Khamis, 14 April 2011

Johor: Peragut kantoi

Suspek dikenali orang awam, kena berkas ketika berada di rumah

MUAR: Tindakan dua pemuda termasuk seorang anak polis, meragut beg tangan berisi wang tunai yang mahu digunakan seorang pesara guru bagi membeli kelengkapan mengerjakan umrah, menerima padah apabila mereka dicam orang ramai, membolehkan kedua-duanya ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu.

Kejadian ragut itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin dekat Jalan Pesta 1/1 di pinggir bandar ini, ketika mangsa Azizah Mohd Don, 59, keluar dari kereta Honda City yang dipandunya untuk ke sebuah kedai serbaneka berhadapan tempat letak kenderaan itu, apabila dua pemuda bermotosikal meragut beg tangannya.

Perbuatan jenayah itu disaksikan beberapa orang awam dan jeritan Azizah sejurus beg tangannya dilarikan turut menarik perhatian seorang posmen yang kebetulan berada di tempat kejadian cuba mengejar peragut berkenaan tetapi gagal. 

Azizah yang akan menunaikan umrah bersama suaminya mulai Sabtu ini, bernasib baik apabila seorang lelaki yang berada di tempat kejadian mengecam seorang daripada peragut terbabit yang tinggal berhampiran rumahnya sebelum menyalurkan maklumat itu kepada polis. 


Pembaca : selamat ada orang cam, kalau tak terngangah lah..
Penulis : yup ini menunjukkan kerjasama orang awam dapat memudahkan kerja-kerja polis... polis dan mangsa haruslah menghargai kerja sama yang di berikan...

Syabas si pemberi maklumat kerana bekerja sama dengan polis untuk menangkap si peragut. Tahniah kepada Puan Azizah kerana dapat pergi mengerjakan umrah, kalau dah jodoh tidak kemana. Good job polis kerana mengambil tindakkan yang proaktif untuk menangkap peragut.


Cuma ada sedikit masalah pada laporan ini, penulis rasa ada baiknya maklumat si pemberi maklumat tidak di dedahkan. Memang tidak di beritahu secara detail nama, alamat dll orang yang memberi maklumat. Dengan menulis tinggal berhampiran rumah peragut, merupakan satu info yang cukup untuk peragut tersebut membuat tindakkan di luar kawalan.

Bimbang si peragut itu akan amuk dan mencederakan jiran tetangga kerana telah memberikan maklumatnya kepada polis. Penulis hanya berkata... berikutan bimbang perkara yang tidak di ingini berlaku. Tapi sekiranya para pembacaa merasakan tiada masalah... maka tiadalah masalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan