Jumaat, 1 April 2011

Utusan - Dalam Negeri - 'saya ingat seorang 10 penyamun datang

JOHOR BAHRU 31 Mac - Seorang pekerja sebuah pusat snuker mengalami saat-saat mencemaskan dalam hidupnya apabila ditetak seorang daripada 10 penyamun yang merompak pusat permainan itu di Bandar Baru Permas Jaya, awal pagi tadi.

Mangsa, Wee Ming Teng, 23, yang ditetak dengan parang di lengan sehingga ke siku kiri berikutan itu terpaksa menerima 20 jahitan.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui terdapat penyamun yang memasuki premis itu, dia cuba melawan dengan membaling kerusi tetapi gagal kerana mereka terlalu ramai.

"Saya ingatkan hanya seorang penyamun tetapi sebaik sahaja saya cuba melawan sembilan lagi menyerbu masuk menyebabkan saya tiada pilihan selain terpaksa melindungi kepala saya daripada ditetak," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, terdapat beberapa pelanggan sedang leka bermain permainan komputer dan snuker di pusat berkenaan.

Seorang lagi pekerja yang enggan dikenali berkata, sejurus mengetahui disamun, dia mengunci bilik dan memadamkan lampu serta mengarahkan pelanggannya diam.

Menurutnya, kumpulan penyamun itu bertindak ganas dengan memecah serta merosakkan peralatan permainan di pusat berkenaan.

Pembaca : baru betul penyamun, ramai-ramai
Penulis : berapa sangatlah duit kat snuker tu, kalau dapat RM500 bahagi 10 baru lah dalam RM50 seorang. Jual besi buruk pun boleh dapat.



Jikalau dahulunya kes samun, berdua tak pun bertiga. Rata-rata yang di kejarkan ialah mangsa yang banyak duit. Yang boleh di katakan sekali projek terus kaya. Strategi mereka pula amat licik, sehingga menyukarkan pihak berwajib mahupun tak wajib untuk mengambil tindakkan.

Tapi sekarang ini, apa dah jadi dengan penyamun nih? ini boleh di kategorikan penyamun runcit. Samun beramai-ramai dengan pendapatan samun agak runcit. Mungkin mereka mengamalkan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Entah apa yang mereka pikirkan, tempat kejadian tidak jauh dan keadaan kawan sekitar sekiranya malam amat lengang. Macam mana mereka boleh terpikir untuk menyamun beramai-ramai?

Penulis bukan ingin mempermainkan penyamun-penyamun ini. Akan tetapi ingin merungkai cara pemikiran dan kenapa mereka berbuat sedemikian rupa. Mungkin mereka sebenarnya takut untuk berbuat demikian, akan akibat desakkan hidup (mungkin memerlukan wang). Mereka mengambil keputusan untuk sama-sama menyamun beramai-ramai.

Er, kat malaysia ada tak tempat untuk mengadu dan mendapat bantuan bagi yang kesesakkan wang?
mungkin ini yang di perlukan oleh mereka sebenarnya. Bukan menyamun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan