 14 tahun telah pun di buat oleh mereka. Adakah ini masalah media, atau pun masalah percampuran dengan rakan yang tidak sebaya? Yang lebih mengecewakan, mereka ini cerdik pandai dalam pembelajaran.

Penulis merasakan satu anjakkan perlu di buat, terutamanya di rumah dan di sekolah. Mungkin pembelajaran atau tugas di rumah terlalu enteng atau mudah. Menyebabkan mereka mencara perkara yang mencabar di luar sana. Mungkin juga mereka perlu di beri satu tugasan atau tanggungjawab yang dapat mengisi masa lapang mereka sekali gus menempatkan mereka di tempat yang baik-baik.


Padah berjudi sebelah keranda

BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan ‘buta hati’ kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam.

Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda.

Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan 20 anggota polis diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.

Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.


Pembaca : apa lah orang mati insaflah, berdoa ke, berkabung ke.... apa yang patut lah... 
Penulis : Line clear, pastu semua satu kepala dalam masjid pun boleh jadi...

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang nih, orang mati pun tak mau kasi satu hormat sama dia. Ish kurang moral sungguh, kesian roh si mati terliur nak juga main. Baik-baik roh tu ingat tuhan, terus ingat judi.
Pemberita tidak memberitahu kaum apa dan agama apa. Tanpa mengendahkah kaum dan bangsa. Perkara seperti ini tetap di kira tidak bermoral, apanya tidak main judi sebelah orang mati. Haiya tidak menyumbang langsung.

Sekiranya tidak di tarbiah dan di bimbing. Silap-silap sebelah orang patah riuh pun dia main judi. Bukan nak bagi semangat kat orang sakit, makin meruntuhkan semangat... ahaks...


Sabtu, 23 April 2011

Suami isteri edar pil kuda, dadah kena cekup

CHUKAI: Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri dan merampas 1,000 biji pil kuda bernilai RM20,000 serta 10 botol dadah jenis heroin bernilai RM10,000 dalam satu serbuan pada malam 17 April lalu, di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu.

Lelaki berumur 33 tahun berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan isterinya, 24, dari Kampung Raja, Besut dikatakan tinggal di Kampung Alur Lintang, Besut dan dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah sejak lebih dua tahun lalu di sekitar daerah Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Polis percaya dengan penahan pasangan itu juga ia akan dapat membantu kes kematian seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nor Shazwina Alia berusia dua tahun yang dipercayai didera pada 2008. 


Pembaca : sehati sejiwa dah betul dah, cuma perniagaannya je...
Penulis : bisnes apa lagi? yang halal pun banyak halangan bayaran tidak beresit

Perniagaan haram, pastinya sukar untuk di banteras. Ia menjanjikan seribu kenikmatan, dari segi pendapatan, populariti, kekuasaan, dan keuntungan berlipat ganda ( sekiranya tak kene tangkap ). Tidak kira apa juga perniagaan yang haram di sisi islam, ia pasti menjanjikan syurga dunia.

Pihak berkuasa yang menjalankan serbuan, penangkapan terhadap perniagaan haram ini di ucapkan good job dan kekalkan prestasi hebat anda itu.

Apabila melihat banyak tangkapan dan pembanterasan terhadap perniagaan haram ini, maka ramai yang terpanggil untuk berniaga secara halal atau pun perniagaan yang halal. Akan tetapi sekali lagi peniaga menghadapi masalah terhadap perniagaan mereka, seolah-olah perniagaan itu haram.

Salah satu perniagaan yang peniaga berasa demikian ialah perniagaan cyber cafe. Ini di petik dari blog.lomkitsiang.com ia berbunyi...

“because in bolehland if you don’t pay those people, they can’t sign the papers to approve anything. even though you have followed all the guidelines and rules and regulations.
“i had no choice but to pay RM2000 to get an approval after waiting for a year for a license which only cost RM280, at the same time there were also others exploiting these cybercafe license to be used as gambling outlets.
“for the past 5 years those people who misuse the license for gambling industry got more and more license with them to open multiple outlets in entire state while i struggled just to get my only one license to run a completely healthy business.
“my parents have advice me never ever get into illegal business, for this i even paid up for all the copyright license such as Microsoft, Blizzard, EA and so on. which cost more than 4-5k a month on installment plan in yearly basis. but then to get a RM280 town council business license was a nightmare.
“over the years, i expanded my business from 1 outlet to 3 outlets with more than 250 computers, but getting the license to operate such business was on going issue. from RM2000 coffee money to get a license approved the price tag when up as high as RM15000.
“even after paying i never got my license then. and it got delayed from day to day…”

Apa kata anda?

Sperma mati dek ‘gadis penyedap’

 IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.
Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

“Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat,” katanya.


Pembaca : tak pernah tahu pula ada jenis penyakit macam nih
Penulis : ada ambil penyedap ke?

Dengan kadar seks bebas yang semakin meningkat sekarang ini, petikkan berita ini amat berharga untuk di jadikan pengajaran kepada sesiapa yang mengambil atau melanggan penyedap. Walaupun dalam petikkan berita hari ini menyatakan bahawa dia di serang penyakit Clymidia kerana melanggan pelacur. Mengamalkan seks bebal dengan bukan pelacur juga boleh menyumbang ke arah ini.

Hanya kerana hendah bersedap-sedap, mandul adalah bayarannya. Orang yang memang di lahirkan mandul itu lain cerita. Akan tetapi bagi mereka yang di lahirkan tidak mandul, menjadi  mandul hanya kerana bersedap-sedap pula lain ceritanya.

Apabila anda mandul kerana bersedap-sedap, tekanan perasaan yang tinggi pasti akan menimpa anda. Lebih-lebih lagi apabila anda masih belum berkahwin atau mempunyai zuriat. Tidak teringinkan anda melihat, diri anda edisi kecil? ( bayi dari zuriat anda ).

Sekiranya perkara ini telah menimpa anda, janganlah di sesali yang lepas-lepas. Lihatlah kehadapan, anda masih mempunyai kenikmatan nyawa gunakanlah sisa kehidupan ke jalan yang benar dan di redhai tuhan.

Jumaat, 22 April 2011

Warga emas maut angkara kereta berlumba

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa dua buah kereta yang sedang berlumba apabila dia maut setelah kenderaannya dilanggar sebelum terbalik di Kilometer 4, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak hari ini.

Rokiah Mat Nor, 65, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu suaminya, Baharuddin Hussin yang cedera parah dalam kemalangan itu.

Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bersama adik perempuan Rokiah dalam perjalanan pulang ke kampung di Jerantut, Pahang.

Menurut saksi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipandu seorang anggota polis dipercayai sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lain.

Pembaca : polis pun berlumpa di jalanan?
Penulis : err, mungkin dia pun mempunyai keinginan..

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang baru meninggal dan satu lagi al-fatihah untuk kawan-kawan kita yang telah lama meninggal.

Berlumba di jalan raya merupakan satu perkara atau tindakkan yang tidak cerdik. Ini berikutan ia membahayakan orang lain terutama sekali diri pelumba itu sendiri. Terlalu banyak kes kematian dan kemalangan berlaku di atas jalanan, dan sebolehnya jangan di tambahkan dengan berlumba.

Berlumba di atas jalan raya tidak membuktikan yang anda itu berani dan mempunyai skill. Mungkin anda merasakan begitu tetapi hakikatnya anda cuma menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang melanggar peraturan dan merampas keamanan pemandu lain. Dan anda juga mengancam keselamatan pemandu-pemandu lain.

Bagaimanakah anda akan teruskan hidup anda, apabila anda berlumpa atas jalanan, dan menyebabkan salah seorang keluarga anda mati, atau pun seluruh keluarga anda mati? Fikirkan...

Belasah, samun rantai mak cik

KUANTAN: Seorang lelaki membelasah ibu saudaranya sendiri dengan sebatang kayu sebelum menyamun rantai leher wanita itu dalam kejadian di Kampung Sri Damai, Jaya Gading, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun berdarah di kepala dan dibiarkan tersungkur tidak sedarkan diri.
Suspek lari bersama rantai leher dengan menunggang motosikal sebelum wanita itu dirawat di Klinik Kesihatan Jaya Gading, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru tiba di rumah selepas pulang dari bandar terkejut melihat anak saudaranya berada di dalam rumahnya sambil memegang kayu.

Difahamkan, mangsa bertanya tujuan kedatangannya, namun lelaki terbabit seperti hilang akal memukul mangsa dengan kayu itu.

Pembaca : macam mana pula nih, terang-terangan gayanya?
Penulis : jangan lagak kaya dan jangan pakai barang mahal, mungkin membantu...

Untuk menghadapi zaman sekarang ini, zaman yang amat gawat dan penuh dengan ranjau. Marilah kita sama-sama mengubah trend untuk menyelamatkan diri. Marilah kita sama-sama mengubah penampilan demi keselamatan. Marilah kita sama-sama mengubah persepsi demi insan tersayang.

Perubahan perlu kita lakukan, sekiranya tidak dapat buat semua, pelahan-lahan satu persatu. Yang penting ia merupakan usaha berterusan, dan cekal melakukannya.Antaranya ialah :-

Jangan memakai beg tangan
kes ragut merupakan satu kes yang popular di masa ini. Kerana ia mudah untuk di lakukan, hanya perlu lalu dan tarik. Lebih besar beg, lebih tertariklah peragut kepada anda. Walaupun beg anda mempunyai ciri-ciri anti ragut, lupakan sahaja. Kerana setengah peragut mencederakan mangsanya sebulum mengambil beg tersebut. Bagi yang menuggang motosikal lebih-lebih lagi di galakkan untuk tidak memakai beg tangan. Kerana sudah banyak kes mati di ragut jatuh dari motor dan mati.

Jangan memakai barang kemas
Nak pakai sikit tu boleh, tapi jangan pakai langsung lagi bagus. Biarkan orang nak cakap, paling-paling pun sakit telinga. Daripada biarkan orang nak rompak dan pukul kita, itu lebih sakit. Pujuk dan ajar diri untuk jadikan barang kemas pelaburan. Ianya lebih baik diri selamat, aset bertambah.

Jangan memakai pakaian yang berjenama/mahal
Sesungguhnya para penyamun perompak dan sebagainya bukanlah dari golongan orang dari hutan atau mempunyai kecacatan mental. Mereka pandai-pandai berlaka, pengetahuan dalam jenama dan kedudukan harga dan permintaan satu-satu barang adalah amat mendalam. Pakai sahaja yang murah, kerana anda tidak mahu di bogelkan satu hari nanti.

Jangan menggunakan kenderaan yang mahal 
Kes kehilangan kenderaan yang mahal adalah amat tinggi, di mana kenderaan ini di potong dan di ceraikan untuk dijadikan alat ganti dan di jual semula. Ada juga kenderaan yang di curi dan di jual tanpa potong, memang pelik tetapi permintaan pasaran terhadap kenderaan dan alat ganti kenderaan sebegini amat tinggi

Jangan memakai pakaian yang menjolok mata
Kita semua maklum dengan kes rogol. Kes ini meningkat tahun demi tahun, dan mempunyai pakej yang amat tidak di sukai. antaranya 
  • culik, rogol dan tinggal
  • pukul, rogol dan bunuh
  • culik, rogol, jual
terdapat kombinasi pakej yang lain, yang penulis tak sanggup nak taip

Jangan cerita besar yang membabitkan wang
Sekiranya kita mempunyai wang yang banyak , atau pun perniagaan kita maju, atau mungkin kita dapat bonus 10 tahun gaji. Perbanyakkan bersyukur kepada tuhan kerana memberikan anda rezeki. Tidak perlu bercerita dan canang satu malaysia berkenaannya. Cukuplah buat satu kenduri ke, doa selamat ke atau pun dermakan sedikit kepada anak yatim.

Khamis, 21 April 2011

Rakyat tidak dimaklum tarif air naik

MELAKA, 20 April: Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat.
Lebih malang lagi pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak membuat pengumuman khusus tentang kenaikan tarif air ini menyebabkan ramai yang terkejut dengan kenaikan mendadak bil air mereka terutama kepada keluarga besar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata tindakan pihak berkenaan tidak mengumumkan kenaikan tarif air tersebut adalah untuk mengelakkan protes rakyat.
Kamaruddin berkata tindakan ini tidak konsisten dengan kritikan kerajaan negeri Melaka yang pernah mengkritik kenaikan tarif air di Selangor dan Kedah suatu ketika dahulu.
"Tindakan menaikkan tarif air ini ada kaitan dengan tindakan kerajaan negeri yang suka membazir, bila duit dah habis rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif untuk menampung kekurangan dana ini," ujar Kamaruddin.
Beberapa orang pengguna yang ditemui juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air sesuka hati.
Mat Zain Pakeh, 45 dari Bukit Baru berkata tindakan kerajaan negeri Melaka ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga ramai.


Pembaca : boleh ke macam tu, tak umum terus naik?
Penulis : entah lah, zaman sekarangkan macam-macam boleh

Tikam mati jiran sebar aksi seks

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.


Pembaca : yang pergi tunjuk kat anak dia buat pe...
Penulis : kadang-kadang terlalu taksub sampai lupa bahaya yang bakal menimpa...

Para pembaca-pembaca sekalian, sekiranya anda ada mengambil gambar kawan-kawan, gambar sendiri, atau pun tiba-tiba ada gambar aksi lucah saudara yang lain. Penulis sarankan padam terus, padamkan pada handphone atau komputer anda dan juga padamkan pada memori anda.


Perkara sedemikian bukan satu yang relevan untuk di buat lawak atau di kongsikan dengan kawan-kawan atau pun anak beranak. Kita sedia maklum, tiada siapa yang mahukan gambar bogelnya tersebar, lebih-lebih lagi gambar melakukan persetubuhan. Ia merupakan sesuatu yang private yang sepatutnya hanya tuan punya badan yang tahu.

Kita boleh mengatakan seribu satu alasan untuk menyimpan dan menyebarkan gambar orang lain. Di sini penulis memberi satu sahaja alasan untuk tidak melakukannya, iaitu menutup aib orang lain. Ini kerana, sekiranya kita tidak dapat berkata yang baik tentang seseorang, lebih baik kita diam. Dan islam juga mengajar untuk menutup aib orang lain.

Dalam zaman berteknologi tinggi ini, tidak mustahil satu hari nanti gambar anda juga ada di tangan orang lain. Apa yang anda mahu orang ini lakukan? sebarkan atau tutup aib anda?

Maut ketika mandi di kolam takungan

JOHOR BAHRU 20 April - Seorang murid ditemui mati lemas selepas mandi di sebuah kolam takungan air bersama dua rakannya di Kampung Bakar Batu di sini semalam.

Mayat Mohd. Zaidi Sariffudin, 12, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bakar Batu ditemui di dasar kolam tersebut pada pukul 9.22 malam tadi.
Mangsa ditemui sepasukan anggota unit selam skuba Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Flat Seri Stulang di sini.
Menceritakan kejadian tersebut, salah seorang rakannya, Mohd. Ihsan Zulkifli, 13, berkata, dia bersama mangsa pergi ke kolam takungan air itu kira-kira pukul 3 petang sebelum seorang lagi rakan mereka, Mohd. Khairil Ashraf Hasni, 11, datang dan turut serta mandi.

  >berita lanjut<

Pembaca : apa lah yang best sangat mandi dekat kolam terbiar tu?
Penulis : kolam tu tak seronoh, yang seronok bersama kawan-kawan

Seringkali terjadi kejadian mati lemas, dan kebanyakkan kejadian adalah kerana mandi di tempat yang terpencil. Apa yang penulis maksudkan dengan terpencil ialah kawasan yang tiada ramai orang, atau pun pemerhati.

Bermandi-manda merupakan sesuatu yang seronok dan menyihatkan. Bahayanya adalah apabila kita tidak mempunyai kemahiran untuk terapungkan diri dan berenang. Walaupun bagi mereka yang mempunyai kemahiran apungan dan renang bahaya tetapi juga melambai-lambai sekiranya mereka tidak tahu bila untuk berhenti.

Dek kerana di buai keseronokkan mandi beramai-ramai, kadang-kadang kita lupa untuk bertanya khabar pada badan kita sendiri. Adakah kita masih larat atau patut berhenti. Pertimbangan ini harus sentiasa di lakukan apabila kita membuat kerja atau berhibur dengan aktiviti yang berkaitan dengan air.

Jangan sesekali pandang rendah air yang cetek atau takungan air di rumah mahupun di tempat kerja. Sekiranya terdapat takungan air segeralah keringkan atau timbus. Ini berikutan banyak kejadian mati hanya melibatkan takungan air setinggi buku lali. Ya, pembaca mungkin was-was dan mahu tertawa.

Kejadian di tapak pembinaan. Seorang pekerja terjerlus kedalam tanah yang bertakung air. Jarak air dengan tanah hanya setinggi buku lali. pekerja itu termasuk kedalam tanah sehingga separuh hidungnya tertimbus air. Dan mati kerana tiada yang nampak dan dengar mangsa meminta tolong.

Rabu, 20 April 2011

27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan

KUALA LUMPUR 19 April - Seramai 25 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan dua rakyat China ditahan ketika leka melayan pelanggan dengan hanya mengenakan bikini di sebuah pusat hiburan di Bandar Sungai Long dekat sini, malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor itu, turut ditahan enam penjaga premis dan 30 pelanggan lelaki

 
Pembaca : apa perasaan si penangkap tengok diorang berbikini jek?
Penulis : mungkin diorang nak merasa juga jadi pelanggan....
 
Begitu ramai wanita berbikini, uh... bagaikan syurga bagi peminat pusat hiburan. Pastinya jika diedarkan flyers, sesak pusat hiburan ini bagaikan sambutan merdeka.
 
Jika di kira-kira ramai sangat pendatang dari luar negara yang mengambil kesempatan untuk bekerja di malaysia, termasuk lah mereka yang di tangkap seperti di atas. Sekiranya mereka begitu berpusu-pusu ke malaysia untuk menjana pendapatan. Mengapa orang tempatan gagal menjana pendapatan?
 
Sekiranya di lihat, orang tempatan yang menganggur semakin ramai, dan semakin ramai juga pendatang yang datang untuk menjana pendapatan. Penulis tidak bermaksud menyuruh orang tempatan untuk menjadi GRO. Akan tetapi apakah peluang yang terbuka luar, yang mana orang asing nampak dan kita tidak nampak? Dah kenapa dengan mata kita, selaku orang tempatan ini?
 
Sekiranya ini berterusan, tidak malu kah kita menjadi kuli di tanah tumpah sendiri? Apa kata servey? katalah... cecita-cecita...
 

Pelajar dicabul dalam kelas

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

 
Pembaca : pelajar sekolah pun nak mula minat seks dan bertindak ganas...
Penulis : banyak sangat ke subjek seks kat sekolah, sehingga mereka tak sabar nak implement?
 
Nasib baik mangsa seks tersebut mengambil tindakkan yang pantas untuk melaporkan kepada pihak polis. Sekiranya di biarkan berlanjutan, mungkin sesuatu yang tidak di ingini akan terjadi.
 
Di sekolah, memang kita akan di galakkan membuat kerja berkumpulan. Dengan cara ini kerja lebih mudah dijalankan dengan erti kata lain "berat sama di pukul, ringan sama di jinjing". Akan tetapi dalam konteks meraba atau mencabul ini, tak kira lah dalam keadaan solo mahu pun berkumpulan harus lah di elakkan dan di keji akan perbuatannya.
 
Begitu hebat cabaran yang ada di sekolah sekarang ini, dan cabaran-cabarannya  sama seperti orang yang sudah tamat belajar. Satu persoalan timbul, dari manakah pengaruh-pengaruh seperti ini di terima oleh pelajar kita?

Selasa, 19 April 2011

Gadis seksi untuk siswa

MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.


Pembaca : kenapa dia nak tarik pelanggan dari golongan pelajar pula?
Penulis : sebab pelajar banyak duit, duit loan ...

Apa yang pengusaha pusat hiburan buat ialah untuk menarik lebih ramai pelanggan masuk ke tempat dia. Itulah sahaja cara untuk pengusaha pusat hiburan untuk mencari makan. Sekiranya tiada orang yang masuk, maka tiadalah duit yang masuk.

Mungkin setelah kajian telah di buat oleh pengusaha pusat hiburan. Mendapati yang golongan pelajar ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Mungkin juga sebab selama ini memang pelajar lah yang memenuhi pusat hiburan tersebut, sebagai tanda terima kasih pengusaha menyediakan satu parti khusus.

Lagipun selama ini yang memenuhkan pusat hiburan ini adalah golongan muda melayu islam, yang tua-tua ramai dah taubat pergi ke masjid cuba adalah sebilangan yang belum sampai seru.

Ini lah implikasinya apabila membenarkan tempat-tempat yang di haramkan oleh islam. Sekiranya ekonomi bertambah teruk, tak mustahil sport toto akan menyediakan satu produk nombor islamic atau apa saja yang akan di namakan.

CUEPACS dedah masalah cerai

JOHOR BAHRU 18 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan terdapat pekerja kontrak yang tidak dilanjutkan perkhidmatan dalam sektor awam kini terpaksa berdepan masalah penceraian.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, perkara itu terjadi berikutan suami tidak lagi mempunyai pendapatan tetap bagi menampung kehidupan keluarga, selain dibebani pelbagai masalah termasuk hutang.
"Saya terima banyak aduan daripada pekerja kontrak, malah ada yang berjumpa saya menitiskan air mata menceritakan masalah mereka, itu belum lagi bebanan hutang dan surat dari bank yang menuntut bayaran daripada mereka.
"Ada satu kes seumpama ini berlaku di Perak dan akan masuk mahkamah tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat isu-isu semasa kepada penjawat awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini. 



Pembaca : diorang ada pembela lah...
Penulis : kita kenalah bersatu bela sesama sendiri....

Syabas CUEPACS  kerana berjaya mengkaji dan mendedahkan sesuatu yang kritkal. Masalah penceraian bukan sahaja melanda pengkhidmat awam sahaja. Ia juga melanda pengusaha dan perkerja sektor swasta. Sedangkan penjawat awam di berhentikan kerja menghadapi masalah inikan lagi yang bekerja di sektor swasta yang gajinya jauh lebih rendah daripada penjawat awam.
Seandainya CUEPACS merupakan wakil daripada pekerja. Memberi pandangan dan membela nasib penjawat awam. Bagaimana pula yang bekerja di sektor swasta? siapakah atau badan manakan yang akan melindungi mereka?

Kebelakangan ini, memang susah untuk mendapat kerja, harga barang naik, dan lebih susah lagi bagi mereka yang berniaga. Kerana pendapata yang di perolehi hanya cukup untuk bayar overhead, malah ada yang lebih teruk daripada itu dan terpaksa gulung tikar. Malangnya tiada satu tempat atau badan untuk menyambut mereka yang tersungkur di tengah jalan ( peniaga ).

Isnin, 18 April 2011

Datuk ditangkap khalwat

GEORGETOWN: Seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam.


Pegawai kanan berkenaan mengenakan kemeja T merah manakala pasangannya pula berkemeja T putih dan kedua-duanya memakai seluar jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi kira-kira 300 meter dari hotel berkenaan.



Pembaca : dah tua-tua pun nak buat maksiat lagi ke?
Penulis : ada orang kata kehidupan bermula seusia 40, datuk ni baru belasan tahun.. muda lagi... 


Dewasa ini penjawat jawatan tinggi di malaysia mengalami dilema yang mungkin boleh mencorotkan prestasi mereka. Dan mungkin juga kurang penjawat jawatan tinggi yang akan memberi seratus peratus prestasi mereka dek kerana kebimbangan yang melampau.


Budaya kerja ni malaysia boleh di katakan memandang ke barat, style omputih lah katakan. Seorang yang berpangkat dan sentiasa sibuk memerlukan seseorang untuk membantu agar segala perkara boleh di laksanakan dengan jayanya. Dan boleh mengelakkan daripada terkeluar landasan objektif, berikutan terlalu sibuk.


Seseorang itu di panggil secretari, atau pembantu. Apabila penjawat jawatan ini mempunyai seorang pembantu wanita, sudah pasti terdedah dengan tuduhan khalwat atau di tangkap khalwat. Dan yang tak bestnya apabila sudah mengambil langkah berhati-hati dengam mengambil pembantu di kalangan lelaki, tuduhal liwat pula menanti.


Sekiranya anda ialah penjawat jawatan tinggi dan akan di tangkap ( atau di inaya ) mana satu anda pilih, khawat ka liwat ka?  

Wanita mati dibunuh 3 penyamun

KULIM 17 April - Seorang wanita yang pulang bercuti untuk menziarah ibunya maut dipukul tiga penyamun yang memecah masuk rumah banglo mereka di Kampung Keladi di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ibu mangsa yang berusia 70 tahun turut cedera.
Mangsa, Norjaniaty Mohamad Isa, 40, dikatakan baru pulang dari Kuala Lumpur, petang semalam

 
Pembaca : sorang penyamun belum tentu sorang lelaki boleh kalahkan ini kan tiga
Penulis : berpantang maut sebelum ajal ...
 
Sedih dan kecewa dengan sikap penyamun, hai lah penyamun ( ngeluh ). Kamu bertiga pun nak pukul perempuan sampai mati ke? kan boleh ikat dan tutup mulut elok-elok. Ambil barang apa yang nak dan pergi lah. Tidak cukup dengan duit dan barang kemas, dengan nyawa-nyawa sekali di bawa lari.
 
Wanita terbabit meninggal di atas katil, barang kali mangsa cuba di rogol oleh penyamun. Mangsa melawan dan di pukul lalu mati. Bayak kemungkinan yang di luar pemikiran kita, berikutan kebanyakkan kes samun atau jenayah di lakukan di bawah pengaruh dadah. Mereka mengambil dadah untuk menghilangkan rasa gemuruh dan takut, dan di bawah pengaruh inilah mereka sering melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Sabtu, 16 April 2011

Lawan kera gigit muka bayi

MELAKA: “Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga,” kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.

Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.
Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.



Pembaca : melaka di serang monyet ke?
Penulis : ke situ pula perginya...

Kejadian seperti ini jarang-jarang berlaku. Sekiranya di tanya, nak salahkan siapa? tiada siapa perlu di salahkan dalam hal ini. Bukannya mak cik tu hantar bayi tu ke hutan untuk bermain dengan monyet, monyet tu yang datang tanpa di undang.

Yang lepas gajah keluar dari hutan dan mengganggu tanaman. Sekarang monyet menyerang rumah dan gigit bayi. Apakah yang berlaku di dalam hutan? itu mungkin satu soalan yang baik untuk di tanyakan. adakah dalam hutang pun ada satu fenomena inflasi yang menyebabkan haiwan berhijrah ke bandar pula?

Apa yang penulis lihat sekarang ni, cuaca agak tak menentu, ular pun dah makin kerap muncul di jalan raya. Burung pun asal boleh cari makan kat halaman rumah. Dan tikus seakan-akan tak mau dah duduk kat longkang. Badang-badan tertentu perlu membuat kajian ke atas perkara-perkara seperti ini, apakah mesej yang ingin di sampaikan oleh haiwan ini?

Remaja ambil dadah meningkat

PUTRAJAYA: Pengambilan dadah di kalangan remaja di negara ini semakin membimbangkan apabila remaja seawal usia 14 hingga 16 tahun mendapatkan rawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia (Klinik C&C) dan Pusat Khidmat Cure&Care (CCSC) kendalian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara, sejak setahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK), Datuk Zubaidah Mohamad, berkata beliau tidak menolak kemungkinan peningkatan penagihan dadah di kalangan remaja berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan perasaan ingin mencuba sehingga menyebabkan mereka terjerumus pada usia agak muda. 


Pembaca : macam mana pula rakan sebaya boleh pengaruh dia, budak kecil tau apa?
Penulis : maknanya pengaruh rakan tak sebaya lah ... 

Oh adik-adik ku... kenapalah gerangannya mengambil dadah? kalau orang tua tu boleh juga di katakan tekanan hidup, masalah banyak, dan lain lagi. kalau budak apa je masalahnya? Siapa yang akan memimpin negara kalau dah dari kecil ambil dadah?

Pening dan macam nak pitam kejap membaca berita ini, kalau berterusan macam ni 10 tahun atau 30 tahun akan datang apa lah jadi pada malaysia tanah tumpah darah ni? adeih...

Jumaat, 15 April 2011

Perangkap dipasang ibu bawa kepada penemuan 2 pelajar hilang

PUTRAJAYA 14 April - 'Perangkap' yang dipasang oleh ibu kepada Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang dilaporkan hilang bersama Nuraizah Atiqah Nordin, 12, Jumaat lepas berjaya membuka jalan kepada penemuan kedua-dua pelajar itu di Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Roslinda Karim, 46, ketika menceritakan perkara itu memberitahu, dia dengan dibantu seorang kenalan 'mengumpan' salah seorang daripada lelaki yang dipercayai melarikan anaknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk 'membeli' kedua-dua gadis itu.
Menurutnya, nombor lelaki berkenaan diperoleh daripada telefon bimbit kepunyaan salah seorang mangsa.
"Kami berhubung menerusi SMS dan selepas beberapa kali berjanji akhirnya malam tadi dia bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua gadis ini di sebuah tapak pesta dekat Nilai.


Pembaca : dua sekali dia colek, budak lagi pula tu...
Penulis : budak ringan sikit kalau nak angkat, orang dewasa mau di seret je

Syabas kepada ibu, kerana berjaya mematahkan , dan menghancur-hancurkan niat penculik yang ingin mengambil keuntungn segera dengan menjual anak ibu. Orang penat-penat bela, dia sedap-sedap je nak untuk.
Kes culik di negara ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi jika di sertakan dengan tindakkan yang lainnya. Rogol dan liwat, rogol dan bunuh, rogol, kelar, pukul, masukkan sesuatu dalam kemaluan dan bunuh. Para perogol begitu bermurah hati ( gila ) untuk memberikan pakej-pakej culik yang istimewa (kejam) itu.

Penculik, perogol dan pembunuh kelihatan semakin berani apabila polis gagal mengesan mereka. Yang membimbangkan apabila pihak polis di tertekan dengan isu ini, mereka akan bertindak menangkap secara rawak dan di paksa mengaku demi memudahkan atau meredakan keadaan ( harap tidak berlaku ). Ini berikutan tiada siapa yang ingin menanggung beban di persalahkan pada kadar yang lama.

Kita sebagai rakyat juga harus mengambil inisiatif dan memupuk semangan kekitaan, janganlah di teruskan amalan kau kau aku aku. Anak muda sekarang banyak yang tidak memperdulikkan orang sekelilingnya. Lihat sajalah apa bila di klinik, atau di bank atau pun berjiran. Duduk bersebelahan dan berdekatan. Tapi tak kenal pun orang sebelah. Keadaan ini membimbangkan apabila sesuatu terjadi kepada kita, siapa yang kenal kita ?

Kedai emas semakin lengang

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.


Pembaca : bukan harga naik ke baru untung? 
Penulis : untung kalau pembeli masih mahukannya atau barang keperluan, kalau barang kemahuan tak kot...

Kenaikkan harga barang tidak selalu menguntungkan peniaga, janganlah kita terus buruk sangka apabila harga yang di jual tinggi. Ini berikutan, tiada peniaga yang ingin rugi dengan menjual terlalu murah mahupun terlalu mahal. Yang sedang-sedang sahaja sudah memadai.

Begitu juga dengan kenaikkan harga emas yang kian melambung, sekiranya kita perasan. Banyak kedai emas yang lengang dan tiada pengunjung. Sampai bila ini akan berterusan? Bukan sahaja kenaikkan harga emas yang melanda, malahan banyak lagi harga barang yang naik menuju langit. Mahu tak mahu, kita perlu memikirkan jalan alternatif untuk menghadapi situasi ini. 

Para pembaca jangan lah asyik ngeluh dan menumpukan pada sudut yang negatif, pasti ada baik dalam setiap yang melanda. Hanya terpulang kita untuk merungkainya.

Khamis, 14 April 2011

Johor: Peragut kantoi

Suspek dikenali orang awam, kena berkas ketika berada di rumah

MUAR: Tindakan dua pemuda termasuk seorang anak polis, meragut beg tangan berisi wang tunai yang mahu digunakan seorang pesara guru bagi membeli kelengkapan mengerjakan umrah, menerima padah apabila mereka dicam orang ramai, membolehkan kedua-duanya ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu.

Kejadian ragut itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin dekat Jalan Pesta 1/1 di pinggir bandar ini, ketika mangsa Azizah Mohd Don, 59, keluar dari kereta Honda City yang dipandunya untuk ke sebuah kedai serbaneka berhadapan tempat letak kenderaan itu, apabila dua pemuda bermotosikal meragut beg tangannya.

Perbuatan jenayah itu disaksikan beberapa orang awam dan jeritan Azizah sejurus beg tangannya dilarikan turut menarik perhatian seorang posmen yang kebetulan berada di tempat kejadian cuba mengejar peragut berkenaan tetapi gagal. 

Azizah yang akan menunaikan umrah bersama suaminya mulai Sabtu ini, bernasib baik apabila seorang lelaki yang berada di tempat kejadian mengecam seorang daripada peragut terbabit yang tinggal berhampiran rumahnya sebelum menyalurkan maklumat itu kepada polis. 


Pembaca : selamat ada orang cam, kalau tak terngangah lah..
Penulis : yup ini menunjukkan kerjasama orang awam dapat memudahkan kerja-kerja polis... polis dan mangsa haruslah menghargai kerja sama yang di berikan...

Syabas si pemberi maklumat kerana bekerja sama dengan polis untuk menangkap si peragut. Tahniah kepada Puan Azizah kerana dapat pergi mengerjakan umrah, kalau dah jodoh tidak kemana. Good job polis kerana mengambil tindakkan yang proaktif untuk menangkap peragut.


Cuma ada sedikit masalah pada laporan ini, penulis rasa ada baiknya maklumat si pemberi maklumat tidak di dedahkan. Memang tidak di beritahu secara detail nama, alamat dll orang yang memberi maklumat. Dengan menulis tinggal berhampiran rumah peragut, merupakan satu info yang cukup untuk peragut tersebut membuat tindakkan di luar kawalan.

Bimbang si peragut itu akan amuk dan mencederakan jiran tetangga kerana telah memberikan maklumatnya kepada polis. Penulis hanya berkata... berikutan bimbang perkara yang tidak di ingini berlaku. Tapi sekiranya para pembacaa merasakan tiada masalah... maka tiadalah masalah...

7 buah motosikal ‘naik lif’ disita

KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak tujuh buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah, Puchong, awal pagi semalam.
Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas rumah PPR tersebut.
Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk.


Pembaca : macam mana nih? letak bawah nanti hilang, pakailah mangga besar mana pun, hilang juga..
Penulis : mungkin boleh minta DBKL sediakan sangkar motor ke,  jaga motor ke, apa saja yang dapat meningkatkan keselamatan pemilik motor... saya hanya berkata...

Ini merupakan satu perkara yang akan membingungkan para pemilik motorsikal di PPR Muhibah. Mereka terpaksa memilih untuk mengikut undang-undang atau tidak. Apabila di ikutkan undang-undang, motorsikal mereka terdedah pada kecurian. Apabila di ikutkan hati ( bawa naik motor) mereka terdedah dengan tindakkan undang-undang.


Penulis rasa ramai yang akan terus membawa naik motorsikal mereka ke atas. Berikutan motorsikal merupakan kenderaan yang ringan dan mudah untuk di curi. Manggalah kat mana pun, pasti akan hilang sekiranya motorsikal anda menjadi sasarannya. Ini kerana alat keselamatan untuk motosikal hanya berfungsi untuk melengahkan atau mengurangkan risiko kecurian motosikal dan tidak menjamin 100 % tidak di curi.

Rabu, 13 April 2011

2 penyamun ceroboh kilang diberkas

JOHOR BAHRU: Dua penyamun yang merempuh tiga motosikal anggota polis ketika cuba melarikan diri selepas menceroboh sebuah kilang dekat Plentong di sini, ditahan selepas tayar kereta yang digunakan mereka terkena tembakan amaran, dalam kejadian kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi di Jalan Plentong 8 itu, dua suspek terbabit bertindak mengundur kereta dengan laju sebelum merempuh tiga motosikal anggota polis yang membuat pemeriksaan berhubung maklumat pecah masuk yang diterima. 


Pembaca : jenayah di johor lagi, bila nak aman...
Penulis : Ok lah tu, dapat tangkap... lama-lama diorang takutlah...

Apabila jenayah terjadi, kebiasaannya penulis akan menyemak atau merujuk kepada keadaan ekonomi. Kerana kebiasaannya ia saling berkait. Apabila ekonomi ok, jenayah akan berkurangan. Sama ada ianya hanya kebetulan, atau memang berkait. Penulis belum dapat membuktikan dengan fakta. 
Akan tetapi itu lah pemantauan yang telah di buat oleh penulis sekian tahun, jadi apa pendapat anda pula?


Kencing isteri minta tolong

KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.


Pembaca : dah lama hidup bersama, masa tua di kencingkan pulanya...
Penulis : pastinya ada yang terbuku sekian lama, dah tua tak boleh nak tahan...

Apa yang boleh mendorong seorang suami untuk membuang air kecil di muka isterinya? kenapa boleh terjadi sekarang dan bukan semasa usia mereka muda? Kalau ikutkan fikiran penulis apabila dah tua ni, bukannya larat sangat, tenaga pun cukup-cukup je, makan pun sikit je, dah takde ruang untuk nak marah, buat perkara jahat. Ada baiknya tenaga itu di salurkan untuk beribadah. 

Dalam berita hari ini, suami tersebut di katakan benci melihat wajah isterinya yang sudah tua, ditambah pula isterinya meminta untuk tolong membuangkan sampah, satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku, berlaku.

Penulis merasakan si suami berang kerana isterinya masih lagi kuat dan dia bertongkat. Mungkin dalam hatinya "aku bertongkat lagi kan di suruh bekerja" . Kerana ada dinyatakan bahawa isterinya jauh lebih muda dariapada suaminya. Dan sekiranya benar benci kerana isterinya muka tua, wahai sang isteri di luar sana. Banyak-banyak lah senyum dan jagalah penampilan anda di rumah. Kerana anda tidak mahu dikencing di muka.

Selasa, 12 April 2011

Sindiket curi kereta nasional tumpas

KUALA LUMPUR 11 April - Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta nasional yang terbesar setakat ini dengan menahan enam lelaki dan merampas 1,603 komponen kenderaan bernilai RM5 juta di Melaka dan Johor, kelmarin.
Sindiket yang didalangi enam suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu hanya mencuri kereta dan lori buatan nasional di sekitar Lembah Klang sebelum meleraikan komponennya di Melaka dan Johor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh pada akhir Februari lalu, satu pasukan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah dibentuk untuk melakukan siasatan.


Pembaca : oh, aku ingat barang ganti second semua dari jepun
Penulis : buat pe jauh-jauh yang dekat pun bleh dapat... hihi..

Apabila kerja nak senang ini lah yang akan terjadi, jenayah. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang di mana penawaran kerja sudah semakin tidak menggalakkan. Sekiranya ada, tidak dapat menawarkan gaji yang besar. Bagaimana nak berikan gaji yang besar sedangkan keuntungannya pun ciput. Jadi dengan curi kereta dapat menyelesaikan segala masalah. Bayangkan sajalah, jumlah yang di tafsirkan ialah RM 5 juta. Overtime 48 jam sehari pun tak dapat. Mati hidup semula kerja lagi 48 jam pun tak dapat juga.

Tidak dapat di sangkal orang yang bekerja susah payah pun tak terelakkan dengan jenayah ( rasuah ). Mana tak nya, dah loan bank, sewa kedai, gaji pekerja, mulut kat rumah tu ada lima nak suap. Tup-tup ada projek depan mata tapi kene lalu depan buaya, terpaksa suap sikit buaya tu. Kerana takutkan buaya tu termakan projek yang kita nak. Kalau tak dapur tu jangan kata berasap, peti sejuk pun cabut plug ( kosong )


Bakar rumah ibu

ALOR SETAR: Bagaikan aksi dalam filem apabila kakitangan awam yang murung gara-gara kecewa permintaan untuk mendapatkan wang serta berkahwin tidak diendahkan keluarganya, bertindak memanjat bumbung lalu membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan berpunca daripada permintaannya untuk mendapatkan RM200 daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50, pada jam 6 petang tidak dilayan.
Berikutan itu suspek dikatakan mengurung diri dalam bilik rumah itu kerana kecewa.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum majlis pertunangannya.

Abangnya, Mohd Noor Mahmud, 33, berkata adik bongsu daripada tiga beradik itu menunjukkan sikap pelik sejak dua tiga bulan lalu dan selalu mendiamkan diri. 


Pembaca : rumah dah terbakar nak tunang macam mana?
Penulis : yang di minta tak dapat, tak tunang pun tak pe kot...

Bermula dengan membakar baju, kemudian membakar rumah. Nasib baik adik beradiknya bertindak dengan pantas menempatkan emaknya di tempat lain sejurus menyedari kelakuan adiknya yang murung itu. Asbab kelakuan adik murung ini mungkin kerana desakkan kekasih atau seseorang ingin merampas kekasihnya.

Oleh kerana sedar kekasihnya bakal ambil orang dia ingin menyegerakan pertunangan malangnya calon tunangan telah pun 50 - 50 kerana tertawan dengan rakan sepejabat adik murung tersebut. Mungkin ini yang membawa kepada adik murung membakar pakaian seragamnya.

Kejadian kekasih lari dengan orang lain, atau tunangan lari dengan orang lain malah bini lari dengan orang lain seolah-oleh satu perkara yang biasa. Dan persediaan untuk melihat pasangan anda terlepas begitu saja amat perlu. Kita mesti menerima kada' dan qadar ilahi. Memang tidak dapat di nafikan, sukar sangat-sangat untuk menerima sekiranya ini terjadi kepada kita. Lebih-lebih orang sekeliling yang melontar pelbagai kata-kata negatif dan andaian yang negatif. Sudah lah menolongnya tidak lagikan menyusahkan.

Jangan lah hiraukan kata-kata orang sekeliling anda, teruskan hidup dengan penuh gaya. Jatuh naik itu perkara biasa, orang mengata biarkan sahaja, kelak dia jatuh dia kan merasa.