Sabtu, 2 April 2011

Utusan - Wilayah - Johor

JOHOR BAHRU 1 April - Kadar jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan 87 kes atau 1.59 peratus.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, jumlah keseluruhan kes bagi tempoh itu ialah 5,390 kes berbanding 5,477 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
"Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jenayah kekerasan mencatatkan 1,157 kes, manakala jenayah harta benda pula lebih tinggi iaitu sebanyak 4,233 kes.
"Pada masa yang sama jumlah kes yang berjaya diselesaikan dalam tempoh itu ialah 2,103 kes (39.02 peratus)," katanya di sini semalam.

Pembaca : banyak je jenayah sekeliling aku nih...
Penulis : maknanya kalau tak lagi banyak kot...

Syukur ke hadrat ilahi, dan berterima kasih kepada PDRM kerana berjaya menurunkan indeks jenayah di Johor. Anda layak menerima perkataan SYABAS! Dengan penurunan indeks jenayah , negeri Johor akan menjadi aman sekali gus menarik pelancong dalam dan luar negeri. Apabila kadar pelancong ke Johor meningkat, pasti penduduk di Johor dapat menikmati tempiasnya.

Jangan pandang rendah terhadap apa pun jenayah yang berlaku di sekitar anda. Kadang-kadang perkara yang kita lihat remeh, memberi impak yang besar pada berlakunya jenayah. Jadi berikanlah kerja sama, dan sama-samalah kita membanteras jenayah untuk hidup yang selesa dan ekonomi yang bahagia.

Bagi penduduk yang melihat sesuatu perkara berlaku contohnya kenderaan yang mencurigakan, orang yang mencurigakan, mungkin aktiviti yang tidak di senangi. Laporkan lah ke balai polis yang berdekatan dan pos kan kepada Berita Razik agar dapat di kosngsikan bersama. Supaya orang lain tidak perlu melalui peristiwa tak sepatutnya atau dapat mengelakkan peristiwa yang tidak sepatutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan