Ahad, 3 April 2011

Kosmo - Rencana Utama - Terbuai dibelai pengkid


GADIS manis itu lagaknya seperti insan biasa, tiada yang istimewa atau aneh pada dirinya.
Namun, Anis, 27, pernah melalui gelora pahit dalam hidupnya setelah dikecewakan insan bernama lelaki.
Tidak terlepas daripada menjalinkan hubungan normal seperti kebanyakan pasangan lain sejak usia belasan tahun, Anis bagaimanapun mencalit garisan hitam dalam lembaran hayatnya setelah bertemu Asrul, 28, tatkala menuntut di sebuah kolej di ibu kota.
Cinta membuatkan hatinya buta. Dia hanya menurut kemahuan nafsu yang merajai diri sehingga sanggup menyerahkan segala yang dimiliki termasuk maruah dan wang ringgit.
Kata-kata manis Asrul selama ini rupa-rupanya cuma ingin mengambil kesempatan ke atas Anis yang mulus dan ada rupa.
“Asrul memang mengubah radius kehidupan saya sepenuhnya sehingga saya sanggup menyerahkan segala-galanya kepadanya,” ujar Anis kepada Jurnal.
Mengimbas kenangan bersama Asrul, Anis mengandaikan cinta mereka adalah yang teragung dan sukar dicari. Anis tidak sanggup berpisah dengan Asrul walaupun sekejap.
“Ke mana saja pergi kami mesti bersama sedangkan kami belajar di fakulti yang berlainan.
“Namun, Asrul masih sempat mencari perempuan selain saya,” bicaranya dalam nada sebak.

Pembaca : salah lelaki lah kenapa tipu perempuan
Penulis : di tipu oleh lelaki couple dengan pengkid, lepas ni kalau berjalan jatuh jangan guna kaki lagi terus beli kerusi rodar ye lah seriklah katakan.

Ini merupakan satu isu yang menjadi perhatian dan di perhatikan oleh pelbagai pihak - pengkid. Masalah pengkid ni boleh juga di katakan sama berat dengan isu bapuk.

bapuk = lelaki yang ingin menjadi wanita, berkelakuan wanita, mempunyai keinginan seperti wanita
pengkid = wanita yang ingin menjadi lelaki, berkelakuan lelaki,mempunyai keinginan seperti lelaki

Jadi lebih kurang lah teruknya, kalau kita jijik tengok bapuk maka kita haruslah juga jijik tengok pengkid. Yup kepada pengkid di luar sana harap jangan kecil hati, dan cuba lah berubah sebaik mungkin, secepat mungkin, dan bertaubatlah. Jangan lah hanya kerana anda mempunyai watak seperti lalaki anda terus memilih menjadi pengkid. Percayalah, ada lelaki di luar sana yang tertawan dengan perwatakkan lelaki anda. Asalkan anda tidak menjadi pengkid.

Walaupun anda wanita yang agak kasar secara zahirnya tapi sacara baninnya lembut jua, anda boleh mengubah sikit demi sedikit. Sekasar-kasar wanita, apabila dia berpakaian seperti wanita kelihatan lembut jua. Anda akan jumpa dengan lelaki yang benar-benar menyukai anda seadanya tanpa perlu menjadi wanita melayu terakhir, kerana gelaran itu layaknya di kaca tv bukan di realiti

Kepada wanita ayu yang di kecewakan lelaki pula, come on geng. Bercouple dengan pengkid sampai bila? tak boleh kawin. Itu hanya sementara, apabila kawan-kawan yang lain dah berkahwin anak dah beratur. Masa tu baru nak menyesal  sudah pun terlambat. Berubahlah anda mampu mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan