Rabu, 20 April 2011

Pelajar dicabul dalam kelas

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

 
Pembaca : pelajar sekolah pun nak mula minat seks dan bertindak ganas...
Penulis : banyak sangat ke subjek seks kat sekolah, sehingga mereka tak sabar nak implement?
 
Nasib baik mangsa seks tersebut mengambil tindakkan yang pantas untuk melaporkan kepada pihak polis. Sekiranya di biarkan berlanjutan, mungkin sesuatu yang tidak di ingini akan terjadi.
 
Di sekolah, memang kita akan di galakkan membuat kerja berkumpulan. Dengan cara ini kerja lebih mudah dijalankan dengan erti kata lain "berat sama di pukul, ringan sama di jinjing". Akan tetapi dalam konteks meraba atau mencabul ini, tak kira lah dalam keadaan solo mahu pun berkumpulan harus lah di elakkan dan di keji akan perbuatannya.
 
Begitu hebat cabaran yang ada di sekolah sekarang ini, dan cabaran-cabarannya  sama seperti orang yang sudah tamat belajar. Satu persoalan timbul, dari manakah pengaruh-pengaruh seperti ini di terima oleh pelajar kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan