Khamis, 21 April 2011

Rakyat tidak dimaklum tarif air naik

MELAKA, 20 April: Kenaikan tarif air yang berkuasa pada 1 April lalu amat membebankan rakyat.
Lebih malang lagi pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tidak membuat pengumuman khusus tentang kenaikan tarif air ini menyebabkan ramai yang terkejut dengan kenaikan mendadak bil air mereka terutama kepada keluarga besar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata tindakan pihak berkenaan tidak mengumumkan kenaikan tarif air tersebut adalah untuk mengelakkan protes rakyat.
Kamaruddin berkata tindakan ini tidak konsisten dengan kritikan kerajaan negeri Melaka yang pernah mengkritik kenaikan tarif air di Selangor dan Kedah suatu ketika dahulu.
"Tindakan menaikkan tarif air ini ada kaitan dengan tindakan kerajaan negeri yang suka membazir, bila duit dah habis rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif untuk menampung kekurangan dana ini," ujar Kamaruddin.
Beberapa orang pengguna yang ditemui juga kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air sesuka hati.
Mat Zain Pakeh, 45 dari Bukit Baru berkata tindakan kerajaan negeri Melaka ini amat membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga ramai.


Pembaca : boleh ke macam tu, tak umum terus naik?
Penulis : entah lah, zaman sekarangkan macam-macam boleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan