Sabtu, 12 Mac 2011

Utusan - Jenayah - Sifu Jujutsu maut selepas bertempur

KUALA LUMPUR 11 Mac - Seorang sifu seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun, Jujutsu ditemui mati dipercayai selepas bertempur dengan lebih tiga suspek menggunakan teknik seni tersebut di sebuah salun rambut di Jalan PUJ3/11, Puncak Jalil dekat sini semalam.

Pembaca : kalau ramai-ramai gajah pun mati
Penulis : namanya pun gangster, bukan rambo

Ramai yang salah menggunakan seni mempertahankan diri. Tak kira apa nama seni itu, apabila mempelajarinya mereka akan cenderung untuk bertaruh, mencari gaduh dan lain-lain. Dengan namanya seni mempertahankan diri, kita pun sudah maklum bahawa untuk mempertahankan diri, bukanya untuk bergaduh.

Melihat didalam cerita apabila di serang oleh musuh, mangsa akan terus menyerang dan melepaskan diri. Tapi itu sekadar cerita, Apabila berada dalam situasi sebenar, saya lebih nasihatkan anda untuk menggunakan akal. Ini kerana musuh yang menyerang telah membulatkan tekat, aliran adrenalin yang deras dalam badan mungkin akan lebih marah dan lebih agresif dan keadaan lebih serius.

Dengan kemahiran membertahankan diri, kita dapat melayani serangan itu atau menyambut serang dan mungkin mengelak serangan. Ini akan membuatkan penyerang patah semangat dan kurang keyakinan diri. Di situ sahaja anda mendapat mengawal keadaan, peratus anda selamat semakin tinggi.

Berbanding apabila melihat movie, kita akan merasakan hero itu pengecut, penakut atau tak kuat apabila tidak menyerang semula. Di dunia realiti itu tidak boleh diterima pakai, kerana buat apa anda mengeluarkan tenaga yang banyak sedangkan tenaga yang sikit boleh menyelesaikan perkara. Lagi pun tenaga yang banyak itu boleh digunakan untuk langkah seribu apabila ruang terbuka luas.

Sekiranya pelajar seni mempertahankan diri berkobar-kobar untuk mencuba ilmu seni mempertahankan diri. Carilah yang setanding dan ajak mereka sparring dengan cara baik, dan dalam berurusan ingat bahawa bukan untuk membuktikan seni mana yang lagi hebat akan tetapi penghayatan terhadap seni. Ini kerana pedang panjang dan pedang pendek sama hebatnya dengan cara penggunaan dan penghayatan yang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan