Sabtu, 9 April 2011

Janji untung 1,000 ganda


KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.
Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.

Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.

Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau. 


Pembaca : macam mana lah boleh terpedaya?
Penulis : mungkin maklumat tersirat ialah, ekonomi negara tak baik dan ramai yang tamak dan malas...

Kes penipuan pelaburan memang banyak berlaku bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh negara. Ada sahaja taktik mereka untuk menipu. Dengan menawarkan pendapatan yang lumayan dan layanan eksekutif daripada pihak ini, ramai yang akan terbuai dan hanyut dalam pertemuan pertaman, membawa kepada pembayaran sejumlah wang yang di minta.

Memang tidak dapat di nafikan, penganjur penipuan ini sangat licik memperdayakan ahli dan bakal pelaburnya. Yang akan menyedihkan lagi ialah apabila kawan, adik atau mak  kita yang terpengaruh dalam penipuan pelaburan ini. Sangat pedih dan kebingungan untuk tolak atau terima tawaran mereka. Kadang-kadang kita tahu pelaburan itu tipu, oleh kerana kata-kata itu datang daripada orang yang kita percaya, lantas ilmu dan pegangan di ketepikan.

Disini penulis ingin berkongsi serba sedikit cara untuk mengenal pasti penipuan pelaburan, antaranya...

Anda sebahagian daripada kumpulan "eksklusif" atau "elit"
apabila anda menandatangani kontrak ini, anda akan menjadi sebahagian daripada kumpulan eksklusif atau elit. tujuannya ialah untuk membuatkan anda rasa istimewa. mereka juga akan menyatakan pelaburan ini untuk orang tertentu sahaja. sekiranya ada orang mendampingi anda dan mengatakan ada pelaburan istimewa, masanya untuk berhati-hati

Menjanjikan pulangan yang tinggi, risiko yang rendah
hati-hati dengan tawaran pulangan tinggi dan risiko rendah. Pelaburan sepatutnya menawarkan pelangan pulangan yang tinggi sekiranya risikonya turut tinggi.Sekiranya ada seseorang memberitahu, anda boleh menjana pendapatan yang tinggi tanpa risiko. Anda mungkin sedang berdepan dengan penipuan pelaburan.

Sejarah pelaburan yang tidak pernah menunjukkan rugi
kebenarannya, apabila pasarang mengalami kejatuhan, hampir semua orang akan mengalami kerugian. Sekiranya performa pelaburan itu tidak pernah mengalami kejatuhan, maka kemungkinan besar pelaburan itu palsu

Terminalogi yang kompleks
hati-hati dengan terminalogi yang aneh. Anda sepatutnya dapat memahami apa yang diterangkan kepada anda. Sekiranya promoter yang menjual pelaburan itu tidak dapat menerangkan kepada anda dengan jelas. Maka anda akan menghadapi masalah.

Memberikan tekanan untuk membuat keputusan serta merta
salah satu petanda anda di tawarkan pelaburan yang palsu ialah tekanan untuk membuat keputusan serta merta. anda akan diberitahu anda akan terlambat sekiranya tidak melabur sekrang. Tekanan untuk membuat keputusan - lebih-lebih lagi apabila anda tidak di beri peluang untuk mengulangkaji pelaburan itu - adalah salah satu petanda yang pasti bahawa pelaburan itu adalah satu penipuan.

diharap tip yang di berikan dapat dibuat panduan agar para pembaca tidak mudah tertiup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan