Isnin, 7 Mac 2011

Berita Harian - Nasional - Mat rempit lari tinggal mayat rakan

BATU PAHAT: Akibat terbabit dalam perlumbaan haram bersama-sama kira-kira 20 pelumba haram lain, dua remaja menerima padah apabila maut selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer (KM) 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan di laluan Machap ke Ayer Hitam, awal pagi semalam.

Penulis       : Oit mat rempit dah takde kerja lain ke?
Mat rempit : Bang, rempit ni sebahagian dari kerja kami. Sebahagian lagi meninggalkan mat rempit yang meninggal


Dengan berfikir sejenak kita dapat melihat bahawa lumba haram ini sememangnya banyak buruk dari baik. Dan boleh dikatakan takde yang baik langsung. Akan tetapi apabila kita menyelinapi fikiran ramaja, ternyata ia sebaliknya sekiranya tak kantoi (kene tangkap). Ini kerana mereka mencurahkan segalanya pada kenderaan yang bernama motor itu. Satu mahluk yang tidak membebel, tidak lari bila susah. Sentiasa menemani kesana-kesini, dan satu mahluk yang menyebabkan ramai kawan. Dan mungkin di puji oleh kawan-kawan. Diantara remaja mereka bersaing motor siapa lebih laju, motor siapa lagi rare, motor siapa banyak modifikasi, dan motor siapa cantik. Mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka yang tersendiri. Membuatkan orang lain seperti nyamuk apabila di tegur.

Bagaimana untuk mengelakkan remaja untuk berkecimpung dalam bidang perlumbaan haram merupakan satu cabaran yang besar. Ada pun disini ada beberapa tips yang mungkin boleh digunakan.
  • pastikan motosikal tiada langsung pengubahsuaian, sekiranya ada terus jual
  • menyampaikan bahawa motosikal sebuah kenderaan membawa dari a ke b tidak lebih dari itu
  • tidak dibenarkan balik lewat malam, maksimum jam 10 malam sudah ada di rumah.
  • tidak membenarkan servis sendiri, hantar ke kedai panel.
  • berikan dan dedahkan dengan aktiviti yang lain, dan kawal pergaulan mereka
Diharap tips yang di beri ini dapat membantu mengurangkan gejala mat rempit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan