Jumaat, 15 April 2011

Perangkap dipasang ibu bawa kepada penemuan 2 pelajar hilang

PUTRAJAYA 14 April - 'Perangkap' yang dipasang oleh ibu kepada Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang dilaporkan hilang bersama Nuraizah Atiqah Nordin, 12, Jumaat lepas berjaya membuka jalan kepada penemuan kedua-dua pelajar itu di Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Roslinda Karim, 46, ketika menceritakan perkara itu memberitahu, dia dengan dibantu seorang kenalan 'mengumpan' salah seorang daripada lelaki yang dipercayai melarikan anaknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk 'membeli' kedua-dua gadis itu.
Menurutnya, nombor lelaki berkenaan diperoleh daripada telefon bimbit kepunyaan salah seorang mangsa.
"Kami berhubung menerusi SMS dan selepas beberapa kali berjanji akhirnya malam tadi dia bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua gadis ini di sebuah tapak pesta dekat Nilai.


Pembaca : dua sekali dia colek, budak lagi pula tu...
Penulis : budak ringan sikit kalau nak angkat, orang dewasa mau di seret je

Syabas kepada ibu, kerana berjaya mematahkan , dan menghancur-hancurkan niat penculik yang ingin mengambil keuntungn segera dengan menjual anak ibu. Orang penat-penat bela, dia sedap-sedap je nak untuk.
Kes culik di negara ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi jika di sertakan dengan tindakkan yang lainnya. Rogol dan liwat, rogol dan bunuh, rogol, kelar, pukul, masukkan sesuatu dalam kemaluan dan bunuh. Para perogol begitu bermurah hati ( gila ) untuk memberikan pakej-pakej culik yang istimewa (kejam) itu.

Penculik, perogol dan pembunuh kelihatan semakin berani apabila polis gagal mengesan mereka. Yang membimbangkan apabila pihak polis di tertekan dengan isu ini, mereka akan bertindak menangkap secara rawak dan di paksa mengaku demi memudahkan atau meredakan keadaan ( harap tidak berlaku ). Ini berikutan tiada siapa yang ingin menanggung beban di persalahkan pada kadar yang lama.

Kita sebagai rakyat juga harus mengambil inisiatif dan memupuk semangan kekitaan, janganlah di teruskan amalan kau kau aku aku. Anak muda sekarang banyak yang tidak memperdulikkan orang sekelilingnya. Lihat sajalah apa bila di klinik, atau di bank atau pun berjiran. Duduk bersebelahan dan berdekatan. Tapi tak kenal pun orang sebelah. Keadaan ini membimbangkan apabila sesuatu terjadi kepada kita, siapa yang kenal kita ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan