Jumaat, 22 April 2011

Warga emas maut angkara kereta berlumba

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa dua buah kereta yang sedang berlumba apabila dia maut setelah kenderaannya dilanggar sebelum terbalik di Kilometer 4, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak hari ini.

Rokiah Mat Nor, 65, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu suaminya, Baharuddin Hussin yang cedera parah dalam kemalangan itu.

Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bersama adik perempuan Rokiah dalam perjalanan pulang ke kampung di Jerantut, Pahang.

Menurut saksi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipandu seorang anggota polis dipercayai sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lain.

Pembaca : polis pun berlumpa di jalanan?
Penulis : err, mungkin dia pun mempunyai keinginan..

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang baru meninggal dan satu lagi al-fatihah untuk kawan-kawan kita yang telah lama meninggal.

Berlumba di jalan raya merupakan satu perkara atau tindakkan yang tidak cerdik. Ini berikutan ia membahayakan orang lain terutama sekali diri pelumba itu sendiri. Terlalu banyak kes kematian dan kemalangan berlaku di atas jalanan, dan sebolehnya jangan di tambahkan dengan berlumba.

Berlumba di atas jalan raya tidak membuktikan yang anda itu berani dan mempunyai skill. Mungkin anda merasakan begitu tetapi hakikatnya anda cuma menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang melanggar peraturan dan merampas keamanan pemandu lain. Dan anda juga mengancam keselamatan pemandu-pemandu lain.

Bagaimanakah anda akan teruskan hidup anda, apabila anda berlumpa atas jalanan, dan menyebabkan salah seorang keluarga anda mati, atau pun seluruh keluarga anda mati? Fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan