Jumaat, 22 April 2011

Belasah, samun rantai mak cik

KUANTAN: Seorang lelaki membelasah ibu saudaranya sendiri dengan sebatang kayu sebelum menyamun rantai leher wanita itu dalam kejadian di Kampung Sri Damai, Jaya Gading, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun berdarah di kepala dan dibiarkan tersungkur tidak sedarkan diri.
Suspek lari bersama rantai leher dengan menunggang motosikal sebelum wanita itu dirawat di Klinik Kesihatan Jaya Gading, di sini.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru tiba di rumah selepas pulang dari bandar terkejut melihat anak saudaranya berada di dalam rumahnya sambil memegang kayu.

Difahamkan, mangsa bertanya tujuan kedatangannya, namun lelaki terbabit seperti hilang akal memukul mangsa dengan kayu itu.

Pembaca : macam mana pula nih, terang-terangan gayanya?
Penulis : jangan lagak kaya dan jangan pakai barang mahal, mungkin membantu...

Untuk menghadapi zaman sekarang ini, zaman yang amat gawat dan penuh dengan ranjau. Marilah kita sama-sama mengubah trend untuk menyelamatkan diri. Marilah kita sama-sama mengubah penampilan demi keselamatan. Marilah kita sama-sama mengubah persepsi demi insan tersayang.

Perubahan perlu kita lakukan, sekiranya tidak dapat buat semua, pelahan-lahan satu persatu. Yang penting ia merupakan usaha berterusan, dan cekal melakukannya.Antaranya ialah :-

Jangan memakai beg tangan
kes ragut merupakan satu kes yang popular di masa ini. Kerana ia mudah untuk di lakukan, hanya perlu lalu dan tarik. Lebih besar beg, lebih tertariklah peragut kepada anda. Walaupun beg anda mempunyai ciri-ciri anti ragut, lupakan sahaja. Kerana setengah peragut mencederakan mangsanya sebulum mengambil beg tersebut. Bagi yang menuggang motosikal lebih-lebih lagi di galakkan untuk tidak memakai beg tangan. Kerana sudah banyak kes mati di ragut jatuh dari motor dan mati.

Jangan memakai barang kemas
Nak pakai sikit tu boleh, tapi jangan pakai langsung lagi bagus. Biarkan orang nak cakap, paling-paling pun sakit telinga. Daripada biarkan orang nak rompak dan pukul kita, itu lebih sakit. Pujuk dan ajar diri untuk jadikan barang kemas pelaburan. Ianya lebih baik diri selamat, aset bertambah.

Jangan memakai pakaian yang berjenama/mahal
Sesungguhnya para penyamun perompak dan sebagainya bukanlah dari golongan orang dari hutan atau mempunyai kecacatan mental. Mereka pandai-pandai berlaka, pengetahuan dalam jenama dan kedudukan harga dan permintaan satu-satu barang adalah amat mendalam. Pakai sahaja yang murah, kerana anda tidak mahu di bogelkan satu hari nanti.

Jangan menggunakan kenderaan yang mahal 
Kes kehilangan kenderaan yang mahal adalah amat tinggi, di mana kenderaan ini di potong dan di ceraikan untuk dijadikan alat ganti dan di jual semula. Ada juga kenderaan yang di curi dan di jual tanpa potong, memang pelik tetapi permintaan pasaran terhadap kenderaan dan alat ganti kenderaan sebegini amat tinggi

Jangan memakai pakaian yang menjolok mata
Kita semua maklum dengan kes rogol. Kes ini meningkat tahun demi tahun, dan mempunyai pakej yang amat tidak di sukai. antaranya 
  • culik, rogol dan tinggal
  • pukul, rogol dan bunuh
  • culik, rogol, jual
terdapat kombinasi pakej yang lain, yang penulis tak sanggup nak taip

Jangan cerita besar yang membabitkan wang
Sekiranya kita mempunyai wang yang banyak , atau pun perniagaan kita maju, atau mungkin kita dapat bonus 10 tahun gaji. Perbanyakkan bersyukur kepada tuhan kerana memberikan anda rezeki. Tidak perlu bercerita dan canang satu malaysia berkenaannya. Cukuplah buat satu kenduri ke, doa selamat ke atau pun dermakan sedikit kepada anak yatim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan