Jumaat, 8 April 2011

Pukul cikgu

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.




“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.


“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh. 


Pembaca : salah siapa ni? ish... salah siapa ni?d
Penulis : teringin juga nak tau...


Sekolah, cikgu , dan murid. Untuk menjadikan satu-satu tempat itu berfungsi sepenuhnya tanpa gagal ialah mengetahui apa kefungsian masing-masing. Menyumbangkan lebih daripada kefungsian adalah bagus sekiranya tepat dengan caranya dan tidak menggangu gugat kefungsian yang lain yang sama tempat dengannya. Amacam boleh paham?

Yang jelasnya sumbangan penumbuk kepada guru oleh pelajar tersebut memang melebihi kefungsiannya, dan menggangu gugat kefungsian guru itu sebagai tenaga pengajar. Boleh di katakan proses kefungsian itu ternoda.

Apa yang di buat oleh pelajar memang sangat tidak patut. Jika seorang pelajar tidak menghormati gurunya maka dia bukan seorang pelajar yang cemerlang dan mungkin akan menyebabkan pelajar lain turut tidak cemerlang dek gangguan dan pengaruh yang datang oleh pelajar ini. Pelajar bermasalah ini haruslah di hukum dengan sewajarnya dan amaran keras terhadap pelajar lain perlu di beri. Agar sekurang-kurangnya dapat mengurangkan dan mengendurkan perasaan memberontak pelajar-pelajar.

Cikgu displin dan cikgu kaunseling haruslah bekerja lebih keras untuk kekalkan yang displin dan mendisplinkan yang tidak. Begitu juga dengan cikgu kaunseling yang terkaunseling kekalkan dan kaunseling yang masih belum. Mungkin satu lagi jawatan atau dua jawatan perlu di wujudkan untuk memastikan tiada pelajar yang bermasalah.

Pada permikiran penulis, pihak sekolah mungkin dapat mewujudkan kerjasama dengan polis pencen atau askar pencen untuk menjadi peronda sekolah atau boleh di panggil "keamanan sekolah" yang memegang jawatan tinggi sikit daripada pak guard

Tiada ulasan:

Catat Ulasan