Isnin, 4 April 2011

Utusan - Kota - Nenek mati di kelar selepas di samun

KUALA LUMPUR 3 April - Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Perak, Sentul di sini gempar apabila menjumpai mayat seorang perempuan warga emas dipercayai dibunuh berhampiran lif PPR tersebut hari ini.

Ketika kejadian, mangsa Veeramah, 79, ditemui orang awam pukul 6.45 petang dalam keadaan lengkap berpakaian di tingkat lapan blok 41.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati leher mangsa dikelar menggunakan senjata tajam.
"Ketika ditemui kedua-dua subang telinga mangsa didapati hilang dan ini menunjukkan mangsa juga turut disamun," katanya ketika ditemui pemberita.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pembaca : banyak bawa duit, tak pun emas banyak nenek nih..
Penulis : zaman sekarang ni dah takde maknanya menunjuk. ada duit ke emas ke relek-relek aje.


Dengan kes samun, rompak, ragut dan yang seangkatan dengannya yang semakin mengganas ini. Kita haruslah mengambil iktibar dan cuba sedaya boleh untuk mengelakkan dari daripada menjadi mangsa. Ini kerana penjahat ini tidak hanya mengambil barangan dan harta sahaja. Mereka inginkan lebih daripada itu, dan mungkin nyawa dan kehormatan juga di ambil bersama.


Bersederhanalah, ini lah yang sebaiknya di era / zaman ini. Kurangkan perbincangan yang melibatkan harta, wang dan jawatan yang bergaji besar. Apa saja yang melibatkan sendiri, kurang-kurangkanlah berkongsi dengan rakan-rakan. Ini kerna anda mungkin boleh menjadi target orang sekeliling yang terdengar. Berpakaianlah sederhana, yang murah pun takpe. Biarlah apa pun orang nak perkatakan, asalkan anda tidak menjadi mangsa si penjahat.


Bagi wanita pula, tas tangan tu dah boleh kurang-kurangkan bawa. kerana ini menaikkan lagi peluang anda untuk di ragut. Perhiasan emas simpan sahaja di rumah atau di jadikan medium pelaburan. pakai sahaja silver biasa. Kerana diri anda ammat beharga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan