Selasa, 5 April 2011

Penjual ayam tipu timbang

Rabu lalu seperti biasa saya bersama keluarga membeli beberapa kilogram (kg) ayam di sebuah pasar raya yang baru dibuka pada tahun lalu di Masai, Pasir Gudang, Johor.

Sebagai peniaga runcit, saya membeli dengan jumlah agak banyak iaitu 6kg kerana harganya murah iaitu RM5.80 untuk sekilogram berbanding biasa iaitu RM6.80.

Bagaimanapun, apabila balik ke rumah dan menimbang semula ayam yang dibeli dengan menggunakan alat timbang di kedai saya, beratnya hanya 5kg dan tidak sampai 6kg.

Sebenarnya ini adalah kali ketiga saya 'terkena' dengan peniaga ayam di pasar raya itu, sebelum ini pernah mengalami pengalaman yang sama dengan dua peniaga ayam berlainan.

Pada mulanya saya berpendapat alat timbang peniaga itu kurang baik tetapi selepas tiga kali berturut-turut mengalaminya, saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Saya berpendapat pihak peniaga berkenaan bersekongkol dengan pengusaha pasar raya itu dengan meletakkan harga murah tetapi menipu dengan cara demikian.

Melihatkan keadaan ini, saya percaya mungkin banyak cara lain digunakan untuk memperdaya pelanggan tanpa kita sedari.

Sehubungan itu, saya meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera mengenai perbuatan tersebut dan tidak melindungi sesiapa pun dalam hal ini.

Apa yang menyedihkan, semua ayam itu dibeli di kedai peniaga Melayu dan adakah mereka tidak berasa bersalah memperoleh rezeki haram dengan menipu pelanggannya?

Pasar raya tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Masai, Pasir Gudang, Seri Alam dan kawasan sekitarnya.

ABDUL LATIF SHARIP, PASIR GUDANG.

Pembaca : memanglah, kan dah buang isi perut, kepala, dan lain-lain lagi...
Penulis : takkan lah sampai sekilo bro... aneh..

Janganlah di ikutkan sangat dengan kata-kata peniaga "kalau tak tipu tak untung leeee". Boleh saja untung dengan tidak menipu, malah perniagaan yang tidak menipu dapat kekal lebih lama di arena perniagaan. Dengan cara yang jujur, kita lebih banyak menumpukan cara alternatif untuk mangaut keuntungan sekali gus menajamkan akal fikiran dan menyihatkan badan dengan semangat positif tersebut.

Sekiranya kita berniaga dengan menipu, memang kita dapat memutar belitkan fakta. Oleh kerana selalu menipu kita menjadai pandai menipu semakin hari semakin terer. Tapi ada satu perkara tentang tipu yang sukar untuk kita hadapi sekiranya kita selalu malakukannya. Iaitu kita sukar menjalankan kerja berpasukan, kerana kita menipu dan takut di tipu.

Kita akan melontarkan fikiran yang negatif kepada orang lain, yang mana tidak pernah terpikir pun akan orang itu untuk membuatnya. Penipuan juga akan menemui jalan buntu apabila orang yang kita tipu mengetahui taktik penipuan kita. Pada masa itu, pemberitahuan dari mulut ke mulut akan membuatkan anda jatuh bedebuk lantas bankrup.

Berdikit-dikitlah bila berniaga, Takpe tak kaya janji jangan rugi
bersikit-sikitlah untungnya, tidak terlalu banyak janji tiada riba'

berita penuh di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan