Sabtu, 2 April 2011

Metro - Berita Utama - Benci lihat muka anak

MUAR: Disebabkan wajah seiras ayah dan hubungan akrab dengan bapa yang sudah bercerai dengan ibu, seorang lelaki mendakwa hidup penuh kesukaran apabila dikhianati ibunya hingga perniagaan diusahakannya gulung tikar.
“Aku benci melihat muka kau, kau bukan anak aku dan aku tak akan ampunkan dosa kau dunia akhirat.” Itu antara ungkapan yang dihamburkan si ibu kepada lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azli dari Sungai Abong, di sini.

Menurutnya, dia disisihkan ibunya sejak berusia 12 tahun kerana wajahnya seiras ayahnya yang amat dibenci wanita berkenaan sejak mereka berpisah.
“Selain ibu, abang juga bencikan saya dan sering memukul saya. Berikutan itu, saya meninggalkan rumah ketika berusia 13 tahun.

“Saya sangka masalah selesai, namun ibu masih berdendam dan melakukan pelbagai tindakan yang menyusahkan hidup saya hingga sekarang,” katanya.

Azli berkata, dia pernah bekerja dengan sebuah firma guaman di negeri ini kira-kira tiga tahun lalu, namun diberhentikan tiba-tiba dan mendakwa ia disebabkan fitnah ditabur ibunya.
Sejak itu, dia bertekad bekerja sendiri dengan menubuhkan syarikat perniagaan berasaskan rempah dan usahanya itu membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapinya hanya sementara kerana Azli mendakwa, ibunya yang berusia 50-an sekali lagi menabur fitnah kononnya rempah ratus yang dihasilkannya menggunakan bahan terlarang seperti serbuk kayu dan pewarna berlebihan.
Fitnah itu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa dan akibatnya, serbuk rempah kurma dan kari keluaran syarikat Azli dilarang dipasarkan sejak setahun lalu.

Pembaca : memanglah benci dah mukanya sama
Penulis : kalau maknya muka macam Mona Afendi, nak hukum gantung tak?

Dek pepatah melayu, rambut sama hitam, hati lain-lain. Di lahirkan kembar, minat lain-lain. Baca buku yang sama, pemahaman lain-lain. Melalui perkara yang sama, penghayatan juga lain-lain.

Inikan muka sama dalam kisah berita hari ini. Jangan lah salah kan anak tu, macam mana dia benci dengan bapa anak pula jadi mangsa? Mak mangsa boleh menyalahkan diri sediri, antara sebab gen tak dominen sebagai permulaan. Sudah anaknya keluar dari rumah, tak ganggu hidup maknya pun. Eh maknya tetap nak kacau juga, tak boleh tengok orang hidup senang sikit. Padahal si anak memberikan wang saku setiap bulan, wang saku tak cukup ke?

Penulis percaya, ramai lagi orang di luar sana yang memegang watak seperti maknya ni. Kasihanlah kepada saudara lain, dia pun nak hidup juga. Tak baik menginaiya orang, kita tak dapat apa-apa pun. Kita mungkin boleh katakan hati puan, akan tetapi hati yang puas itu sebenarnya hati yang busuk dan kotor. Ini kerana hati yang busuk dan kotor sahaja lah yang akan puas dengan kejahatan.

Antara kata-kata yang biasa di lafazkan yang akan menyebabkan penginaiyaan ialah " aku tak dapat, ko pun takkan dapat " , " aku akan pastikan hidup ko susah" , "ko akan menyesal buat aku macam ni". Jadi elakkanlah kata-kata seperti ini, kerana sekiranya kita bertindak pasti akan memuaskan hati yang busuk dan kotor , di pakejkan dengan penyesalan yang tiada penghujung pabila kita tersedar kelak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan