Rabu, 6 April 2011

Ibu hilang selepas dihalang kahwin


13 beradik rayu Kamariah pulang segera

JOHOR BAHRU: "Pulanglah emak, kami semua tetap sayang dan sentiasa rindukan emak." Demikian harapan 13 beradik supaya ibu mereka kembali ke pangkuan keluarga selepas enam tahun menghilangkan diri kerana berkecil hati selepas dihalang daripada berkahwin dengan kenalan lama.
Luahan hati itu disampaikan suri rumah, Siti Hawa Jaafar, 39, yang mewakili adik beradiknya, mengharapkan ibu kandung mereka, Kamariah Ayub (atas), 60-an, kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.
Siti Hawa berkata, emak mereka menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Prima Saujana, Kajang, selepas memberitahu hasrat untuk pulang ke rumah mereka di Johor Bahru, pada 2005.

“Sebelum itu, emak ada memaklumkan kepada adik beradik saya yang berkumpul di rumah abang mengenai hasratnya berkahwin dengan seorang lelaki yang juga kenalan lamanya ketika bekerja di Singapura.
"Sejurus mengetahui hasratnya untuk berkahwin dengan kenalannya yang kami kenali sebagai pak cik Man atau Man Balak itu, adik beradik saya membantah dan enggan menerimanya. Ketika itu pak cik Man turut hadir pada perjumpaan keluarga.

"Kami membantah cadangan lelaki terbabit mengahwini ibu kerana dia sudah beristeri," katanya di sini, semalam.
Siti Hawa berkata, berikutan bantahan itu, ibunya mengemaskan barang sebelum keluar bersama lelaki itu dengan alasan mahu kembali ke Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru. 

>berita penuh di sini<

Pembaca : memanglah anak-anak tak setuju dan ada isteri dah ...
Penulis : islam tak larang, fikirkan...

Perkahwinan merupakan tuntutan agama. Dengan perkahwinan hubungan antara lelaki dan wanita itu lebih terjamin dan tidak sia-sia. Dan anak yang terlahir dari hubungan itu juga ada yang di pertanggungjawabkan. Malah dalam islam, telah disediakan sistem faraid untuk pembahagian harta sekiranya berlaku kejadian yang tidak di ingini. Perkahwinan sepatutnya memudahkan kehidupan kita.

Akan tetapi dewasa ini perkahwinan seolah-oleh menjadi satu perkara yang orang pening untuk hadapi. Ini semua dek kerana cara pemikiran dan kebiasaan orang lain berkahwinan dengan sungguhnya. Dimana kemahnya ada sepuluh, keknya sepuluh tingkat, menempah mak andam untuk set pertukaran 10 helai, pergambaran 10 negeri dan lain-lain lagi. Dengan alasan berkahwin hanya sekali , tu yang kene buat grand dan vougy de vas.

Marilah kita mengubah cara kita mengadakan majlis perkahwinan dan prosesnya. Dengan menjadikan berkahwin memudahkan dan mudah. Maka penulis percaya kadar rogol, sumbang mahram, dan lain-lain masalah seks dapat di kurangkan dengan drastiknya. Isu poligami haruslah di fikirkan semula dan di terima oleh masyarakat. Tidaklah islam itu menyusahkan, pasti ada sebab di benarkan berpoligami. Marilah sama-sama merungkai kemanisannya.

Akhir kata, yang banyak menyusahkan kita adalah diri kita. Lihat sahaja kisah ini, maknya seorang manusia biasa yang memerlukan perhatian dan belaian. Dan di halang oleh anaknya untuk berkahwin. Satu soalan daripada saya. Layakkah anak melarang emaknya berkahwin?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan