Khamis, 3 Mac 2011

Metro - Utama - Walimatak Urus

Bagaimana perasaan anda di jemput ke walimatul urus / jemputan perkahwinan di jamu dengan makanan ringan sahaja? Saya akan merasakan tertekan, kerana dari rumah bertolak memang dah standby perut. Kerana kalau pegi tak makan macam tak berapa enak. Tapi apabila sampai tiada makanan itu merupakan satu isu yang sangat besar, apanya tidak perut dah buat live band.

Bagaimana pula sekiranya anda berkahwin bermajliskan makanan ringan? Tiada kemah, tiada sanding seperti majlis keraian atau lebih kurang orang datang melawat di mana anda tak sediakan dan tidak menghias rumah.
Ya, mestilah malu. Mestilah sukar untuk menghadapi perasaan itu.

Antara mangsa penipuan
Kes ini terjadi pada puluhan pasangan pengantin yang di tipu oleh pak andam "nyah". Keseluruahan berjumlah ratusan ribu ringgit.

Gambar di sebelah ini ialah antara mangsa penipuan yang sudah membayar RM21,000 dan hanya mendapat baju dan kole.

Hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah yang manis, menjadi raja sehari. Bertukar menjadi entah apa tajuk nak letak pun tak tau. Lebih teruk daripada biasa.

Semua mangsa tipu sudah pun membuat aduan polis. Harap sesuatu dapat di usahakan agar mereka dapat meredakan sedikit rasa pansa di hati.

Beginilah yang akan terjadi, dan akan datang malah lebih teruk sekiranya ekonomi tidak dapat di mantapkan. Yang salah itu tetap salah, ya memang saya setuju. Akan tetapi dengan menghukum saja belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Puncanya itu yang penting, harus di ketahui.

Masalah sebegini boleh di ibaratkan satu situasi di mana rumah anda dilanda serangan daripada semut. Semut masuk anda beli racun serangga dan anda spray semut mati. Masuk lagi semut, anda spray lagi mati. Perkara ini akan berulang-ulang. Sehingga kos membeli racun serangga itu mencecah RM 1,000.00 pun belum tentu dapat menyelesaikan masalah.

Apa yang anda perlu buat ialah mencara ibu sawan semut tersebut. Curahkan racun serangga bentuk cecair ke dalamnya, barulah semut itu tidak datang kerumah anda. Akan tetapi sekiranya rumah anda bersepah dan tidak menjalankan housekeeping yang baik. Kemungkinan besar koloni semut yang lain akan datang, maka bersihkan lah rumah anda dengan cara berkala. Bukan binatang dah datang baru nak kemas.

Yang diceritakan diatas adalah perumpamaan atau metaphor kata orang putih. Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan