Jumaat, 1 April 2011

Metro - Mutakhir - Korek kubur cari bijih

IPOH: Sebuah syarikat dikesan menceroboh dan melombong secara haram di kawasan tanah perkuburan Islam semata-mata untuk mendapatkan bijih besi.
Lebih biadab, syarikat berkenaan juga tidak gentar dan mempedulikan bantahan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Rapat Setia (JTPRS) di sini dan sudah melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi JTPRS, Mohd Mokhtar Saidin yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan.
“Biarpun kegiatan dilakukan jauh dari kubur, ia tetap satu perbuatan tidak bermoral dan bertanggungjawab kerana kawasan yang diceroboh itu masih dalam kawasan tanah perkuburan yang seluas 6.9 hektar.

“JTPRS pernah membantah tindakan syarikat terbabit tapi mereka hanya berhenti sementara sebelum menyambung aktivitinya kembali,” katanya, semalam.

Selepas lama bersabar, beliau berkata, JTPRS dan lebih 200 penduduk berhampiran sepakat mengusir syarikat berkenaan dari tanah perkuburan itu, semalam.

Pembaca : takpe lah kubur tu kan luas lagi biar lah dia korek
Penulis : ye lah tu, nak tanam orang meninggal dah susah nanti

Berniaga amat di galakkan oleh agama islam, ini kerana 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada berniaga. Nabi Muhammad s.a.w juga merupakan seorang ahli perniagaan. Dan disini penulis ingin menegur sedikit tanggapan kita berkenaan perniagaan. Apabila berniaga saja, orang akan kaitkan dengan kaum cina di malaysia ini. Pada pendapat penulis, seharusnya kita kaitkan dengan nabi kita. Agar dalam perniagaan ada agama dan dalam agama ada perniagaa baru lah seiring sejalan.

Katakanlah dengan bangga, " aku nak berniaga macam nabi" dan ubahlah jangan asyik berkata " aku nak berniaga macam cina". Lihatlah apa telah terjadi dengan orang melayu kita khususnya yang islam ( kerana terdapat melayu kristian sekarang).Yang ingin di perkatakan , tidak semua begitu. Ada setengahnya dah betul dah berniaga, tapi cara pemakaian dah sama dengan amoi malah adayang amoi pun kalah. Dengan seluar ala sailormoon ( seluar jeans pendek, sama  taraf dengan boxer lelaki tapi lagi singkat) dengan baju yang tak berapa nak tutup.


Pembaca : eleh suka tengok lagi nak bising
Penulis : kalau dah ternampak tu tengoklah, nanti tak tengok rugi pulak

Lagilah sekarang ini musim memakai seluar ketat yang nipis tu, aduyai. Bagai nak sunami iman rasanya, mana tak nya segala reka bentuk di perincikan.Teguran ini bukan untuk menampakkan penulis orang yang baik-baik. Akan tetapi tak sanggup rasanya kalau anak penulis berpakaian sedemikian. Nauzubillah, minta dijauhkan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan