Isnin, 4 April 2011

Kosmo - Negara - Trio samseng tidur lokap

KUALA LUMPUR - Tiga remaja perempuan boleh dianggap samseng apabila mereka ditahan selepas bertindak ganas memukul dan menyamun seorang murid perempuan tahun enam dalam kejadian di kawasan Sentul di sini Rabu lalu.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 4 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Melur, 12, mengalami lebam-lebam di seluruh badan akibat ditendang, dipukul hingga lembik, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak ke lantai.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila tiga suspek berusia di antara 14 dan 15 tahun tersebut datang ke rumah mangsa ketika pelajar itu sedang menonton televisyen bersendirian di rumahnya.
Ketika kejadian, ibu anak sulung daripada dua beradik itu keluar bekerja manakala adiknya ke sekolah.
Katanya, sebaik dapat membuka pintu rumah dengan menendangnya, suspek terus memukul mangsa.
"Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik rambut dan memukul seluruh badan mangsa dengan tangan hingga mangsa tidak berdaya.

Pembaca : budak kecil lagi dah samseng?
Penulis : mungkin ahli keluarga dia suka tengok cerita samseng bersama anak-anak, hanya berkata...

Kerana apa ini semua terjadi? apa yang mendorong kanak-kanak ini perbuat demikian? ini dah kes berat, kalau dah budak umur 14 dan 15 tahun bertingkah laku sedemikian rupa, uih berat sungguh. Punah masa depan negara apabila bakal-bakal pemerintah negara mempunyai ciri-ciri samseng.

Masa penulis kecil dahulu pun tak pernah ada kes macam ni, datang rumah orang pukul orang tu ( kategori budak ). Paling hebat pun pulaukan budak yang kita tak suka, tu pun tak lama. Apabila budak tu terasa dia minta maaf dan geng-geng semua berkawan semula.

Kita kene fikirkan sesuatu untuk kes ini, fikirkan bagaimana untuk mengelakkan anak kita daripada menjadi samseng atau mangsa samseng. Sekiranya anda ada cara anda, sila kongsikan sama-sama membanteras masalah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan