Khamis, 10 Mac 2011

Metro - Berita Utama - Tiga pelajar samseng

HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Inilah dia sikap pelajar, sudahlah tidak boleh di rotan, tidak boleh di marah. Kini mereka pula nak memukul, memarah malah membunuh. Sudah terlalu lebih sikap pelajar sebegini. Dengan sikap sebegini di bawa kesekolah. Apakah sekolah itu bagi mereka ini? tempat tunjuk samseng? tempat persinggahan untuk ponteng? penulis merasakan erti sekolah tidak dapat di fahami oleh pelajar-pelajar dewasa ini. Mereka sudah lupa apa itu sekolah, pelajaran dan belajar menjadi aktiviti minor bagi mereka. Aktiviti majornya ialah mengurat, membuli, mengumpat, mengutuk, meniru, mencari agen membuat kerja rumah dan mungkin untuk buat duit.

Apakah rancangan mereka pada masa mendatang? menjadi samseng yang bijak? ( itu pun kalau belajar pandai ). Menjadi pengemis yang gengster? ( mana mungkin orang nak bagi duit ). Apa diorang nak jadi? Huh, sangat bermasalah. Kita harus sama-sama memikirkan perkara ini.

pembaca : biarlah diorang, nanti diorang malu sendiri masa depan takde baru diorang tahu
penulis    : wahai pembaca, sekira saya tahu untuk menangani masalah ini, nescaya anak-anak ku tidak perlu seperti ini.
  




Tidak hairanlah banyak kes rompak, ragut, rogol dan lain-lain lagi. Kita sudah nampak mana puncanya, mereka yang cuba mempertahankan kepercayaan dan cara samseng lah yang akan menyumbang kepada statistik. Macam mana untuk kita atasi? Fikirkan untuk masa depan anak, bangsa dan negara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan