Khamis, 7 April 2011

Telinga koyak, tubuh digigit


KOTA TINGGI: “Bukan setakat dicakar di belakang badan, malah telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki saya juga digigit,” kata Muhammad Rafiq Abdul Rashid yang diserang empat anjing jiran ketika berjalan pulang bersama kembarnya, Muhammad Rafie, ke rumah mereka di Kampung Panti di sini.
Murid berusia sembilan tahun itu berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia hanya mampu menutup muka sambil meraung kesakitan.

Dia yang ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini, semalam, berkata ketika kejadian itu dia dan Muhammad Rafie berjalan kaki pulang ke rumah sebelum tiba-tiba dikejar empat anjing jiran.
Menurut murid tahun tiga itu, kembarnya sempat melarikan diri tapi dia gagal berbuat demikian kerana terjatuh menyebabkan dia dikerumuni empat anjing berkenaan.

“Saya dicakar serta digigit. Sakit sangat rasanya masa itu. Tidak lama kemudian kembar saya datang bersama beberapa penduduk lalu menghalau semua anjing itu.

“Syukur kerana mereka cepat membantu, jika tidak, saya tidak tahu apa akan berlaku,” katanya.
Rafiq menerima 30 jahitan di seluruh badan manakala telinga kanannya dijahit bagi menyambung koyakan lebar.


Pembaca : macam mana boleh jadi macam ni, mana boleh macam ni, kalau aku siaplah owner anjing tu...
Penulis : perkara berlaku, cuba jangan keruhkan lagi keadaan....

Sekiranya empat ekor anjing mengejar orang dewasa, semput-semput pengsan juga di buatnya. Inikan lagi budak kecil, dengan melepasi azab serangan empat ekor anjing ini menunjukkan budak tersebut mempunyai semangat yang kuat.

nak buat apa-apa andaian terhadap pemilik anjing , penulis pun tak tahu sama ada anjing itu memang di lepaskan di luar atau pada asalnya ada di dalam pagar. Tapi kemungkinan besar anjing itu lapar atau sangat marah dengan kejadian sekeliling dan melepaskannya pada budak yang kebetulan lalu.

Apapun situasinya, mencari cara mengelak dan jangan penyelesaian adalah keutamaan. Disini penulis ingin berkongsi tips menghadapi anjing.

  • jangan benarkan diri anda terjatuh atau terbaring atas lantai. lebih baik di gigit kaki dariapda di gigit tekak
  • memberikan tangan kepada anjing yang besar memang teruk dan menyebabkan tangan patah. lebih baik dariapada bahagian badan lain tertanggal cebisan demi cebisan
  • marah anjing tersebut dengan menyebut "anjing jahat" atau "tidak" sekuat mungkin dan sebanyak mungkin. anjing domestik sedikit sebanyak paham dengan perkataan atau tingkah ini
  • jangan lari, melainkan anda pasti anda boleh menang lumba lari dengan anjing tersebut.apabila anda lari, anjing tersebut menganggap anda sebagai mangsa
  • cari apa-apa yang boleh di buat senjata dan pukul sekuat mungkin, jangan pernah kasihan. anjing seperti haiwan pemangsa yang lain mempunyai kemampuan untuk menahan sakit.
  • sekiranya semua di atas gagal, sebolehnya biarkan tangan anda di gigit dan masukkan terus kedalam mulut anjing tersebut hingga ke tekak. kemungkinan tangan anda akan patah, lebih baik daripada mati
amat berharap dengan tips yang di beri anda lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila berdepan dengan anjing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan