Jumaat, 8 April 2011

Lelaki cerai, langgar isteri

Wanita malang temui suami 'hilang' curang dengan janda anak dua

KUANTAN: Malang bertimpa bagi seorang wanita yang bukan saja diceraikan selepas menemui suaminya bersama wanita lain, malah mengalami kecederaan apabila kaki kanannya dilanggar kereta dipandu lelaki terbabit, awal pagi kelmarin. Sebelum kejadian berhampiran sebuah stesen minyak di Balok, mangsa berusia 35 tahun datang ke bandar ini untuk bertemu suaminya berusia 39 tahun yang tidak pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu sejak dua minggu lalu selepas memaklumkan mempunyai kerja membaiki kenderaan di bandar ini.
Difahamkan mangsa datang ke rumah sepupunya di Taman Balok Makmur, di sini yang menjadi rumah tumpangan suaminya, Selasa lalu selepas dimaklumkan suaminya mempunyai hubungan dengan seorang janda beranak dua berusia 38 tahun. 




Pembaca : kenapa tak bunuh terus?
Penulis : rugilah tak dapat bersama skandal...

Apa yang penulis ingin kongsi di sini adalah cara untuk berhadapan dengan situasi apabila sudah mengetahui pasangan curang. Sama ada berjaya atau tidak cara ini , bergantung pada cara perlakasanaan masing-masing. Ianya hanya satu lontaran pendapat,dan harus dipikirkan oleh anda sendiri.

Kita tidak akan dapa lari daripada situasi di mana kekasih atau pasangan kita curang mahupun berubah sikap. Dalam mencari sebab keatas sesuatu itu terjadi kita perlu mulakan dengan diri sendiri. Buangkan segala ego, tenangkan fikiran, layari atau baca topik seperti isteri atau suami solehah. Bezakan cara yang di anjurkan oleh agama dengan apa yang kita buat selama ini. Mengetahui kesalah sendiri dapat mengelakkan kita daripada melakukan sesuatu yang di luar kawal atau dengan nafsu.

Empat langkah 

Diri kita
Imbas kembali yang lepas dan semasa, cara kita melayani pasangan kita. Cara kita berpakaian, bercakap, menjaga kebersihan ( rumah, diri, dapur, kenderaan dll). Macam mana kita menjalani kehidupan. Adakah ikut suka , atau yang di persetujui bersama. Jika pasangan anda tidak komplen, tidak bermakna dia suka. Wujudkan satu perbincangan berkenaan perkara seperti ini.

Adakah kita menggalakkan sesuatu yang pasangan kita minat? atau kita hanya seperti orang lain mentertawakan dan merendah-rendahkan pasangan kita? Adakah kita mengambil tahu mengenai pasangan kita?

macam mana dengan belaian, tanggungjawab zahir batin, adakah terancang atau ikut suka?

Setelah membuat muhasabah diri kita dengan penuh kejujuran. kita meneliti pasangan kita pula. dengan adil jangan berpihak atau menyebelahi diri.

Pasangan kita
Fikirkan adakah pasangan berubah dahulu atau berubah selepas kita melakukan sesuatu. Bagaimana pergaulan pasangan kita. Siapakah kawan-kawan dan projek-projek yang dia buat. Apakah kata-kata yang di katakan sebelum kahwin, adakah dia pernah menyatakan dia ingin berpoligami. dan lain-lain.

dengan melakukan kaedah ini, memberikan kita ingatan dan memperingatkan kita berkenaan pasangan kita. ia juga dapat membantu semasa perbincangan dengan pasangan kita apabila kita berjumpa pasangan. Ia juga dapat meredakan emosi kita dan mungkin dapat menimbulkan rasa sayang serba sedikit. sekali lagi membantu kita untuk cool.

Pihak ketiga
ambil tahu siapa pihak ketiga, adakah jalinan kasih adalah suka sama suka, latar belakang pihak ketiga, sama ada janda ke anak dara ke dan sebagainya. bagaimana mereka berkenalan. Yang terbaiknya berjumpa dengan pihak ketiga sebagai kawan atau dengan niat berkawan untuk mengetahui serba sedikit latar belakang pihak ketiga itu. Jika anda tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian, bertanyalah kepada yang kenal atau minta tolong dengan rakan.

Masa yang sesuai
cari lah masa yang sesuai untuk bawa berbincang dengan pasangan kita. sediakan garis panduan perbincangan, jangan malu untuk menulis di atas kertas. Ini dapat mengelakkan daripada anda terkeluar tajuk. Atau menyebut sesuatu yang boleh membangkitkan kekeruhan.

sekiranya pasangan anda mengelak atau tidak mahu berbincang, jangan paksa. Sebaliknya gunakan data-data yang anda peroleh untuk perbaiki diri anda dan perhubungan ini. Lupakan seketika pihak ketiga. tumpukan pada diri anda dan pasangan. Sekiranya anda masih sayangkan pasangan bersedialah untuk di madukan atau di tinggalkan. Cari lagi masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan.

kesimpulan
Amat berbaloi sekiranya anda bersabar dan melakukan langkah-langkah di atas. Kerana tiada siapa yang akan tercedera dan masing-masing dapat meneruskan kehidupan dengan pilihan yang masing-masing rasa sesuai dan betul. Tiada siapa yang benar-benar betul dan yang benar-benar salah.

Yang harus di pertimbangkan ialah adakah anda dan pasangan masih searah atau tidak. Sekiranya tidak, apa gunanya mempertahan mahligai itu atas sebarang kos?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan