Isnin, 28 Mac 2011

Utusan - Jenayah - Wang tidak boleh beli segala-galanya



BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.

Satu kisah benar yang dipaparkan Jejak Rasuah minggu ini memberi iktibar bahawa wang tidak boleh membeli segala-galanya.

Seorang pengurus syarikat swasta yang dikenali sebagai Lim juga termasuk dalam golongan yang mempercayai wang boleh membantunya daripada disaman dalam satu operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Operasi yang dijalankan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala Melaka bertujuan untuk mengesan pengguna cermin gelap melebihi had dan tanpa surat kebenaran.

Lim yang memandu kereta Mercedes-Benz berwarna hitam tidak menyangka keretanya ditahan kerana menggunakan cermin tingkap terlalu gelap.

Dia bagaimanapun dengan angkuh mendakwa merupakan orang kenamaan (VIP) dan memperlekehkan tindakan seorang anggota penguat kuasa JPJ yang dikenali sebagai Daud.

Daud dengan tenang meminta Lim menunjukkan sebarang surat kebenaran untuk menggunakan cermin gelap namun lelaki itu gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Daud mengeluarkan buku notis untuk dicatat maklumat peribadi Lim dan kesalahan yang dilakukannya, tetapi tidak semena-mena Lim merayu agar dia tidak disaman.

Lim yang ketika itu dalam perjalanan ke satu mesyuarat untuk menandatangani satu tender penting, mula terfikir untuk memberi rasuah kepada penguat kuasa tersebut agar urusannya tidak tergendala.

Tiba-tiba Lim menghulurkan wang berjumlah RM400 kepada Daud tetapi anggota JPJ itu enggan menerimanya.

Tanpa Lim sedari, tindakannya itu sedang diperhatikan oleh seorang pegawai SPRM, dikenali sebagai Ismail yang berada tidak jauh daripada mereka.

Ismail memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM kepada Lim dan menahannya kerana telah cuba menyogok Daud ketika menjalankan tugas supaya tidak disaman atas kesalahan menggunakan cermin gelap pada kenderaannya.





Pembaca : tu lah ingat duit dia besar sangat agaknya
Penulis : aku bimbang kalau takde SPRM mamat tu lepas je...



Rasuah, rasuah dan rasuah. Ianya memang satu yang perkara yang amat seronok bila di terima dan amat memalukan apabila di tangkap. Rasuah juga boleh menyebabkan yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Kenapa?

Bayangkan projek pendawaian kedai baru siap yang sepatutnya di tawarkan kepada kontraktor luar (kontraktor itu anda) tetapi di ambil oleh kontraktor yang takde pekerja dan takde kemahiran dan di serahkan kepada anda untuk membuatnya. Daripada anda boleh dapat 50% keuntungan dari projek menjadikan anda hanya mendapat keuntungan 20% daripada projek.

Ya anda boleh katakan, ok lah asalkan dapat. Sekiranya perkara sedemikian berlarutan. Anda mungkin akan lingkup, dek kerana tempoh pembayaran vs kadar keuntungan tidak menguntungkan. Katakan, kos porjek RM100,000. keuntungan sebanyak RM50,000 dengan kadar tempoh menunggu selama 6 bulan adalah berbaloi. Akan tetapi apabila keuntungan RM10,000 dan tempoh menunggu selama 6 bulan lebih baik tak payah.



Dengan rasuah juga hak boleh menjadi batil. Di mana tanah yang sepatutnya untuk orang miskin, dijadikan kawasan hotel dan sebagainya. Perkara seperti ini banyak berlaku dan amat membimbangkan. Rasuah juga mempunyai adik yang di namakan putar belit.

Antara contoh kes putar belit ialah, pegawai kerajaan yang menjaga tender berjumpa dengan penender meminta harga di kurangkan. setelah selesai proses tawar menawar, pegawai tersebut meminta meletakkan harga lebih tinggi dan lebihan diberikan kepada pegawai tersebut. Kalau tidak tender itu diberikan kepada orang lain. Contoh, ali berjumpa dengan pegawai abu untuk tender buku teks. Harga yang di letak oleh ali ialah RM15 setiap buku. Pegawai abu meminta untuk mengurangkan harga sehingga ali meletakkan harga RM9 yang mana untung pada ali tak sampai RM1.00 untuk setiap buku. Akan tetapi pegawai abu meminta ali meletakkan harga RM20 untuk buku tersebut dengan persefahaman bawaha ali hanya mengambil RM9 dan selebihnya di masukkan ke akaun pegawai abu.

Terdapat pelbagai modus operandi yang lebih kurang. Cara dan pendekatan yang berbeza akant tetapi matlamatnya sama. Mengambil hak yang sepatutnya di peroleh peniaga, dan masukkan ke poket sendiri sedangkan ada gaji tetap dan elaun dari pihak kerajaan atau majikan mengalir dalam akaun setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan