Khamis, 17 Mac 2011

Berita Harian - Nasional - Ugut sebar aksi seks di internet



Sindiket warga asing kaut untung berjuta-juta

KUALA LUMPUR: Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.
Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.


Pembaca : Licik juga diorang ini, kenapa macam tu?
Penulis : kalau tukang licik ni berjuta-juta untungnya, maka peniaga yang buat maksiat pun berjuta-juta ramainya


Kamera mini mempunyai pelbagai kegunaan, ia dicipta untuk memudahkan kerja seharian kita. Bagi yang gemar upload video, mereka dapat melakukannya hampir dimana sahaja. Walaupun kualitinya tidak sebaik kemera-kamera lain, ia masih berfungsi dengan baik untuk tujuan merekodkan satu-satu kejadian atau peristiwa.


Dalam kejadian ugut ini, ada pihak yang meminta kerajaan memantau kamera mini ini supaya tidak dapat di salah gunakan. Ya saya setuju sekali, tetapi dalam kes ini. Yang di ugut lah yang tak berapa berguna, kerana main kayu tiga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan