Ahad, 3 April 2011

Metro - Berita Utama - Pelajar di pukul hampir dua jam

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.
Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. 

Pembaca : mesti sebab degil sangat lah tu ...
Penulis : macam gitu lebih ramai lah yang koma...

Seorang budak kecil yang hanya berumur 7 tahun di pukul sedemikian rupa kerana kes curi. Di pukul selama 2 jam dan koma. Kalau orang dewasa yang berbuat demikian, apakah cara hukuman yang akan di buat oleh cikgu tersebut? Sekiranya cikgu tersebut tidak diambil tindakkan dan tidak insaf. Kejadian yang lebih teruk sedia terhidang untuk tatapan di masa mendatang.

Cikgu yang macam ni baru lah berbaloi-baloi untuk di hadapkan di mahkamah, bukan cikgu yang merotan anaknya atas tindakkan displin. Dengan cara cikgu ini bertindak, dan karektornya yang ganas, macam mana agaknya dia mendidik anak muridnya selama dia bertugas?

Mari penulis membawa para pembaca pada satu situasi.
ahmad dan alif bergaduh di sekolah kerana merebut tempat duduk
cikgu Kidir merupakan guru yang berdekatan di tempat kejadian.
(cikgu Kidir pemegang karektor cikgu ganas)
ahmad yang tidak berpuas hati di tumbuk tepat di dahi semasa berbalas tumbukkan mengadu kepada cikgu Kidir.
Rasanya apa  yang cikgu Kidir buat?
(a)  jumpa alif , ikat , pukul sampai mengaku dia pukul Ahmad
(b) beritahu Ahmad untuk memukul Alif di dahi semula dan kira adil
(c) memukul kedua-dua murid tersebut
(d) meminta Alif memukul Ahmad lebih teruk kerana mengadu kepada cikgu Kidir

Apa sepatutnya seorang cikgu yang berkaliber buat untuk menyelesaikan masalah sebegini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan