KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di  sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin  berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang  beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini  sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi  tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap  hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami  lebih banyak duduk termenung di kedai.
Pembaca : bukan harga naik ke baru untung? 
Penulis : untung kalau pembeli masih mahukannya atau barang keperluan, kalau barang kemahuan tak kot...
Kenaikkan harga barang tidak selalu menguntungkan peniaga, janganlah kita terus buruk sangka apabila harga yang di jual tinggi. Ini berikutan, tiada peniaga yang ingin rugi dengan menjual terlalu murah mahupun terlalu mahal. Yang sedang-sedang sahaja sudah memadai. 
Begitu juga dengan kenaikkan harga emas yang kian melambung, sekiranya kita perasan. Banyak kedai emas yang lengang dan tiada pengunjung. Sampai bila ini akan berterusan? Bukan sahaja kenaikkan harga emas yang melanda, malahan banyak lagi harga barang yang naik menuju langit. Mahu tak mahu, kita perlu memikirkan jalan alternatif untuk menghadapi situasi ini. 
Para pembaca jangan lah asyik ngeluh dan menumpukan pada sudut yang negatif, pasti ada baik dalam setiap yang melanda. Hanya terpulang kita untuk merungkainya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan