Selasa, 5 April 2011

Mati ditetak rebut wanita

KULIM: Hanya kerana cemburu disebabkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 20-an putus tangan kanannya dan cedera parah di belakang badan akibat ditetak sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian itu petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di Taman Ria, Padang Serai dekat sini, mangsa bekerja sebagai operator sebuah kilang berada di rumah bersama beberapa rakan sekerjanya sebelum didatangi sekumpulan lelaki.

Ketika itu, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum diakhiri dengan pergaduhan sekali gus menyebabkan mangsa parah ditetak.

Rakan mangsa hanya mampu melihat kejadian itu berikutan bimbang mereka dicederakan suspek yang membawa senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, beberapa suspek datang ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan antara mereka disebabkan cemburu terhadap seorang wanita.

Pembaca : alamak, aku selalu ngurat awek. Mana boleh macam ni kan best man win...
Penulis : betul lah tu , best man win... tak best man die.. huhu...

Apabila terdapat saingan maka kita terdorong untuk berusaha memperbaiki diri dengan segala usaha dan ilmu yang ada. Tidak cukup dengan itu, kita menimba lagi ilmu untuk memperkasakan diri supaya dapat bersaing dengan yang lain.

Akan tetapi dalam isu ini, persaingan yang di lakukan tidak sihat. Perbincangan sepatutnya merupaka jalan keluar kepada isu ini. Kita tidak sepatutnya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan satu-satu perkara. Ingat, apabila hati kita puas dengan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan agama. Itu bermakna hati kita sedang di landa penyakit dan perlu di rawat, dengan kadar segera.

Dalam kes bercinta atau bercouple ni, masing-masing pihak lelaki mahupun wanita haruslah sama-sama bersikap profesional. Janganlah terlalu cepat cemburu dan mengambil tindakkan yang tidak wajar. Seharusnya mengambil masa mengenali pasangan atau orang yang kita mahu jadikan pasangan. Tidak jauh beza pun pengurus hubungan yang sudah di ikat atau pun tidak. Malah hubunngan yang telah di ikat dengan perkahwinan memerlukan lebih kesabaran dan ilmu untuk di hadapi.

Sekiranya dalam bercinta atau bercouple sudah mengambil tindakkan memarang orang. Bagaimana pula apabila sudah berkahwin nanti? Adakah anda akan mengebom pasangan anda? Fikirkan.

berita penuh di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan