Sabtu, 9 April 2011

Pengawal di tembak mati


JOHOR BAHRU 8 April - Seorang pengawal peribadi kepada pemilik premis pengurup wang ditembak mati dalam satu kejadian samun oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan senjata tajam di Jalan Kuning 2 di sini, hari ini.
Mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan dikenali sebagai Isa ditembak dua kali di bahagian dada sebelum suspek melarikan diri dengan sejumlah wang dalam insiden pada pukul 5 petang ini.
Dalam kejadian itu, kereta Hyundai Sonata yang dipandu majikannya dan dinaiki mangsa bersama dua yang lain dihalang oleh sebuah Proton Wira Aeroback dan Mercedes Benz di bahagian depan dan sebuah kereta Proton Waja di belakang.
Difahamkan, Wira Aeroback dan Waja itu merupakan kenderaan yang dinaiki suspek, manakala Mercedes Benz berkenaan dinaiki oleh Ketua MIC Bahagian Pontian, Datuk Jasbir Singh dan dipandu Timbalannya, T. Sarvendaraja yang kebetulan lalu di jalan berkenaan.

Pembaca : bukan ke tempoh hari ada kata indeks jenayah kurang?
Penulis : baru je rasa lega, dah risau balik

Jenayah di malaysia sudah semakin sophisticated, complicated, merepekrated. Dengan kejadian ala-ala holiwood ini, menjadikan keamanan di Johor Bahru kurang menyenangkan. Dalam kejadian ini mangsa di tembak mati. Persoalannya, adakah mudah untuk mendapatkan senjata di malaysia ini?

Kepada para pembaca, jenayah tidak dapat dielakkan. Sungguh begitu langkah berjaga-jaga harus di laksanakan. Jangan ambil ringan perkara seperti ini, walaupun anda bukan orang yang banyak duit dan berharta. Ini tidak membuatkan anda terelak daripada menjadi mangsa jenayah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan