Khamis, 7 April 2011

Telur ayam pun ada tiruan


GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.


Pembaca : telur pun boleh palsu ke?
Penulis : alangkan hati boleh boleh ada yang palsu, ini kan telur geng...


wuyoooo, terkejut sekejap berkenaan telur palsu ni. Huh, langsung pergi ke peti sejuk cek palsu ke tak telur yang aku beli nih. Para pembaca jangan pula lupa untuk cek telur yang akan dan yang sudah pun dibeli. kalau dah beli tu jangan sayang-sayang buang jek. amat merbahaya untuk kesihatan.

video youtube di atas membolehkan para pembaca untuk mengetahui sedikit sebanyak macam mana cara telur tiruan ini di buat. Dan macam mana cara untuk mengenal pasti telur tiruan ini. Pastikan anda mendapatkan yang original.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan