Isnin, 28 Februari 2011

Metro - Bisnes - PNS perkenal 10 perniagaan baru

10 perniagaan baru yang diperkenalkan adalah dalam bentuk francias yang bermodal kecil. Antara bidang yang akan di francaiskan ialah bengkel baik pulih kenderaan, kedai gunting rambut, kedai barangan elektrik dan perkhidmatan membaiki rumah.

Ini boleh di katakan berita gembira. Kerana untuk memulakan peniagaan daripada kosong amat memakan masa tenaga dan lebih-lebih lagi aliran tunai. Dengan berkecimpung dalam perniagaan francais semua itu dapat diselamatkan kerana ia diuruskan oleh orang lain. Kita hanya perlu fokus pada pentadbiran, atau kita mungkin boleh memberikan tugas itu pada orang lain.

Bagi mereka di luar sana yang ingin memulakan perniagaan sendiri, jangan pernha lepaskan peluang ini. Layari www.pns.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berita Harian - Nasional - 11 pelajar dakwa dicabul guru displin

Hawa nafsu yang yang tidak terurus. Mungkin ini lah penyebab kes rogol, sumbang muhrim, cabul budak dan seks bebas. Bagaimana untuk menangani masalah ini? sampai bila ia akan berterusan? polis, mahkamah, dan rakyat setempat boleh saja menangkap, memenjarakan, menjatuhkan hukuman dan melabelkan / memulaukan orang-orang sebegini. Akan tetapi model / jenis orang sebegini ditangkap satu muncul 3, ditangkap 3 muncul 4.

Disini saya ingin mengenengahkan berapa isu.

Pakaian sekolah
Anda tentu pernah bersekolah satu masa dahulu. Dan rata-rata semua orang tahu bahawa pakaian sekolah adalah putih. Dan kita juga tahu terdapat pelbagai jenis kain bukan? Mari kita ambil satu jenis kain murah dan mahal. Satunya tak berapa selesa dan nipis, dan satu lagi selesa dan nipis. Dan apabila pelajar perempuan memakainya, seolah-olah boleh nampak apa didalam. Untuk seorang lelaki normal yang sihat tubuh badan, tekanan mungkin dihadapi terutamanya cikgu dimana matanya di jamah dengan pemandangan seperti ini setiap hari.

Pakaian cikgu
Anda cikgu? ada kawan cikgu? atau bagaimana pakaian cikgu anda semasa belajar dahulu? sedangkan murid atau pelajar terbangkit nafsu melihat cikgunya berpakaian inikan rakan sekerja. Anda sendiri boleh membuat servey terhadap pelajar atau murid. Pasti ada yang berkata " aku tak tahan lah cikgu ni, tak boleh nak tumpu tengokkan dia jek". Dan percayalah setengah daripanya berkata lebih teruk, sila bayangkan sendiri.

Dengan dua isu di atas, bayangkan pula anda seorang lelaki yang sihat tubuh badan. Berada di suasana yang demikian, pasti ada yang tidak dapat menahan nafsu. Dan kemana nafsu ini di salurkan? Lain orang lain caranya dan diantaranya seperti yang kita boleh baca dalam surat khabar dan menonton berita.

Saya amat berharap isu ini diambil berat, kerana kita masing-masing akan mempunyai anak atau anak saudara. Apakah tindakkan mereka dengan keadaan seperti diatas?

Sabtu, 26 Februari 2011

Kosmo - Negara - Wanita mati terkejut diragut

Aksesori dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Mereka suka mengayakan dan mempunyai pelbagai aksesori. Sekiranya di hadiahkan aksesori kepada mereka, kuntuman senyuman mereka boleh bertahan lama bergantung pada tahap kesukaan terhadap aksesori yang di beri.

Zaman sekarang, aksesori ini boleh membawa maut. Berikutan kes-kes rompakkan dan lebih-lebih lagi ragut. Ada juga mangsa yang kehilangan tangan kerana dipotong untuk di ambil emas di pergelangan tangan. Dan semakin banyak kes ragut beg tangan yang berakhir dengan kematian.

Bagi kaum hawa diluar sana, ikutilah peredaran semasa. Bukan berkenaan fesyen berpakaian sahaja, akan tetapi bahaya memakai aksesori.

Utusan - Ekonomi - Insurans kenderaan naik 2012

Sudah dibebani dengan kenaikkan harga barang, minyak, caj perkhidmatan. Dan kini giliran Insurans pula untuk menaikkan harga. Walaupun dikatakan tidak tinggi, ia tetap menyumbang kepada aliran tunai keluar.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana. Mungkin situasi ini bukan lah satu yang berat, akan tetapi meraka yang berpendapatan rendah. Ini merupakan satu berita yang boleh menyumbang kepada migrain. Mana taknya, sudahlah servis kenderaan pun skip, bayaran ansuran pun skip, lagikan kenaikkan harga insurans.

Sekiranya harga barang terus naik dan naik, bagaimanakah agaknya golongan ini ingin meneruskan hidup mereka? jangan katakan "siapa suruh tak belajar rajin-rajin". dan jangan ambil remeh perkara ini. Sekarang mungkin mereka sahaja terbebankan, akan datang mungkin anda sekiranya tiada langkah yang di ambil.

Berita Harian - Nasional - 21 bayi di Baby Hatch sejak Mei

Pembuangan bayi merupakan satu masalah yang menjadi semakin serius. Dimana jumlah kes pembuangan semakin meningkat dengan drastik setiap tahun. Pemenang statistik pembuangan bayi paling tinggi ialah di selangor, mencatatkan 105 kes.

Pelbagai kempen di lancarkan , pelbagai isu di lontarkan , dan jari di tundingkan dalam proses menjari satu jalan menangani masalah ini.

Syukurlah, telah di tubuhkan Baby Hatch untuk mengambil dan mengurus bayi-bayi yang tidak diingini untuk menjaga dan memberikan kepada keluarga angkat. Diharap masalah pembuangan bayi akan dapat ditangani dengan penubuhan badan ini.

Untuk keterangan lanjut, Sila layari : http://www.orphancare.org.my/

Jumaat, 25 Februari 2011

Harakah - PTPTN , Mara : Jumpa di Temerloh esok

Jika tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya
Jika tidak berhutang keliling punggung , manakan dapat sijilnya

Itulah yang perlu dilalui oleh hampir setiap anak muda yang ingin mendapat pelajaran tinggi. Tawaran pekerjaan belum tentu dapat, hutang sudah menanti. Yang lagi membebankan , sudah tidak mempunyai pekerjaan. Hutang meningkat kerana caj interest / perkhidmatan yang di kenakan. Membawa kepada kemungkinan baru nak kahwin dah muflis.

Dengan memerhatikan masalah ini, Dewan Pemuda PAS mengambil langkah yang baik untuk mengumpulkan para peminjam Mara dan PTPTN untuk mengadakan sidang bersama Mara dan PTPTN.

Amat berharap persidangan ini dapat membuahkan hasil yang positif.

Berita Harian - Rencana - Internet semakin mencabar kedudukan kedai buku ternama

Setiap perkara ada baik dan buruknya begitu juga internet. Apa yang kita perlu lakukan ialah mengambil yang baik sebanyak mungkin dan mengurangkan yang buruk memandangkan impak kedua-duanya tetap akan ada.

Internet telah menyebabkan banyak perniagaan offline / perniagaan tradisi berpindah kepada online. Ini kerana internet menawarkan kos yang rendah dan pelanggan yang tiada batas. Dengan kelebihan tersebut produk dapat di jual dengan harga yang rendah. Ini menyebabkan perniagaan offline menjadi tergugat, dan langkah yang drastik perlu di ambil oleh empunya perniagaan untuk terus berdaya saing.

Kepada para pembaca, jangan lepaskan peluang untuk mempelopori dan menjana pendapatan melalui internet kerana ianya telalu berbaloi.

Metro - Rap - Jangan hina filem melayu

Apabila keluar tengok wayang dengan kawan-kawan semua seronok kerana mempunyai satu aktiviti untuk dikerjakan bersama. Akan tetapi apabila filem melayu yang di pilih maka masing-masing mengeluh dan tidak sanggup duitnya di belanjakan ke arah filem melayu. Jarang yang akan setuju untuk filem melayu dengan pelbagai alasan.

memang filem melayu tidak setanding dengan filem omputih. Akan tetapi sekiranya tidak di beri peluang bertatih manakan dapat berjalan. Saya menyeru agar sokonglah filem tempatan supaya satu hari nanti filem tampatan akan dapat bersaing dengan filem omputih.

Sokonglah industri perfileman tempatan. Supaya ia dapat memberikan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan negara.

akhir kata - tidak dapat berkata yang baik, jangan berkata langsung.

Berita

Terdapat pelbagai medium untuk menyampaikan berita dewasa ini. salah satu daripadanya ialah surat khabar dan dalam kategori surat khabar terdapat lebih daripada 4 jenama.
 
Di berita razik, blog ini akan memetik beberapa berita yang menarik perhatian saya untuk di kongsikan bersama.

Selamat melayari dan terima kasih.